Program E-Belia RM150 | Cara Mudah Tebus E-Wallet RM150 bermula 1 Jun 2021 - Azwar Syuhada

Wednesday 19 May 2021

Program E-Belia RM150 | Cara Mudah Tebus E-Wallet RM150 bermula 1 Jun 2021

 Salam to all readers,

| Program E-Belia RM150 |  Cara Mudah Tebus E-Wallet RM150 bermula 1 Jun 2021 | Program E-belia merupakan salah satu inisatif kredit E-tunai yang ada dalam Belanjawan 2021. Hal ini bertujuan bagi meringankan beban kewangan dan juga bagi mengalakkan golongan belia berbelanja tanpa tunai. Program E-Belia ini dijangka memanfaatkan lebih 2 juta rakyat Malysia golongan belia dengan jumlah peruntukan sebanyak RM300 juta.


Siapa yang layak terima E-belia (E-Wallet RM150)? Setiap golongan belia yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2021 (lahir pada tahun 2000 hingga 2003) 

ATAU

Pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia yang berdaftar dengan kementerian terlibat.


Setiap pemohon yang layak boleh tuntun RM150 dalam bentuk E-Tunai. Tempoh tuntutan kredit ini bermula 1 Jun 2021 sehingga 22 Julai 2021 dan kredit amount tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai 2021. Wahhh nak jadi belia semula macam ni!!


Make sure korang fill up the correct info, sebab data belia akan disemak dengan pihak IPT tempatan yang berdaftar dan pengkalan data Kerajaan berkenaan. 


Bagaimana nak Tebus RM150 ini E-Wallet ini?

Muat turun aplikasi E-tunai yang terlibat di Google Play Store / APply Play Store. Penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat adalah Boost, ShopeePay , Touch ‘n Go eWallet dan Big Pay.


Bagi pengguna baharu dan sedia ada, korang just follow sahaja instruction yang dikehendaki dalam apps tersebut.Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi identiti pengguna secara elektronik. Di aplikasi e-tunai pilihan korang nanti, jangan lupa masukkan maklumat yang diperlukan pada pautan e-Belia kemudian tekan "HANTAR".


Nanti akan dimaklumkan samaada tuntutan anda BERJAYA mahupun tidak. Penerima yang layak menerima kredit e-Belia RM150 ini hanya boleh menuntut salah satu daripada penyediaan perkhidmatan e-tunai yang disediakan. Kalau nak tuntut di TouchnGo guna touchnGo sahaja. Jangan bantai isi semua tempat pula.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk aplikasi e-tunai masing-masing berhubung penembusan kredit e-belia.


Thank you for reading!


2 comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!