Kenanga Wholesale Dah Keluarkan Stok Baju Raya Cantik-Cantik! - Azwar Syuhada

Thursday 25 March 2021

Kenanga Wholesale Dah Keluarkan Stok Baju Raya Cantik-Cantik!

Salam to all readers,

| Kenanga Wholesale Dah Keluarkan Stok Baju Raya Cantik-Cantik! | Nak dijadikan cerita Sabtu baru ini konon nak ke Kenanga dengan makcik aku, last-last dia sangkut dekat 2 jam dekat tol, ali-alih tak jadi pergi pada hari Sabtu. So, kami pergi memborong pada keesokan harinya iaitu hari Ahad. Tak kiralah, tahun lepas raya macam tak berapa nak raya. Hopefully tahun ini kita dapatlah beraya seperti tahun-tahun sebelumnya. Apa-apapun raya tetap kena raya. Puasa pun belum sibuk pikir raya. 


Keluarga memang tak kuasa shopping raya time bulan puasa. Memenatkan berjalan, biasanya shopping hujung tahun sebelum nak raya, tak pun sebelum menjelang bulan puasa. Seperti sekarang. Sekarang semua senang, online pun ada tapi beli pergi ke kedai lagi puas hati dapat pegang kain, nak tahu material kain dia macam mana. Nak pergi Jalan Tar pun dah tak semeriah dulu-dulu. Laluan tu banyak kosong tak ada jual apa-apa. Dorang buka booth dekat depan Dataran Merdeka sepanjang-panjang tidak masa bulan puasa. Sempatlah merasa pergi sekali. Belinya tidak sesak dengan ramai orang.

 

Kenanga Wholesale Dah Keluarkan Stok Baju Raya Cantik-Cantik!

Tadaa!! Ini hasil rampasan aku memborong, Poplook tu aku beli direct online manakala Seri Maharani aku walk in kedainya di Kenanga Wholesale. Lama gila aku tak jejak kaki ke Kenanga lepas Covic-19 ini. Makin bertambah-tambah kedai untuk perhabiskan duit. Sini shopping kau rasa puas hati, banyak pilihan, kain cantik, harga murah. Terutama pada mereka yang berniaga nak shopping borong memang puas hatilah.


Kedai pertama kiteorang jejak adalah FFC ini. Kedai ini menjual pakaian muslimah pelbagai fashion dan material kain dia ialah kain linen cotton. Memang selesa, sejuk dipakai gitu. Banyak gila pattern yang buat orang rambang mata. Kedai FFC ini banyak tingkat, kalau terlepas pergi tingkat 1, boleh juga pergi tingkat lain punya. 



Sekarang memang tengah trending orang pakai besar-besar nampak glamour gitu. Tapi serius cakap dia punya material kain memang letups.. Aku pun borong seluar dengan baju sepasang. Sampai balik tu tertukar pula pakaian dengan makcik aku. Rasa macam nak pergi lagi pula lepas ini, ada 1 baju lagi aku aim. Kalau aku ajak si Oyah ini nanti mesti berjam dia habiskan dalam 1 kedai ini memilih.

Semua baju dekat sini FREE SIZE. So, tak kiralah kau kecik ke besar semua size sama je. Dah pulun borong baju dekat kedai FFC ini kami bergerak ke kedai Seri Maharani yang berada di tingkat 5. Kalau korang pergi time macam ini bukan bulan puasa. Boleh santai-santai shopping, lapar boleh beli makanan. Setiap tingkat tu ada je orang jual kudap-kudap untuk dimakan. Tak cukup duit boleh cucuk duit dekat mesin ATM RHB. Dulu awal-awal aku pergi mesin ATM pun tiada lagi, sekarang bank ada, pusat hantar barang pun ada JNT, Skynet macam-macamlah. So kalau korang datang dari jauh memborong, kalau tak larat boleh je hantar pakai pos. Jimat masa dan tenaga.

Kenanga Wholesale Dah Keluarkan Stok Baju Raya Cantik-Cantik!


Seterusnya masuk ke kedai Seri Maharani, kedai ini menawarkan pelbagai jenis baju kurung modern dan materials kain yang berbeza. Aku aim baju kain cotton dia. Korang boleh usha dekat Instagram dia bawah ini, esok datang kedai just tunjuk je. Sepasang baju kurung modern cotton aku beli hanya RM100 sahaja haritu.

Corak pun lawa material pun best. Kalau korang pergi sini memang rambang mata. Dinasihatkan usha je mana berkenan dalam Instagram, jadi bila datang just tunjuk dekat staff nya.

Kenanga Wholesale Dah Keluarkan Stok Baju Raya Cantik-Cantik!


Kenanga Wholesale Dah Keluarkan Stok Baju Raya Cantik-Cantik!
Corak ini lawa, tapi aku nak pakai time raya memang taklah.

Kenanga Wholesale Dah Keluarkan Stok Baju Raya Cantik-Cantik!


Kedai ini untuk size S,M, L, XL bolehlah. Untuk mak-mak maybe boleh try usha kedai jubah ini pula. Kedai ini dekat level tengah tak silap. Ia menawarkan pelbagai jenis Kaftan modern. Corak-corak dia pun mengancam. Sepasang RM150.


Kenanga Wholesale Dah Keluarkan Stok Baju Raya Cantik-Cantik!

Setelah selesai memborong, yang penat memborong makcik akulah. hahaha Kocek dia keluar. Kocek aku sikit je keluar. Setelah berpenat lelah naik atas turun bawah, sempatlah mengisi perut untuk makan tengahari. Lapar pula lepas dah habis shopping. Dah kenyang makan, makcik aku pun hantar balik. 

Jadi, aku nak ajak korang beramai-ramai, kalau nak shopping baju raya pergi jerlah dekat Kenanga, pilihan banyak, tempat nak berjalan pun best dalam aircord lagi, toilet pun ada, lapar boleh pergi makan dekat foodcourts tak pun dekat gerak-gerai kecil dalam mall tu. Duit tak cukup boleh keluar dekat mesin ATM dalam Kenanga juga. 

Sini bukan setakat baju kaum perempuan sahaja, lelaki pun ada juga. Baju melayu, seluar jeans, kemeja semua ada. Sediakan wang dan pergi berbelanja sahaja tinggal.

Apa-apapun selamat bershopping! Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan puasa dah.

Thank you for reading guys!

2 comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!