Cara Mudah Buat Semakan Tabung Haji Menggunakan THiJARI - Azwar Syuhada

Sunday 15 November 2020

Cara Mudah Buat Semakan Tabung Haji Menggunakan THiJARI

 Salam to all readers,


 | Cara Mudah Buat Semakan Tabung Haji Menggunakan THiJARI | Kita sekarang hidup dalam kehidupan norma baru dimana kita tidak digalakkan keluar rumah tanpa urusan penting. Terutamanya yang duduk di zon merah. Mahu atau tidak kita harus stay di dalam rumah. Sedikit sebanyak memberi impak kepada kita terutama kalau nak walk in urusan dengan bank. Kalau dulu kita terus masuk dalam dapat sejuk aircond. La ni kalau kau pergi kena jemur dekat luar dulu. Nanti adalah pegawai bank bank keluar menanyakan apa urusan anda datang.



Jadi pada mereka terutama bagi mereka yang muda-muda belajarlah mencari maklumat dihujung jari daripada menabur fitnat di hujung jari. Harini aku tergerak hati nak tengok akaun tabung haji yang dah lama aku tak update. Last aku update pun tahun 2018 tu pun register haji. Aku ada juga minta pertolongan dari mak aku untuk masukkan duit simpanan aku ke dalam tabung haji. Dia tolong masukkan menggunakan khidmat pejabat pos (tapi kena caj 60 sen la). Kalau kau berkira sangat kau transfer jerlah terus dari bank ke akaun tabung haji. Mostly sekarang, bank dah tak pakai buku. Semua transaksi boleh rujuk secara online. Kesian mak bapak yang tak berapa tahu mengenai IT. Bukan semua pakai smartphone. Even mak aku sendiri pun aku kena ajar juga guna. Macam mana nak guna touch and go e-wallet, video call, hantar whatsapp.



Pada mereka yang yang ada mak bapa yang tak berapa pandai guna gadget dah bolehlah ajar sikit-sikit. Tak pun teman dia pergi cucuk duit dekat bank. Kesian juga tengok pakcik makcik yang dah tua duk beratur dekat mesin yang tak berapa tahu menggunakannya. So, tampa buang masa jom aku tunjuk dekat korang macam mana nak buat semakan tabung haji secara online. Senang je rupanya, dengan menggunakan aplikasi THijari. Make sure korang sign up akaun menggunakan desktop or laptop tau. Smartphone korang just boleh log in sahaja nanti, untuk tengok.


Cara Mudah Buat Semakan Tabung Haji Menggunakan THiJARI


1) Buka laman THiJATI di sini>> https://www.thijari.com.my/

Cara Mudah Buat Semakan Tabung Haji Menggunakan THiJARI


2) Klik pada pautan 'Daftar'. Masukkan no kad pengenalan dan juga no akaun tabung haji. Diikuti dengan klik pada pautan seterusnya.


Cara Mudah Buat Semakan Tabung Haji Menggunakan THiJARI


3) Masukkan no telefon anda 


4) Kemudian akan tertera no kad pengenalan, no akaun TH dan number telefon. Sekiranya details itu betul. Klik pada pautan 'Mohon TAC'.



5) Lengkapkan butir yang diperlukan seperti ID pengguna, kata laluan, nama penuh pengguna, negeri mana.
Cara Mudah Buat Semakan Tabung Haji Menggunakan THiJARI


6) Tengah-tengah tu ada code gambar boleh pilih (secure image). Kemudian jangan lupa klik pada pautan terma dan syarat. Selesai!



7) Boleh cuba log in menggunakan ID dan password yang korangdah create.



8) Yeah dah boleh tengok akaun tabung haji secara online! Nak mudah boleh download aplikasi THiJARI ini di playstore/ appsstore. Check guna handphone lagi senang. 

Check online memang senang, yang jadi renyah nak mengingatkan password yang dah dicreate. Aku pula memang jenis pelupa. Apa-apapun memang mudah sekarang bila boleh check pakai online sekarang.


Thank you for reading!

1 comment:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!