HKL Run 2019 - Azwar Syuhada

Sunday 5 May 2019

HKL Run 2019

Salam to all readers,

Rasa lama gila tak join run, tahun ini sempat join HKL Run 2019 dekat Dataran Merdeka. Lepas gian lama lari, tambah-tambah esok nak puasa. Kejap je masa berlalu tahu-tahu dah nak puasa. Nanti pejam-pejam pula dah raya. Perghhh cepatlah masa berjalan. Hopefully ramadhan kali ini, dapat menambahkan pahala dengan mendekatkan diri dengan Tuhan. Amin, niat kena ada ya dak.

Cantik je cuaca pagi tu, flag start pukul 7.30am. Sampai sini sekitar pukul 7.15am masa tu memang dah penuh dengan orang. Sekitar 8.00am baru start lari. Acara ini turut disertai oleh Menteri Kesihatan. Nama pun HKL run, majoriti yang join larian sudah semestinya adalah penjawat hospital. Best memang best join lari, tapi management hkl run 2019 sungguh mengecewakan. Masa amek kit haritu, aku amek sekali kit housemate aku, baju size S takde lagi dia suruh ambil masa hari lari nanti. Then ok jerlah nak ambil masa lari. Bila tanya krew hkl run ini, rasa nak carut sungguh tak membatu. Suruh pergi khemah urusetia. Bila sampai sana tak tahu, bila tanya leaders dia, boleh pula dia reply nanti dia pos ke rumah. 

Boleh dikatakan larian ini ramai juga orang yang sertai. Bertambah panas, bila dah tamat larian dapat medal kena beratur ambil payung. Nak ambil payung beraturnya punyalah panjang, bila dah nak dekat giliran kita dan dan pula payung habis. Kau rasa? Walhal, ko boleh je bagi medal sekali dengan payung bila pelari dah sampai kan. Apa yang susah aku taktahu. Bayar mahal-mahal, tapi ada benda certain orang tak dapat. It no fair la kan? Aku pernah pergi lagi besar event larian, tapi aturcara dia lagi kemas dan teratur. Berbaloi la dengan apa aku bayar. Hampeh...




 Apa-apa pun loncat satu kali habis tamatkan larian 5km. Muka dah penat, balik bantai makan dekat lubuk bangku. Last week, tutup, kebetulan buka pula haritu makanlah apa yang ada.Dah buang lemak, kita topap lemak balik. Apa ada hal kan?



Nasi goreng + ikan belada + udang 2 ekor = RM13.90. 

Perut kenyang hati senang, balik bantai tidur pula. Lepas tu murung sendiri, bila berat badat tak susut-susut. Takde benda nak kongsi sebenarnya, apa-apapun selamat menjalani ibadah puasa esok!

Thanks for reading!

1 comment:

  1. mesti organizer baru yang tak pernah lagi organize run event :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!