BPR 2021: Kemaskini & Permohonan Baharu Bantuan Prihatin Rakyat Kini di Buka - Azwar Syuhada

Tuesday 19 January 2021

BPR 2021: Kemaskini & Permohonan Baharu Bantuan Prihatin Rakyat Kini di Buka

 Salam to all readers,


BPR 2021: Kemaskini & Permohonan Baharu Bantuan Prihatin Rakyat Kini di Buka | Seperti yang sedia maklum Bantuan Prihatin Rakyat 2021 kini telah dibuka bermula 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021. Dengar nak dapat duit laju je ya?

BPR 2021: Kemaskini & Permohonan Baharu Bantuan Prihatin Rakyat Kini di Buka

Bagi yang masih blur lagi, bantuan ini bermula pada awalnya dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), kemudian berubah pula kepada Bantuan Sara Hidup (BSH), dan kini telah diberi nama Bantuan Rakyat Prihatin 2021 (BPR 2021). Bukan senang ya nak tukar-tukar nama ini, namun ia tetap mempunyai matlamat yang sama iaitu memberi bantuan kepada rakyat Malaysia. BPR 2021 ini telah diumumkan lagi dalam belanjawan 2021, jadi tahun ini telah ditunaikan. Sudah pasti ia lebih baik dan orang bujang (berumur 21 tahun ke atas) pun tidak terkecuali boleh peroleh juga. Tiada seorang pun akan tercicir gitu.


Kategori & Nilai Bantuan BPR 2021


Seperti yang sedia maklum dalam bajet 2021, BPR 2021 ini dipecahkan kepada 2 kategori iaitu golongan isi rumah dan juga untuk orang bujang. Boleh refer gambar dibawah;





Jadual Pembayaran BPR 2021


Jadual pembayaran BPR 2021 ini terbagi kepada 2 fasa untuk golongan isi rumah dan juga secara one off untuk orang bujang.

> Fasa 1- April/Mei 2021
> Fasa 2- September/Oktober 2021
> One off untuk orang bujang (21 tahun dan ke atas)

*Jadual pembayaran tertakluk kepada perubahan


Syarat Kelayakkan Permohonan BPR 2021




Cara Mudah Kemaskini Maklumat & Permohonan Baru Bantuan Prihatin Rakyat 2021


Kemaskini maklumat dan permohonan baru Bantuan Prihatin Rakyat 2021 ini telah dibuka bermula 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021.

Info penting:

Pemohon yang perlu membuat kemas kini Pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang lulus boleh mengemaskini permohonan.

Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu Pemohon yang tidak menerima BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah


Permohonan Baru

Terdapat 2 cara bagi melakukan permohonan baru iaitu menerusi;

1. Permohonan secara atas talian
>  Permohonan melalui Portal Rasmi BPR https://bpr.hasil.gov.my
> Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS untuk membuat semakan

 2. Permohonan menerusi borang
> Muat turun borang BPN 2021 menerusi portal rasmi BPR LHDNM secara PERCUMA atau
> Walk in kemana-mana cawangan LHDNM, Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM ataupun Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM



Dokumen Sokongan yang Diperlukan


PEMOHON:

 • Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN.
 • Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN
. • Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN.
 • Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah.


PASANGAN:

• Salinan pengenalan pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS)
 • Salinan pasport / Visa / UNCHR / Pas Sempadan / Sijil lahir / KP lama


ANAK:

Anak Kandung Salinan MyKad / MyKid dan Salinan Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh JPN; atau 

Anak Angkat Salinan MyKad / MyKid dan Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN.


Selesai? Boleh Hantar Borang Permohonan

Dah complete semua dokumen korang boleh hantar semua dokumen permohonan BPR 2021 ini menerusi kaunter berikut;

• Cawangan LHDNM 
• Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM
 • Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM


Untuk makluman lanjut ataupun sebarang isu boleh rujuk syarat permohonan BPN 2021 di SINI

3 comments:

  1. Salam,Mohon pencerahan ,kalau saya nie penerima BPN 2.0,Adakah saya perlu mengemaskini rekod saya ,kalau ya ,bagaimana caranya... Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, ya perlu. Boleh masuk https://bpr.hasil.gov.my/ Tekan pada pautan Log masuk. Kemudian masuk NO IC. Sekiranya tiada rekod boleh teruskan dengan Klik pada button Daftar Akaun. Ikut step yang diberikan.

      Delete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!