Wow! Fisherman's Friend Blackcurrant Kini Tembusi Pasaran Malaysia - Azwar Syuhada

Sunday 21 April 2019

Wow! Fisherman's Friend Blackcurrant Kini Tembusi Pasaran Malaysia

Nak tahu tak, dulu waktu zaman kecik-kecik dulu ada satu iklan yang cukup popular berkenaan sakit tekak. Aku selalu tengok dengan sambil lewa sahaja biasanya. Tapi sekarang, jenama tulah yang menjadi peneman setia aku sepanjang buat kerja, jalan-jalan, rehatkan minda, pendekkan cerita aku akan bawa kemana sahaja untuk melegakan tekak dan hilangkan mengantuk.


Tidak lain dan tidak bukan gula-gula Fisherman's Friend. Tambah-tambah sekarang ini, dia ada keluarkan satu lagi perisa terbaru iaitu Fisherman's Friend Blackcurrant. Pada penggemar perisa Anggur sudah pasti koranglah yang paling seronok sekali mendengar berita ini! Perisa anggur hitam yang menyegarkan kini boleh didapati dalam lozeng baharu Fisherman's Friend Blackcurrant.

Ia merupakan gabungan perisa mentol yan menjadi lambang keunggulan Fisherman's Friend dengan sentuhan kesegaran buah anggur hitam. Selama ini, Fisherman's Friend telah memperkenalkan pelbagai produk untuk disesuaikan dengan keperluan pengguna, termasuk lozeng tanpa gula. Tambahan yang terbaru kali ini juga tidak mengandungi gula dan merupakan alternatif yang sesuai untuk mereka yang mahukan pilihan tanpa gula.

Menurut Mohan Alagappar, Pengurus Besar GBA Corporation Sdn Bhd, pengedar eksklusif Fisherman's Friend di Malaysia, "Sebagai jenama yang terkenal dan mempunyai kedudukan global yang kukuh, kami komited untuk menawarkan produk yang segar dan menarik kepada pengguna. Dengan tambahan lozeng terbaru kami, pelangganboleh menikmati manisan rasa buah-buahan yang segar dan juga mendapat kelegaan segera daripada kerengsaan tekak dan batuk. 


Kini, Lozeng Fisherman's Friend Blackcurrant boleh didapati di semua pasar raya hiper, pasar raya, kedai serbaneka, kiok stesen minyak dan farmasi di seluruh Malaysia. Produk dijual pada harga jualan yang disyorkan RM4.20 untuk pek 25g.

Thanks for reading!

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!