Zikir-zikir yang Boleh di Amalkan Sepanjang Bulan Rejab - Azwar Syuhada

Sunday 14 February 2021

Zikir-zikir yang Boleh di Amalkan Sepanjang Bulan Rejab

 | Zikir-zikir yang di Amalkan Sepanjang Bulan Rejab | Malam Jumaat baru ini adik aku buat video call semata-mata nak mengingat esoknya 13/2 tu birthdays dia. Nak hadiah ke? Kau tunggu la sana nanti kami post hand saniter, mask 4 players. Menarik juga hadiahkan benda-benda macam ini sempena birthday orang. Kebetulan semalam 13/2 juga merupakan 1 Rejab. 

Zikir-zikir yang  Boleh di Amalkan Sepanjang Bulan Rejab

Kalau perhatikan date angka 13 pada tahun ini agak bermakna juga. Dimana;


13/2/2021- Bulan Rejab

13/4/2021- Ramadhan

13/5/2021- Syawal


Diam tak diam, tak sampai 60 hari pun lagi, kita akan menyambut bulan Ramadhan. Kejap sahaja masa berlalu.Umur makin meningkat jadi aku malas nak ambil tahu hal-hal remeh, circle aku kecik kan lagi, dulu aku rajin la up gambar dekat Instagram, now kurang dah bila ada iklan baru post. Aku buka je Instagram, Twitter, Facebook cuma tak berkongsi post terkini. Sebab tiada benda penting pun nak dikongsi. Bagi aku, kalau sesuatu yang tidak sahih atau post yang boleh memudaratkan orang lain baik tak payah post. Begitu juga apa yang kita baca dan tonton. Sekarang aku lebih suka kembali tulis blog. Aku share apa yang aku tahu, tiada orang baca pun tidak apa. 


Sambung semula berkenaan bulan Rejab. Dari sudut pembacaan, Rejab ini merupakan salah 1 bulan 4 bulan haram yang dimuliakan dalam Islam. Rejab memberi maksud keagungan kerana bulan Rejab merupakan bulan yang dianggungkan oleh Allah. 


Jom perbanyakan zikir di bulan Rejab. Pahala berlipat kali ganda, jom sama-sama tingkatkan saham akhirat.




Zikir-zikir yang  Boleh di Amalkan Sepanjang Bulan Rejab

Mana baik kita kongsi, yang tak baik kita pandang sahaja jangan pula diikutkan kelak makan diri sendiri. Moga Ramadhan kali ini kita dapat berkumpul bersama kembali dengan keluarga seperti mana pada tahun 2019. Kalau korang rajin perbanyakan mengaji juga untuk saham akhirat. Al-Quran juga penyelamat kita di kubur nanti. 


Aku bukanlah muslimah mana, masih banyak perlu diperbaiki. Mana yang bermanfaat aku share, cuma hadis-hadis aku tak beranilah nak share entah betul ke tidak. Sama-sama kita perbetulkan diri kita, sekarang nak mati dia tak kenal usia muda ke tua. 


Thank you for reading!


1 comment:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!