Korean Drama: Crash Landing On You - Azwar Syuhada

Thursday 9 April 2020

Korean Drama: Crash Landing On You

Salam to all readers,

Salam Nisfu Syaban, moga doa kita semua dipanjatkan ke langit dan dimakbulkan oleh Allah. Diam tak diam tinggal beberapa hari Ramadhan bakal tiba. Cepatnya masa berlalu. Hari juga dah masuk hari ke-23 kita semua berkampung di rumah masing-masing. Hopefully semua sihat-sihat naknya. Dah macam kirim surat pula ayat aku.

Aku tumpang seronok bila kekasih bayangan aku Hyun Bin declare couple dengan Son-Ye-Jin baru-baru ini. Siapa je tak kenal, pelakon utama drama Crash Landing On You. Sungguhpun Hyun Bin dah masuk 40-an tetap hansome lagi. Siapa yang tahu nak tengok drama Korea apa sepanjang PKP ini, engkorang boleh bookmark cerita ini okay. Cerita ini aku boleh adapt dari cerita Goblin dimana aku layan episode 1 terus boring. K bye.

Sinopsis Korean Drama Crash Landing On You

Drama Korean Crash Landing On You ini mengisahkan kisah percintaan antara Yoon Se-ri (Son-Ye-Jin) dari South Korean Chaebol dan juga Ri-Jeong-Hyeok (Hyun -Bin). Seperti semua sedia maklum Korean Utara dan Selatan tidak sehaluan. Yang dari Selatan tak dibenarkan masuk ke Utara, dimana Utara pula tak boleh masuk Selatan. Ada sempandan antara kedua-dua ini. Ri-Jeong-Hyeok (Hyun-Bin) merupakan ahli North Korean golongan elite dan merangkap Captain of the North Korean Special Forces. Dia digilai ramai orang, macam biasalah tak dilayan. Satu hari, Yoon Se-ri ini ada aktiviti paragliding (dia request pada staff dia dia nak pergi tempat tinggi). Entah macam mana pada hari berlangsungnya paragliding, dan-dan berlaku puting berliung semua orang ditiup angin kencang, Yoon Se-ri ini pun tidak terkecuali dia turut terbang makin jauh. Sedar-sedah Yoon Se-ri dah melekat dekat sebatang pokok yang tinggi. Dia menjerit meminta pertolongan, kebetulan Ri Jeong-Hyeok lalu dikawasan situ dan terpanggil untuk mendekati pemilik suara. Maka bermulalah kisah perjalan mereka di sebatang pokok.

Ri-Jeong-Hyeok menerangkan pada Yoon Se-ri dia berada di North Korean tapi dia tetap menafikan, dia cuba selamatkan diri. Ri Jeong-Hyeok panggil anak buah dia untuk sama-sama menolong menyelamatkan Yoon Se-Ri daripada ancaman luar. Ri Jeong-Hyeok lebih suka kedamaian daripada penindasan. Dia masuk jadi askar ini pun untuk cari penyebab kenapa abang dia dibunuh. Nak cerita habis memang tak best nanti.


 My Honest Review;

Jalan cerita ini menarik walaupun permulaan agak slow. Dia bukan kisah cinta semata-mata tapi turut menceritakan tentang persahabatan, kekeluargaan, hubungan pekerja dengan majikan. Dia buat cerita nampak logik juga walaupun aku tak pernah tengok in real life kehidupan orang dekat Kutub Utara sana. Nampak real, mereka tiada televisyen, tak ada periuk nasi, kalau ada pun orang pakai senyap-senyap takut kena rampas dengan pihak atasan. Boleh tengok dorang bekerjasama dalam menolong orang susah. Love Captain Ri punya team.


Penat berjaga layan tengok Vagabond tapi ending menduka citakan. Huh! Jangan tengok, layan je Crash Landing On You ini.

Thank you for reading!

2 comments:

  1. first dengar orang kata Goblin boring. But, it's okay, lain orang lain citarasa ye dak.. CLOY memang best...

    ReplyDelete
  2. best sangat cerita ni!! sweeeeet jee hehehhe

    https://mylittlestoryi.blogspot.com/

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!