Barang Jenama Tesco yang Wajib Korang Cuba! - Azwar Syuhada

Thursday 19 November 2020

Barang Jenama Tesco yang Wajib Korang Cuba!

 Salam to all readers,


Barang Jenama Tesco yang Wajib Korang Cuba! | Disebabkan aku pengguna tegar brand jenama Tesco ada baiknya aku share dengan korang barang keluaran Tesco yang best. Waktu aku kecik aku rajin ikut mak pergi beli barang dapur di Tesco tak pun Giant Klang. Kira paling jauh mak aku reti drive la. Lepas jalan Klang tu dah sesak mak aku pun tak drive ke Klang. Drive pun dekat pekan ini je. Setelah bertahun-tahun, wujud pula Tesco di Jenjarom lagi dekat dengan rumah. Mak aku apa lagi dialah orang pertama pergi merasmikan. Takyah pergi pekan Banting dah. Giant pun ada, tapi aku lebih selesa masuk Tesco, bersih, selia, tempat bahan metah pun tak ada bau. Lantai bersih, susun atur barang pun kemas. Paling penting ada member card boleh collect point.



Aku kalau balik Klang kalau tak sempat pergi beli barang yang aku nak dekat Tesco aku kirim dekat mak aku dulu. Kalau aku balik lama sikit, ada masa terluang bolehlah merayap ke sana sekejap. Aku suka pergi Tesco sini pun sebab complete ada kedai Mr Diy lagi, siapa yang tak suka kan? Tesco ini dia keluarkan brand dia sikit demi sedikit. Kalau dulu mana ada, tapi sekarang kalau pergi, 1 lorong tu ada je dia menyelit. Aku dulu ingat kalaubrnad jenama dia sendiri mesti tak best pakai/guna. Walhal ada je yang best. Jom tengok antara produk jenama Tesco yang korang boleh cuba.


1) Overnight Panties

Ikutkan aku nak beli pantiliner yang kecik tu pakai harian. Lepas tu nampak pula kotak brand Tesco ini sahajalah nak try rupanya pampers betul. Dalam ada 3 keping memang tebal like pampers bayi. Korang sarung je, eloklah pakai waktu malam masa uzur. Pasti tiada kebocoran.


2) Pau Jenama Tesco

Kalau korang pergi peti ais dia, mostly korang aku jumpa brand tesco. Benda wajib korang perlu try ada pau dia. Macam-macam perasa ada, kacang merah, daging, kaya. Satu paket around RM4. Dalam ada 9 psc. Ini makanan orang malas petang-petang, kalau korang ada pengukus masuk je dalam pengukus panaskan dalam 20 minit dah boleh jamu. Memang sedap, aku makan perisa coklat memandangkan aku chocolate lover. Satu lagi korang boleh try nugget brand Tesco, haritu aku nak beli habis lah pula. Serious sedap compare Ayamas dan jenama lain. Nanti aku pergi sekali lagi aku share gambar paket dia. Tak silap aku McD pun guna nugget brand Tesco. 


3) Coffee Brand Tesco

Barang Jenama Tesco yang Wajib Korang Cuba!

Siapa Coffee Lover dah boleh try Coffee brand Tesco ini. Ada 3 perisa Hazelnut, White Coffee dan 1 lagi tak ingat. Had ini baru lagi, sebelum ini aku pergi tak ada lagi. Memang padu, best lagi minum petang-petang cicah dengan Biskut cap Hapshing tu. Tapi umur muda ini kena kurang minum caffein tak elok untuk kesihatan. Sekali sekala boleh.


4) Potato Chips brand Tesco

Ini adik saudara akulah menghasut. Sedap kakwa!! Aku pantanglah orang cakap sedap nak juga makan. Dia ada 3 perisa Original, Tomato and 1 lagi bungkus warna merah apatah nama dia. Ini adik beradik twistter yang jual dekat kedai. Sedap juga buat kudap-kudap sambil layan movie. Sekali ngap pasti nak makan lagi. Harga serendah RM1.26 satu pek.


5) Susu jenama Tesco

Barang Jenama Tesco yang Wajib Korang Cuba!

Had ini aku tak pernah lupa untuk grab. Susu coklat jenama Tesco. Sekotak RM4.89 sahaja. Bestnya pergi Tesco harga susu dekat sini murah. Kalau kita pergi 99Speedmart susu Ducth Lady 1 kotak je RM6 lebih. Tesco selalu buat promotion 1 kotak RM4.90. Jimat banyak gila. But korang mesti air susu coklat brand Tesco ini memang sedap. Aku suka blend dengan pisang. Memang padulah rasanya.



Sekarang nak masuk Tesco kena ambil no dari luar. So bagi mengelakkan kesesakan orang ramai better datang pagi-pagi. 


Thank you for reading!

1 comment:

  1. akak sangat jarang ke tesco, lagilah musim pkp ni
    selalu kalau adik akak nk beli barang tesco online akak tumpang dia punya je... kalau yg disenaraikan kat atas tu memang best pau dia, selain tu dia punya biskut, nugget dan drummet goreng pun best...

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!