Sayangilah telinga anda! - Azwar Syuhada

Sunday 27 September 2015

Sayangilah telinga anda!

Salam to all readers,

Kali ini aku nak cerita sikit mengenai rutin aku setiap tahun. Tidak dibenarkan sama sekali membaca entry ini sambil makan, takut makanan tak dapat dihadam dengan baik. hahaha.. Jahat tak aku? Sebelum nak mulakan cerita ini, nak tanyalah pada engkorang semua pernah tak mengalami sakit telinga sampai satu tahap tak dapat dengar? Even, satu telinga tak dapat dengar rasa macam nak nangis tahu tak. Kerana aku dah terbiasa mengalaminya. Memandangkan harini ada cerita mengenai "sayangi telinga kita" di keratan akhbar, aku kongsikanlah pada engkorang sekali. Mana tahu, ada yang senasib dengan aku! 

google

Untuk pengetahuan korang semua, TELINGA merupakan salah satu anggota badan yang perlu dijaga dengan baik kerana fungsinya yang banyak membantu salah satu deria kita dalam menjalani kehidupan yang baik. Senang cakap, susah nak hidup tanpa telinga kerana ia berfungsi untuk mendengar. Dan penjagaan telinga bukan sahaja setakat membersihkan, tetapi lebih daripada itu. Ini kerana bunyi yang kuat atau tekanan yang tinggi juga mampu merosakkan fungsi telinga. 

Adakalanya serangga seperti semut atau apa sahaja mampu memasuki rongga telinga dan ia sepatutnya dijaga dengan baik bagi mengelakkan perkara ini berlaku. Kebiasaannya, rongga atau lorong dalam telinga akan menyimpan kotoran dan lilin. Manakala pada bahagian dalam pula terdapat gegendang telinga yang berfungsi untuk pendengaran. 

Terdapat pelbagai cara untuk kita menjaga teliga dengan sihat. Antaranya:

1) Kebiasaannya, ramai orang membersihkan telinga dengan putik kapas. Ia langkah yang tidak baik kerana putik kapas akan menolak kotoran jauh ke dalam telinga dan akhirnya mengeras serta membuatkan pendengaran kurang jelas.

2) Jika terpaksa, gunakan secara berhati-hati dan terbaik gunakan pengorek telinga bukan daripada kapas untuk membersihkan telinga. Ia akan membantu mengeluarkan kotoran tanpa menolak kotoran itu jauh ke dalam.

3) Jauhkan dari tempat yang bising dalam tempoh masa yang lama atau gunakan penutup telinga jika terpaksa. Pendedahan bunyi bising kuat ke atas telinga akan membuatkan seseorang itu mengalami masalah pendegaran.

4) Ketika makan, kunyah dengan baik bagi membantu telinga kita bergerak dan mengeluarkan kotoran yang berada di dalam telinga. Apabila kita sedang mengunyah, rahang atas dan bawah akan menggerakan telinga.

5) Kurangkan menggunakan fon telinga dengan terlalu lama untuk mendengar muzik, jika boleh gunakanlah dengan perlahan dan tidak terlalu kuat. Kita mampu mengawal apabila kita masih boleh mendengar orang berhampiran bercakap walaupun kita sedang mendengar muzik dengan fon telinga.

6) Kalau rasa tak dengar sangat, boleh cuba tips ini. Di mana korang kena tutup hidung dan tutp sekali telinga yang tak dengar itu lalu hembus nafas perlahan melalui telinga. Cuba banyak kali, insyallah menjadi. Kalau tak berkesan, selepas mandi titiskan sedikit air ke dalam telinga lalu tundukkan telinga suapaya airnya keluar. Kalau cara ini pun tak berkesan, sebaik-baik mungkin pergilah ke klinik nanti doktor bagi ubat titik dan juga tahan sakit. Datang lagi sekali, selang dua hari doktor akan bersihkan telinga korang sampai clear. Orang cakap jauh sebatu pun kau
 dah dengar. 

Ada segelintir orang cakap sakit telinga ni penyakit keturunan, agaknyalah sebab arwah nenek aku selalu telinga tak berapa nak dengar. Sejak aku form 6 lagi kalau tak silap akulah, telinga aku tak berapa nak dengar. Bila pergi klinik, doktor cakap "tahi telinga keras", tak pernah korek telinga ke? Kau rasa? hahaha... Tahun lepas, dalam 5 bulan sekali aku akan pergi klinik sebab telinga tak dengar. Sampai satu tahap tak dengar langsung, mulalah berfikir aku bakal pekak ke? Cuak gilaa.. Bila pergi check, tahi telinga keras. Arghhh.. stress aku, sampai sekarang aku tak berani bersihkan telinga menggunakan putik kapas. Gunakanlah pencungkil telinga serupa besi tu, bersih dan clear telinga. Akhir kata, sayangilah telinga anda!

Sumber: Utusan Malaysia

8 comments:

  1. Tak pernah tahu pula doktor akan cakap tahi telinga keras dekat patient mereka.

    ReplyDelete
  2. eh samalah dgn akak ..kes macam ni jugak .. semapai kena buang dengan pam air .haaa lucu je

    ReplyDelete
  3. kalau zizie, selalu rasa macam berdengung.. sekarang, dah tak...

    ReplyDelete
  4. Thnks for sharing azwar. Betul sayangilah telinga anda. Hikhik

    ReplyDelete
  5. memang sensitif telinga kita ni kan.. jagalah telinga sebelum ianya bermasalah..

    ReplyDelete
  6. "Kebiasaannya, ramai orang membersihkan telinga dengan putik kapas. Ia langkah yang tidak baik kerana putik kapas akan menolak kotoran jauh ke dalam telinga dan akhirnya mengeras serta membuatkan pendengaran kurang jelas."



    ohh baru tauuuuu.........!nice entry .....beneficial to others!Alhamdullilah masih bole mendengar dgn baik

    *klik nuff sekali*..hehhehhe

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!