Tak Perlu Beratur Panjang, Hanya Perlu Set Appointment di Portal MyTemuJanji! - Azwar Syuhada

Sunday 4 October 2020

Tak Perlu Beratur Panjang, Hanya Perlu Set Appointment di Portal MyTemuJanji!

 Salam to all readers,


Disebabkan kita masih dalam mood kawalan Covic-19. Banyak syarikat awam dan swasta ubah cara operasi syarikat. Banyak yang dah start business melalui atas talian, interview pun dah banyak guna video, meeting pun video. Senang cerita semua benda buat atas talian. Benda paling mudah, walaupun duduk di rumah. Sekarang zaman milenium, semua benda di hujung jari sahaja.


Tidak terkecuali Jabatan Pendaftaran Negara juga turut menyediakan kemudahan Portal MyTemuJanji. Dimana sekarang, kita semua boleh set appointment bila dan pukul berapa, tujuan untuk ke sana pun boleh nyatakan. Kalau pakat terjah (walk-in) memang tidak akan dilayan. Apa-apa kena set appointment, paling lambat pun sehari sebelum hari korang nak pergi. 

Kalau dulu nak buat IC, Passport ke, make sure kena sampai jabatan tu dalam pukul 7.30am. Yang sampai 7.30am ni pun pukul 10.00am belum tentu dapat buat tahu tak? Betapa lama nak menunggu giliran, rasa nak menyumpah jugalah. Punya lama beratur, nak dapat tempat duduk belum tentu boleh lepas. Dah duduk, penat juga menunggu. Aku pernah buat passport dekat Jabatan Imegresen Banting sana dulu dengan mak aku, masuk 7.30am pukul 1.00pm baru tiba giliran. Kau rasa? So kalau nak buat passport tu buat je sekali 3 /4 tahun. Tak payah bazir masa tenaga tunggu buat. Nanti senang pergi renew dekat UTC yang berdekatan.


Sebelum korang pakat terjah ke Jabatan Pendaftaran Negara sekarang ini makesure, korang dah buat temujanji terlebih dahulu. Kalau tak memang kau kena halau siap-siap. Dorang akan dahulukan orang yang buat appointment terlebih dahulu. Dalam sehari pun ada limit untuk temujanji ini. 


Terma Dan Syarat Permohonan Online Sistem MyJanjiTemu JPN
1. Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan oleh Kerajaan dapat dipatuhi. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, pengguna perlu membuat pilihan lain;
2. Permohonan janji temu boleh dibuat selewat - lewatnya satu (1) hari sebelum tarikh janji temu dan tertakluk kepada kekosongan;
3. Pengguna hendaklah memilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi / bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan waktu kaunter bagi sesetengah Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (rujuk portal JPN bagi maklumat Operasi Pejabat ) ;
4. Pemohon perlu berada di pejabat JPN sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu temu janji. Pihak JPN berhak untuk membatalkan janji temu sekiranya lewat;
5. Pengguna hendaklah memilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan cuti kelepasan am bagi negeri-negeri. Pilih Tarikh mengikut jadual terkini Cuti Kelepasan Am Tahun 2020. Permohonan pada tarikh cuti kelepasan am akan terbatal dan permohonan janji temu baru perlu dibuat.
6. Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa janji temu. Sila rujuk laman web rasmi jabatan untuk maklumat berkenaan dokumen berkaitan;
7. Sekiranya pemohon mempunyai simptom seperti demam dan batuk, pemohon tidak dibenarkan hadir berurusan dan perlu membuat tempahan janji temu semula;
8. Pemohon adalah diingatkan bahawa permohonan janji temu di JPN adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) PKPP Majlis Keselamatan Negara dan arahan yang berkuatkuasa;

CARA MUDAH SET APPOINTMENT DI PORTAL MYTEMUJANJI

1) Klik pada link ini: MyTemuJanji

2) Klik "SETUJU" terma dan syarat.

3) Terus keluar seperti gambar di bawah, isikan negeri anda.


4) Klik pada pautan seterusnya, masukkan pula jabatan mana dan perkhidmatan yang korang ingin dapatkan berkenaan apa, seperti kad pengenalan, warganegara, kahwin, cerai semua lengkap.

5) Teruskan dengan pemilihan tarikh, nanti dia akan keluar waktu pukul berapa. Seperti gambar dibawah semua full dah. Pilihlah date lain. Nak senang korang pilih hari kerja, hari gawat orang tak berduit. Tengah bulan senang cerita.
6) Selesai pemilihan tarikh, isi maklumat anda. Kemudian print slip appointment. Settle. Time nak pergi JPN nanti jangan lupa sertakan slip tempahan appointment. Makesure, korang sampai 15 minit awal sebelum appointment. 



Sebarkan kepada mak ayah, pak cik-makcik, jiran-jiran, kawan-kawan korang yang masih tidak tahu. Sebarkan seperti mana korang sebarkan fitnah. haha.. K bye!


Thank you for reading!


1 comment:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!