Misi Mencari Bingkai Cermin Mata Baru | Teman Housemate Beli Laptop di Digital Mall PJ - Azwar Syuhada

Saturday 21 November 2020

Misi Mencari Bingkai Cermin Mata Baru | Teman Housemate Beli Laptop di Digital Mall PJ

 Salam to all readers, 


| Misi Mencari Bingkai Cermin Mata Baru & Teman Housemate Beli Laptop di Digital Mall PJ | Betullah orang kata dalam gaji kita mesti ada rezeki orang lain. Nak dekat gaji, benda yang kita tak jangka nak rosak itulah baru nak rosak. Tak betulkan makin melarat nanti diri sendiri pula tak nampak. Tiba-tiba bingkai spec mata aku sedia ada ini dah ranap. Mujur cermin okay, so sementara waktu pergi cari bingkai ganti. Alang-alang keluar teman housemate pergi beli laptop.


Ialah kes dekat KL makin meningkat, ramai orang yang bekerja diarah bekerja dari rumah. Nak taknak laptop dah menjadi satu barang keperluan jugalah. Cadangnya nak pergi tengok dekat lowyat, tapi ramai kata dekat lowyat kalau tak pandai pilih seller nanti kena tipu la apalah. Ramai yang syorkan pergi Digital Mall PJ ini. Digital Mall PJ inilah tempat aku beli phone vivo aku. Sini memang lubuk orang beli gadget, dari laptop, pc, cpu, smartphone, kamera, televisyen. Aku keluar pagi pukul 10.00am sampai sana around 10.30am dah beratur panjang nak masuk. Nak pergi sini memang kena awal sebelum pintu dibuka. Sini pula memang sesak. Nak datang sini naik public transport pun senang. Naik LRT stop dekat LRT Asia Jaya, order je grab. Nak naik bas malas pula nak menunggu. Kalau rajin jalanlah kaki, berpeluh jugalah ketiak nanti.


Dulu aku pergi dengan moksu aku, tempat ini still under contruction depan dia. La ini dah siap cantik je. Senang akses, cuma kawasan sesak sikit orang cari makan. Tepi kedai Digital Mall PJ ini ada kedai roti canai, nasi lemak. Tadi ingat nak singgah hujan lebat terus gerak pergi Midvalley.


Misi Mencari Bingkai Cermin Mata Baru |  Teman Housemate Beli Laptop di Digital Mall PJ


Macam biasalah pergi mana-mana kena jaga SOP, penutup muka kena pakai, scan barcode MySejahtera, jarak 2meter baru boleh masuk. Lepas 1 kedai ke satu kedai masuk. Masuk kedai Dell harga dia sampai tak boleh nak beli. So, keluar balik tengok dekat kedai lain, finally jumpalah. Housemate aku nak benda basic je untuk kegunaan office. Paling-paling microsoft, excel tu semua kena ada. Lain tak ada pun takpe, kalau graphic designer ialah banyak benor apps nak kena ada dalam laptop.


Laptop sekarang beza dengan laptop dulu. Sekarang lebih compact, lebih ringan, size pun comel je. Nak galas dalam beg pun okay. Kalau dulu punya laptop, nak galasnya macam bawa 10 buah sekolah yang tebal-tebal tu. Dia punya tahap ketebalan, berat dia lagi. Aku tak adalah, tapi aku tengok member aku punya. Gigih tu dia bawa.




Belah atas dah banyak jual smartphone, camera. Housemate aku beli laptop dekat bawah je. Jenuh jugalah nak tunggu dia setup semua. Bagi di install update sekali apa yang nak, nanti balik boleh terus guna sahaja. 




Siapa nak beli laptop murah, tak adalah murah mana pun bajet bawah RM3k boleh refer kedai ini. Betul-betul sebelah escalator. Abang ini ramah, tanya je kalau tak faham. Dalam berapa jam je dia dah dapat untuk 5 ribu lebih. hahaha... Orang datang beli laptop dah 2 orang campur dengan orang nak intall microsoft office. Betullah orang kata KL ini tak besar mana, jalan-jalan terserempak dengan saudara sendiri.




Gemuk gila aku dalam gambar ini. Memang aku dah gemuk pun, duduk rumah asyik makan je. Doakan aku kurus balik.  Excited jumpa saudara, lepas tu tak tahu nak borak apa dah. Dekat sejam jugalah tunggu laptop roomate ini siap, dengan dua-dua tak makan pagi lagi. Lepas settle terus gerak ke Midvalley settlekan pencarian bingkai spec mata aku pula. Nanti meraban-raban pula nak mencari.


Konon nak pergi cari bingkat dekat kedai blogger buat review area Sungei Wei, malas nak patah balik. Cari jerlah mana kedai yang ada depan mata. Dah alang-alang nak makan shabu-shabu dekat Midvalley. Carilah kedai spec mata yang ada.





Dengan baju basahnya kena hujan, sebaik masuk lrt dah kering sikit. Jalan-jalan dalam mall jumpa pula kedai optic Eyecorn. Kedai ini dalam Midvalley, masuk-masuk je staff sambut kedatanganku dengan senyuman. I like orang macam ini. Aku cakaplah nak tukar bingkai,cermin ada lagi. So dia tengok dulunya cermin mata aku and carikan bingkai yang sesuai dengan kaca mata aku. Dalam pada dorang tengah cari tu aku sahajalah test koleksi dorang yang ada.




Aku dah puas pakai besi, ganas sikit-sikit tercampak. Kalau pakai plastik tahan lasak sikit. Yang bingkai baru ini pun ada besi tapi tepi dia je, tengah-tengah plastik. Cantik juga design yang kena dengan cermin aku ada sekarang. Mostly design cermin mata dekat sini nampak stylist gitu, ala-ala spec mata minah korea. Lawa, harga pun lawa. 





Misi Mencari Bingkai Cermin Mata Baru |  Teman Housemate Beli Laptop di Digital Mall PJ

Yang warna pink ini pun lawa, bingkai dia tengah plastic, tepi besi. Cermin mata, bingkai plus power around RM700 jugalah. Bergantung dengan power kau. Cantiklah kalau nak beli. Kedai spec memang tak lama, dia dah jumpa bingkai yang kena dengan cermin aku, suruh aku test pakai semula okay ke tak. Kira on je, aku tukar bingkai kenalah RM328. Apa-apa pun puas hatilah dengan hasil bingkai yang dia offer sekarang. Nak cari lagi kecik, nanti terpaksa potong cermin yang ada. Dia pun tak galakkan potong cermin takut dia ganggu fokus mata kita yang dah diukur sebelum ini.



Korang rasa okay tak bingkai spec mata yang aku tukar sekarang? hehe. Macam dah tak ada modal pula nak buat cerita. Ini sahajalah perkongsian aku boleh share untuk harini. Esok duduk rumah balik.


Thank you for reading!


3 comments:

  1. belum pernah singgah lagi digital mall ni. selalu ke lowyat je. tapi lepas ni nk try ke sini pula :-)

    ReplyDelete
  2. Informasi yang bermanfaat untuk anak muda milenial.
    Yanacircle

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!