Movie Review: Sanam Teri Kasam - Azwar Syuhada

Sunday 17 January 2021

Movie Review: Sanam Teri Kasam

 Salam to all readers,


How your day today? Harini merupakan hari ke-5 kita semua jalani PKP. So selain buat kerja office, during weekend aku habiskan masa dengan menonton movie dekat Netflix, baca novel, blogging ikut mood. So harini aku nak kongsi 1 movie aku tengok dan agak menarik jalan ceritanya. Mana tahu korang bosan duduk rumah, tak tahu nak tengok movie apa. So aku suggest korang layan movie Sanam Teri Kasam ini best dan penuh dramatik. Tapi tahan kesedihan dia tak boleh lawan Miracle in Cell No. 7. Movie tu aku layan sampai berlinang air mata. Had ini just drama cinta sahaja.


Movie ini dah lama since 2016 lagi, tapi aku first time juga tengok. Watak utama dalam movie ini adalah Harshvardhan Rane sebagai Inder dan Mawra Hocane sebagai Saru( Saraswaty). Btw, hero dia hensem ya ampun..


Sinopsis Sanam Teri Kasam;

Mengisahkan tentang seorang gadis Saraswaty Parthsarrty atau lebih sinonim dengan panggilan Saru, seorang pustakaan. Saru ini anak yang taat tapi tulah dia kolot dari segi penampilan (memandangkan ia tidak pandai menghiaskan diri). Ikutkan tak adalah hodoh mana. Betty lagi hodoh bagi aku. Nak dijadikan cerita dia ini nampak tak cantik sebab tak berhias je dan menyebabkan ia sukar menemui teman lelai. Tambah tertekan apabila adiknya dia nak buat keputusan kawen lari sekiranya si Saru ini tak berkahwin lagi (pendek cerita tak boleh langkah bendul). Adiknya tak boleh berkawin selagi kakaknya (Saru) tak berkahwin lagi. 10 lelaki datang, sepuluh-sepuluh tu juga reject dia. 


Dengan penuh keterpaksaan, Saru meminta pertolongan daripada jiran dia Inderal Parihaar atau lebih sinonim dengan panggil Inder. Inder ini merupakan bekas banduan. Namun ada 1 hari nasib tak menyebelahi si Saru apabila bapanya dapat tangkap si Saru ini berada di rumah si Inder. Terus dia membuat keputusan membuang Saru dari keluarga. Walhal, si Saru ini nak hantar ubat dekat Inder sahaja, kebetulan belakang si Inder ini cedera dengan berlemuran darah. Namun, bapa si Saru tetap bertegas untuk membuang Saru dari keluarga, siap call orang ramai datang ke rumah buat kenduri kemantian si Saru. Si Saru ini pun menangis teresak-esak, mujurlah pahlawan Inder berada disampingnya. Carikan rumah, bagi semangat, buat hidup si Saru ini gembira, paling penting disaat kematian si Saru ini lelaki ini tetap berada disisi. 


Movie Review: Sanam Teri Kasam

Pengajarannya;

Mak ayah janganlah mendoakan sesuatu yang tidak baik untuk anak, kelak makan diri sendiri. Dan lelaki jangan asyik nak perpuan cantik je, time tak bergaya ambil kesempatan suruh itu suruh ini. Bila dah bergaya beria menangih cinta pula. Mujur si Inder ini memang dah mula terpikat pada waktu pertama kali bertentang mata dekat lif. Waktu tu dia tengah hangat pula dengan entah mana-mana tah.


Okaylah guys, if korang nak layan movie ini boleh terus tengok dekat link facebook bawah. Netflix tak ada maybe sebab dah lama kot. Ada 1 lagi movie nak marathon after this.


ENG SUB:
https://www.facebook.com/100014064585698/videos/878778745934270/


Thank you for reading!

1 comment:

  1. Sedih sangat bagi sis sampai tengok banyak kali tetap nangis bila part ayah si Saru buang dia terus.. t^T

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!