The Garden Mall Bridge Penghubung ke Mid Valley! - Azwar Syuhada

Saturday, 20 June 2020

The Garden Mall Bridge Penghubung ke Mid Valley!

Salam to all readers,

Happy weekend korang! Buat apa hujung minggu ini, plan aku memang nak spend time untuk diri sendiri minggu ini. Malam tadi lepas kerja, penat mengemas bahagian baju tak berlipat, basuh kemain rajin bila bab melipat perghh dia punya tahap bercinta tu tak boleh nak kontrol. Pagi lepas subuh tadi, aku dah siap-siap basuh baju semua, nak keluar jogging Taman Jaya. Kononnya lepas Subuh nak gerak, memang taklah. Pukul 8.00 lebih baru keluar, balik jogging terus ke Mid Valley pula nak masuk Aeon beli barang dapur sikit.

Tahu tak sekarang nak pergi MidValley tak perlu naik KTM. Turun je dekat LRT Abdullah Hukum ikut jambatan nak ke The Garden, baru masuk Mid Valley. For me lagi mudah naik LRT turun Abdullah Hukumdari turun KL Sentral naik KTM yang nak kena tunggu dekat 30 min baru jalan. Entah bila nak update kelajuan KTM ini aku pun tak tahu. Dulu sebelum jambatan ini open, kalau nak ke Mid Valley memang kena naik KTM. Sekarang The Garden Mall Bridge ini dah siap lagi mudah orang nak ke Mid Valley. Senang access, jimat tenaga nak tunggu KTM, jalan kaki sikit dah sampai dah.

Cara Mudah ke Mid Valley Ikut The Garden Mall Bridge 

First sekali mestilah naik LRT then stop dekat Abdullah Hukum, turun-turun lepas punch card tu tengok signboard nak ke Midvalley.

google
Jangan pula keluar dan angan pula punch dekat sebelah tu pula. Had tu kalau nak naik KTM Abdullah Hukum. Terus naik escalator tepi tu. Dekat dinding tu pun dah tampal note untuk ke Midvalley. Naik je. Kalau tak sure, follow je orang depan. Rata-rata memang turun sini sebab nak masuk Midvalley.


 Jangan risau, tak kan sesat punya. Boleh tengok papan tanda atas kepala. Ikut je.


Ini baru pintu masuk THe Garden. Masuk sini kena scan dulu memandangkan kita masih dalam PKPP lagi. Teruskan jalan, ikut papan tanda nak ke Midvalley. Nanti keluar dekat lorong yang jual jam tangan. Situ dah nak masuk Midvalley. Nanti tembus dekat Hokaiddo Tokyo bakery tak silap. Dengan berpeluh ketiak, gigih masuk Mid semata nak masuk Aeon cari barang. Nasib tepat pukul 10.00am dah terpacak dekat sini. Heaven gila tak ramai orang.

Haritu pergi dengan roomate aku belah petang, jenuh kena beraur sampai 2 line nak masuk. Punyalah ramai orang. Kalau nak ke Aeon terus naik escalator tengah-tengah tu paling bawah dah masuk aeon.


 Cadangnya nak masak je next week kerja. Tu yang pergi beli barang sikit, beli dada ayam sikit, ikan siakap, udang dan sotong. Malam sat lagi plan nak buat buttermilk pula kalau rajin.

Lama benor terpusing-pusing dalam Aeon tadi, dekat pukul 12.00pm juga baru sampai. Balik-balik terus kemas, masak untuk tengahari, buang sampah semua baru bersihkan diri. Bila rumah dah bersih, baru selesa nak bergembira. 


Sempat grab roto Paratha brand Kawan, sedap jenama ini. Aku makan dah tu yang beli gak tadi. Tak nipis tak tebal sangat. Paling penting sedap di makan.

Malam tadi beriya kemas baju, terjumpa baju putih semua dah bertompok kuning. Sekali pun tak pernah pakai nak buang sayang. SO kita try hilangkan guna Vanish berkesan ke tidak I redha. Nak buang sayang, mahal juga kot aku beli tapi tulah tak pernah sarung. hahaha..

Kalau berjaya hilang tompok-tompok kuning nanti aku share sini. Baru aku perasan, lately entry aku banyak aku share apa aku buat. So, pada mereka nak ke Mid Valley, tak perlu dah naik KTM. Naik je LRT turun Abdullah Hukum. Senang access.

Okaylah, nak sambung type entry lain pula.

Thank you for reading!


No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!