Percutian ke Padang, Indonesia [Part 4] - Azwar Syuhada

Sunday 29 January 2017

Percutian ke Padang, Indonesia [Part 4]

Salam to all readers,

[Days 4]

Hari keempat merupakan hari terakhir berada di Bukit Tinggi. Sebelum meninggalkan kawasan Bukit Tinggi, Abang Dayat merangkap pemandu pelancong membawa kami ke kelok 44. Kelok 44 ini lagi curam jugalah jalannya jika nak dibandingkan dengan kelok 9 yang tak berapa nak bahaya sangat. Sepanjang melalui kelok 44 ini, kita akan dijamukan dengan pemandangan yang cukup indah iaitu kawasan bandar Bukit Tinggi. Semuanya pemandangan dipenuhi dengan alam flora, sihat menghijau pokok-pokok disana. 

 Inilah dia Tasik Meninjau Sumatera Barat. Cantik kan?


Kami hanya menyusuri beberapa kelok sahaja untuk kelok 44 ini, selepas itu terus berangkat ke Padang Indonesia. Perjalanan dari Bukit Tinggi ke Padang mengambil masa dalam 2 jam. Rata-rata mereka yang datang melancong ke Padang terus akan dibawa ke Bukit Tinggi kerana di sana ada macam-macam tempat sejarah, rekreasi, shopping center untuk memborong. Kalau di Padang, tiada apa benda pun melainkan pusat-pusat kerajaan, universiti, tempat makan, kira takde tempat menariklah untuk di singgah dekat Padang.

Sampai sahaja di Padang, kami sekeluarga dibawa pusing-pusing di bandar Padang seperti mengunjungi masjid. Kami bergambar dari luar sahaja, sebab masih dalam pembinaan. Cantik kan ukiran masjid ini? Yang pasti dorang tak pernah tinggalkan tradisi Minangkabau mereka, di mana tanduk kepala kerbau tak pernah tinggal.

Selepas itu, kami dibawa mengunjungi jambatan Siti Nurbaya. Jambatan Siti Nurbaya adalah jambatan yang membentang sepanjang 156 meter di atas Sungai Batang Arau, Kota Padang, Sumatera Barat. Jambatan ini menghubungkan pusat kota dengan seberang Padang. Kalau diikutkan, jambatan ini pernah berlakunya tragidi di mana Siti Nurbaya terjun dari jambatan ini lalu meninggal dunia. Nak tahu lebih lanjut mengenai kisah Siti Nurbaya ini bolehlah beli novelnya tak pun search google. 

Setelah puas pusing-pusing di Padang Kota, kami terus berangkat ke Hotel. Esok pagi dah nak check out balik Malaysia. Malam tu sempat makan di luar, area tepi laut jugalah. Boleh tahan sedap jugalah, tapi lagi sedap makanan negara kita. Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Jauh mana kita pergi, tempat kita juga paling best dan selesa. 

[Days 5] 

Pada keesokkan harinya, sebelum bertolak ke airport Minangkabau, kami sempat mengunjungi Lautan Hindi di Padang Indonesia ini. Sempat jugalah bergambar untuk kenang-kenangan. Ramai juga orang berkunjung ke mari, rata-ratanya orang yang datang melancong. Kawasan ini pun dijaga oleh pak polisi.

Dah puas bergambar, kami pun terus berangkat ke airport Minangkabau. Agak lama jugalah menunggu kapal terbang sampai. Jadi, apa-apa pun cuti kali ini memang seronok sakanlah dapat bercuti, rehatkan minda. Now, fokus study balik, cepat-cepat habis belajar, kumpul duit boleh melancong lagi. Sekian sahaja cerita percutian ke Padang, Indonesia, ku akhiri dengan ucapan Selamat malam!

p/s: Thanks you for reading!

5 comments:

  1. Cantiknya Padang. Hopefully one day dapat datang sini.

    ReplyDelete
  2. alamakk teringin nak g jugakk. bestnya!

    ReplyDelete
  3. Cantik nya gambar kak...
    Kepada akak² yang nak tengok keindahan alam bukittinggi jom lah datang kat sini... 😊😊

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!