Percutian 1 Malam di Cheylonz Hotel Sambil Menikmati Pemandangan Pencakar Langit Kuala Lumpur! - Azwar Syuhada

Saturday 13 March 2021

Percutian 1 Malam di Cheylonz Hotel Sambil Menikmati Pemandangan Pencakar Langit Kuala Lumpur!

 Salam and Hi!


I'm back guys! Permulaan tahun 2021 agak sukar juga bagi aku kali ini, last week aku baru sahaja kehilangan mak lang aku. Tuhan lebih menyayanginya. Last week juga merupakan tahun kelahiran aku yang ke-27. Diam tak diam umur aku naik 1 lagi anak tangga. During this pandemic juga, aku ada masalah dengan tekanan kerja yang kadang-kadang aku sendiri susah nak adapt. But I will try my best finish overall until futher notice. Everyday struggle. WFH is not for Working From Home more like From Hell.


Dalam pada tertekan aku cukup bersyukur mempunyai teman & juga roomate yang selalu memberi sokongan moral. Even Wan yang dah keluar rumah pun sentiasa ada je call aku tanya aku okay ke tak. I'm okay but not to be okay! I don't want to share anything temporary for my unhappy story. So, harini aku nak share dengan korang, last week roomate aku buat surpirse tak berapa nak surprise. Sorang belanja makan, sorang lagi belanja tidur hotel sempena birthday aku. Even aku sendiri pun tak rasa nak sambut sangat, last year aku sambut sendiri. Balik kerja then beli kek untuk diri sendiri. Kahkah..Sad life! But, this years dorang nak tengok aku happy in life. 


Nak dijadikan cerita Saturday last week aku kena masuk office sebab ada auction. So, kiteorang pakat jumpa dekat KLCC bila aku dah habis kerja nanti. Check in pukul 3.00pm so kami merayap dalam KLCC dulu cari makan. Sorang bookslot KFry dalam outlet KLCC (no giliran 25). Sampai-samapai tanya staffnya cakap kena tunggu dalam sejam lebih lagi. Alih-alih makan Secret Recipe. Perut dah kenyang, jalan-jalan kejap sambil cuci mata. Dah pukul 2.30pm macam tu kami order grab je sambil ke hotel. Sampai-sampai punyalah ramai orang beratur nak check-in. Yalah sejak dah boleh rentas daerah, keluar lepak kedai boleh penuh semeja semua. Masing-masing pulun bantai pergi bercuti. Termasuk kamilah gak kan. Even duduk KL, sesekali nak gak merasa duduk hotel bolehlah. Sekarang banyak hotel buat promotion. Bila promotion terlalu banyak, incoming masuk, kamu pun kaut semua sampai tak boleh control. Ikutkan check in pukul 3.00pm tapi ada berlaku missunderstanding drag sampai pukul 4.00pm. Dan bilik kami book book pun tak sama yang diharapkan. Mujurlah dapat juga bilik, sampai-sampai bilik bersihkan diri kejap keluar balik.




Sekarang keluar masuk hotel pun kena scan. Jangan cakap hotel, even nak masuk kedai dalam mall pun kena scan. Itu yang malas nak masuk mall. Hotel Ini betul-betul tengah Bandar satu laluan dengan Taman Eko Rimba Kuala Lumpur.


Percutian 1 Malam di Cheylonz Hotel Sambil Menikmati Pemandangan Pencakar Langit Kuala Lumpur!



Bilik okaylah, cuma kami frust jugalah tak dapat 1 bilik katil double 2. Barulah kunci tiada then cakap upgrade jadi 2 bilik (link). Alih-alih kami guna 1 bilik sahaja. 1 lagi tu guna tandasnya sahaja.


Ira, Oyah, aku. Sejak Oyah ini instal tiktok macam-macam dia nak buat.. Tapi tak pernah menjadi. kahkah...Had ini masing-masing dah bersihkan diri, so Syairah ajak makan-makan dekat Cafe Timothy. Cafe Viral 3 deretan kedai. Patut nak pergi had tengah-tengah tapi tengok beratur panjang, so kami decide pergi had belah hujung Cafe Timothy. Jom tengok apa yang menarik di cafe ini. 3 deretan kedai ini dulu adalah hotel sekarang dah dijadikan cafe (owner yang sama). 


Timothy Cafe: Rasai Keenakan Makanan Western


Ini muka lepas kenyang makan. Konon nak try makan Mingle, Syairah kata antara 3 cafe ini, had tengah Mingle cafe tulah paling ramai orang. Timothy ini pun sedap. Jom tengok apa menu ditawarkan. Mujur sampai-sampai je ada tempat duduk. Ikutkan kalau nak keluar jenjalan makan-makan ini ambil potion makanan sikit-sikit so boleh pergi cafe lain. Ini makan 1 cafe dah kenyang dah tak boleh nak pergi cafe lain.


See, kalau kami tunggu gak kedai sebelah memang tak makan lagi jawabnya. Punya ramai orang beratur. Kalau nak pergi cafe viral-viral ini pergi pagi-pagi ini pergi belah petang memang ramai oranglah gamaknya. Had tengah tu lagi banyk pilihan makanan.



Ini menu aku, Signature Salted Egg Chicken Spaghetti. Biasa aku makan nasi salted egg, tapi kali ini nak cuba rasa Spaghetti Salted Egg Chicken. Memang sedap!


Ini menu Syairah, tak ingat apa nama. Nasi Ulam Ayam Berlada kot kalau tak silap aku. Minah ini memang suka makan pedas, kalau masuk cili padi tak sampai 10 biji bukan dia.


Ini menu Oyah, Classic  Carbonara. Aku Bologonies and Carbonara aku prefer Bologonies. Lagi sedap!



Muka terbahagia sekali bila makanan terhidang. Cafe ini agak classic kau. Cermin meja tu terletak atas kaki mesin jahit. Setiap meja lain-lain.


Inilah special menu yang ada di Cafe Timothy. Must try okay. Aku bagi 4.5/5. Boleh tahan sedap. Harga makanan dekat sini affordable juga. 

Jangan lepaskan peluang ambil gambar di ruang payung ini betul-betul sebelah Timothy Cafe. Lorongnya kecik je. Acah-acah jalan dekat Ipoh pula Jalan Tun HS Lee. Kawasan ini jalan depan sikit dah sampai LRT Masjid Jamek, jalan sikit dah Pasar Seni. Senang cerita betul-betul tengah bandar hotel Cheylonz Hotel.


Dah kenyang makan, kami round sekitar ini dan jalan kaki balik ke hotel semula. Menghabiskan sisa malam di hotel. Malam Oyah order Domino, kami makan-makan sambil bersembang. Malam tu masing-masing tidur lena dengan sejuk dingin aircond, tilam yang empuk, bantal yang gebu. Esok pagi bangun-bangun masing-masing lapar balik. hahaha..

Apa-apa pun thanks for the surprise guys! Really enjoy walaupun 1 malam. Dorang suka menceriakan aku ketika aku pressure dengan kerja. kahkah.. Tak minta banyak pun dari korang semua, doakan aku terus dimurahkan rezeki, dan diberi kesihatan yang baik. Bila sihat kita boleh kerja lagi cari rezeki. Amin. 

Thank you for reading guys!


1 comment:

  1. Menarik! Boleh pergi taman eko rimba and tengok pemandangan sekeliling. Nanti dah boleh merentas negeri, boleh try tidur sini.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!