Pelancaran Produk MEWANGI: Putih, Anjal, Gebu dan Cantik Menawan - Azwar Syuhada

Sunday 11 December 2016

Pelancaran Produk MEWANGI: Putih, Anjal, Gebu dan Cantik Menawan

Salam to all readers,

| Mewangi Satu Dunia: Putih, Anjal, Gebu dan Cantik Menawan | Sekarang macam-macam produk ada di pasaran kan? Tapi, kali ini aku ingin memperkenalkan satu produk lain dari yang lain kerana ia bukan sahaja boleh pakai di muka malah turut boleh dipakai pada bahagian badan juga. Menarik kan? Jimat pun jimat. Produk yang aku maksud adalah produk Mewangi. Ia merupakan produk kecantikan dan kesihatan bumiputera bertaraf GMP keluaran NIZAYU PRIMA  MARKETING.


Pelancaran Produk MEWANGI serta Pengenalan Pengasas dan Duta Produk

Baru-baru ini, 6 Disember lalu aku hadiri majlis pelancaran produk MEWANGI  serta memperkenalkan pengasas dan duta produk yang dirasmikan oleh YM Tengku Dato' Hishammudin Zaizi Bin YAM Tengku Azman Al Haj dan isteri bertempatkan di Lounge, Hilton Kuala Lumpur. Turut dimeriahkan lagi dengan majlis tandatangan, Noraniza Idris sebagai Duta Produk MEWANGI.

google

Seiring dengan moto Produk MEWANGI "Putih, Anjal, Gebu dan Cantik Menawan", NIZAYU PRIMA MARKETING bermatlamat untuk mengeluarkan dan memasarkan produk kecantikan yang berkualiti tinggi, di samping komited membuka peluang keusahawanan kepada masyarakat pelbagai peringkat usia dan berbilang kaum, untuk menjalankan perniagaan atas talian.

google
Pemilihan Noraniza Idris sebagai Duta Produk adalah satu pilihan yang tepat oleh MEWANGI kerana Noraniza Idris sendiri adalah pengguna setia produk MEWANGI sejak MEWANGI mula berada di pasaran. Seiring dengan Noraniza Idris juga gemar mengamalkan penjagaan kesihatan secara tradisional sebelum ini, dengan adanya MEWANGI memberi banyak kemudahan dan penjimatan masa bagi dirinya yang kian sibuk dengan kerjaya sebagai artis.


Rangkaian Produk Kecantikan MEWANGI

Produk MEWANGI 100% dijamin berkualiti tinggi, selamat dan suci dengan bahan-bahan alami dan bebas alahan yang diformulasikan dengan sumber semulajadi seperti garam bukit, lilin lebah, pati bunga-bungaan dan herba tempatan yang terkenal dengan pelbagai khasiat dan kebaikan.

Anda semua tak perlu ragu-ragu untuk mencuba produk MEWANGI kerana kesemua rangkaian produk MEWANGI ini telah mendapat kelulusan dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia yang terbukti bebas daripada bahan berbahaya seperti merkuri, hidrokinan dan paraben yang boleh mendatangkan kesan mudarat kepada pengguna.

Inilah dia PUAN AYU AZMERA ABD MOIN, pengasas produk MEWANGI. Sekali korang jumpa pasti jatuh cinta punya, cantik sangat kulit muka Puan Ayu Azmera ini. Dalam majlis pelancaran produk Mewangi, banyak perkongsian dan tips-tips kecantikan yang dikongsikan oleh beliau sekaligus perkongsian tentang jatuh bangun dalam industri perniagaan.

Bagi mereka yang berminat mencari pendapatan lebih bolehlah cuba pasarkan produk MEWANGI ini, kerana Puan Ayu akan bantu bagaimana cara nak berniaga dengan betul. Puan Ayu nak kita semua berjaya sama-sama gitu!

Akhirnya, berkesempatan juga bergambar bersama duta produk MEWANGI, tak lain dan tak bukan off course NORANIZA IDIRS, IKON IRAMA MALAYSIA yang tersohor. Dari dulu sampai sekarang kelunakan suaranya pasti menambat hati orang ramai. Tambah-tambah Noraniza Idris memang artis terkenal dan ramai peminat.

Sebagai seorang selebriti dan juga peneraju kepada penerbitannya sendiri, beliau sudah semestinya mempunyai jadual yang padat dan sentiasa sibuk dengan pelbagai acara. Justeru, Noraniza Idris semestinya bijak dalam memilih produk penjagaan kulit dan wajah yang terbaik bagi mengekalkan kesegaran, keanjalan dan kegebukan kulit agar sentiasa kelihatan cantik dan menawan. Kalau nak tahu, Noraniza Idris sendiri adalah pengguna setia produk MEWANGI sejak MEWANGI mula berada di pasaran.

Memperkenalkan empat produk awalnya di pasaran. MEWANGI tampil dengan 4 produk alami yang dirumus secara khusus untuk masyarakat Asia iaitu:


google


Mewangi CHEWING GUM SOAP


Perghh.. bau dia wangi sangat! Ia merupakan pencuci muka yang dihasilkan daripada madu dan kulit kayu manis untuk merawat jeragat, jerawat, melindungi kulit, mencerah, menghilangkan kegatalan muka akibat resdung dan menyejukkan radang kulit. Pada mereka yang ada problem skin, MEWANGI adalah pilihan terbaik.

google
 Mewangi Peeling SCRUB


Ia merupakan skrub atau lulur garam bukit untuk kegunaan muka dan badan, bagi membuang kulit mati, daki, menipiskan jeragat dan memudarkan parut, menghilangkan kehitaman di celahan badan, ketiak dan kelangkang.

google
Mewangi CREAM


Ia merupakan krim untuk kegunaan muka dan badan yang menggabungkan 7 pati bunga dan serbuk mutiara, serta mempunyai SPF60 untuk menyekatakan tona kulit, menggebu, mencerah, melembut, menganjalkan seri menaikkan aura dan seri wajah. Banyak gila fungsinya, ini yang rasa seronok nak cuba!

Mewangi PENAIK SERI 7 BUNGA

Ini pula krim kegunaan muka diestrak dan diformulasikan daripada lilin lebah dengan 7pati bunga untuk menyelesaikan masalah jerawat dan jeragat yang degil. Dalam masa 14 hari kegunaan berupaya menjadikan kulit anda berseri-seri dan lebih cerah merah jambu, seterusnya memancarkan keserian wajah kita semua!

Dalam usaha mengembangkan lagi jenama ini pada masa akan datang, NIZAYU PRIMA MARKETING yang diterajui oleh Pengasasnya iaitu Puan Ayu Azmera juga telah bersedia untuk memasarkan beberapa produk komestik dalam pasaran akan datang iaitu Gincu Bibir MEWANGI dengan 4 pilihan warna (Pink Ayu, Pink Mawar, Merah Pinang dan Natural Gloss), Bedak Alas MEWANGI (Ting Ting Foundation), Minyak Wangi MEWANGI (7 Kelopak Mawar #wangikanlahhatimu "Wangian Penenang Hati & Jiwa".

Untuk maklumat lanjut mengenai produk MEWANGI, boleh terus hubungi;

Hotline: +6016 444 7131/ +603-7813 7707
Alamat pejabat: No 23-G, Blk Jalan Elektron NU16/N, Sek U16, Denai Alam 40160, Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Instagram: MEWANGI SATU DUNIA
Youtube: TV MEWANGI

6 comments:

  1. wow semua pakat mewangi pasni hihi

    ReplyDelete
  2. mewangi sangat. boleh cium harum dia kerana ada kayu manis.. i loike..

    ReplyDelete
  3. Memang sesuai sangat noraniza idris jadi duta mewangi nie.. terbaikkk

    ReplyDelete
  4. wahhh ada jumpa noraniza idris. :D
    belum pernah jumpa produk nie. teringin nak cuba sebab banyak review pasal nie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah mana tahu sesuai dengan kulit BV! Bau dia wangi sangat..

      Delete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!