Food Review: The Best Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan in Shah Alam - Azwar Syuhada

Thursday 22 January 2015

Food Review: The Best Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan in Shah Alam

Salam to all readers,

Minggu ini, memang aku betul-betul penat dari dalam negeri sampai luar negara. Itu pasal nak update blog pun ke laut. Tapi memandangkan waktu lapang aku semakin kurang, jadi harini kugigihkan jua untuk update! Kali ini bercerita mengenai tempat makan yang begitu special iaitu Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan. Kira ini kali kedua aku menikmati hidangan steamboat.

Kalau sebelum ini apa-apa event aku ikut member aku sahaja. Tapi kali ini aku bawa family bestfriends aku TAPI bukan keluarga aku. Aku dengan keluarga dia kira kamceng jugalah, mana-mana pergi kadang-kadang angkut aku juga tak pun kalau datang rumah pasti maknya masakkan macam-macam untuk aku. Nikmat orang kata. Kalau nak bawa family sendiri memang tak cukup korumlah jawabnya. Tambah-tambah, keluarga kawan yang aku bawa ini memang penggemar makan steamboat. Cakap sahaja restoran steamboat yang mana, pasti mereka tahu. 

Jadi pada hari Isnin malam Selasa baru ini, aku berkesempatan mengunjungi tempat makan di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan, Shah Alam. Ini kali pertama aku makan disini, memandangkan aku memang jarang turun Shah Alam. Nasib baik, keluarga kawan tu tahu selok belok nak ke sini.

google

Pelbagai jenis makanan yang menarik yang terdapat di sini, dan harus dicuba. Bak kata orang, macam-macam ada. Sebelum memilih makanan untuk di grill, haruslah memilih soup dahulu. Ada dua soup iaitu TOMYAM SOUP dan juga CHICKEN SOUP. Jadi, kiteorang memilih kedua-dua soup memandangkan tempat grillnya ada dua. Jadi, kita cuba kedua-duanya sekali. Yang pasti, kedua-dua soup ini sedap belaka!

google

Dah selesai pemilihan soup, barulah kami semua mengambil bahan-bahan untuk di grill. Nak tahu, ruang makan dan tempat mengambil makanan di asingkan. Kira ada satu bahagian ruang yang khas untuk mengambil makanan. Susun atur yang cukup sempurna, memudahkan kita sebagai pelanggan mengambil makanan. Yang pasti, korang semua akan ulang alik kemari untuk mengambil makanan kerana ianya memang sedap!

google

google
Untuk pengetahuan anda semua, konsep restoran ini grill, stim, BBQ dan masakan panas yang disediakan secara buffet. Pelbagai pilihan makanan laut dan bebola seperti ketam, udang segar, potongan ikan, filet, ayam, kupang, tiram, kerang, kepah, dan banyak lagi. Pencuci mulut tidak kurang hebatnya dengan buah-buahan, aneka kek, bubur, aiskrim dan ais batu campur (ABC).

google
 Pelbagai jenis kerang dan juga sotong yang engkorang boleh pilih.

google
Macam-macam ikan dan juga ayam berperencah untuk di grill. Pilih sahaja yang mana nak dicuba. Yang pasti semuanya sedap!

Sayur-sayuran pun ada.

google
Homemade D'Kayangan Steamboat Signature Sauce.

google
Ini bahagian buffet, makanan berat. Macam-macam ada, seperti nasi lemak, nasi goreng, mee goreng dan lain-lain lagi. Senduk sahaja, yang mana nak dimakan.

Macam-macam jenis mee turut disediakan. Sebut je nak yang mana, semua dah tersedia. =)

google
 Aha! Yang ini paling special dekat Restoran D'Kayangan ini iaitu kambing panggang. Jadi, kalau engkorang nak makan, minta sahaja pada stafnya. Nanti mereka tolong ambilkan. =)

google
Pelbagai jenis minuman turut disediakan, takut-takut tercekik waktu makan. Boleh ambil air disini. Nak yang sejuk ataupun yang panas, semua sudah tersedia.

 Aiskrim juga turut disedikan, pelbagi jenis perisa ada. Dekat sini pun ada menyediakan air ABC. Lupa nak snap gambar, laju sangat masuk mulut. 

google
Kek pun disediakan, kek coklat tu paling sedap =)


google
Sebahagian makanan yang dipilih untuk dinikmati.

Restoran Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan mempunyai ruang yang agak besar dan boleh menempatkan seramai 100 lebih orang dalam pada satu masa. Tambah-tambah ia mempunyai ciri-ciri restoran yang mewah, elegan, selesa, bersih, yang pasti amat berpuas hati serta ia amat sesuai untuk mengadakan sebarang event, seperti jamuan keluarga, company dinner, birthday party, seminar, media event atau apa sahaja jenis event amat sesuai dibuat di sini. Yang pasti engkorang kena booking awal-awal, takut penuh pula. Kalau weekday takde sesak sangat, cuma weekend agak crowded. Jadi, booking awal-awal kalau nak selesa makan. =)

google
D'Kayangan Steamboat pilihan terbaik untuk mengadakan event.

google
Ruang makan di luar, yang pasti selesa sambil melihat kemeriahan lampu warna warni di luar. Untuk pengetahuan anda semua, restoran ini juga turut menyediakan kemudahan lain seperti tempat solat bagi kaum wanita dan juga lelaki. Jadi bagi mereka yang datang awal tak sempat nak solat magrib di rumah, bolehlah solat di ruangan disediakan.

Restoran ini akan melalui transformasi dengan pengubahsuaian restoran dengan menambah ruang yang lebih luas dan juga tempat untuk mengabadikan kenangan bersama rakan dan keluarga pada tahun baru akan datang. Masih lagi berkonsepkan steamboat BBQ & Grill tetapi ada kejutan untuk para peminat BBQ Arang. Beberapa item juga akan ditambah dalam hidangan buffet dan hanya  yang terbaik akan disajikan kepada pelanggan.

Pakej-pakej yang ditawarkan:-
(ALL YOU CAN EAT SET 1)
Sizziling Grill + Steamboat + Kambing Panggang + Masakan Panas + Buah + Dessert +Air Sejuk + Teh Tarik 

Harga:
RM33.00 bagi orang dewasa
RM17.00 bagi kanak-kanak (5-12 tahun)

Jadi bagi mereka yang berminat untuk menikmati keenakkan Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan ini bolehlah mengunjunginya di sini;

Restoran Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan, Shah Alam
D'Kayangan Steamboat BBQ and Buffet,
Sri Acapella Service Apartment,
Jalan Lompat Tinggi13/33M,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
No. Tel: 03-5523 4979

Facebook;
Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan

Instagram: @dkayangansteamboat
Twitter: @dkygnsteamboat

Waktu operasi: 5pm - 2am


Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak kuucapkan pada Encik Arif merangkap manager restoran ini sendiri kerana sudi jemput Azwar datang ke restoran ini. Lihat? Muda-muda lagi dah ada restoran sendiri dan untuk pengetahuan engkorang semua restoran ini sudah hampir 5 tahun diusahakan. Moga perniagaan Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan ini akan terus maju dan dikenali ramai. Good luck! =)

Muka happy masing-masing dapat makan dekat sini, yang pasti mereka semua kata D'Kayangan memang terbaik! 

p/s: Jadi apa tunggu lagi, ajaklah keluarga, jiran tertangga, suami isteri memasing, member-member engkorang semua pakat serbu Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan, Shah Alam ini. Yang pasti berpuas hati! Kalau ada rezeki dan kelapangan waktu, nak datang lagi... =)

35 comments:

  1. Untunglaaa makan dekat DKayangan. Hehehe. Ketam tu asal tak behave sangat ! Arghh. Stress la macam ni. T_T

    ReplyDelete
  2. nampak sedap menunya.. boleh saya bawa family hujung minggu nanti..

    ReplyDelete
  3. I went here once. Masa tu belum lagi ramai orang datang and foods pun belum banyak lagi. Now, dah macam-macam ada kan kat sana.

    ReplyDelete
  4. Wah..banyaknya makanan....Sedap2 belaka nampaknya

    ReplyDelete
  5. wah wah wah kak azwar sumpah this is sooo tempting T_T
    nakkkkkkkkkkkkkkkkk

    ReplyDelete
  6. nakkk heheheeh nape jauh sangat ish T_T

    ReplyDelete
  7. sini memang sedap steamboat dia. last lepak tahun lepas. memang lama gila tak pergi. heheh :D

    ReplyDelete
  8. fuyohh dijemput tu..syoknyaaa..nak jugak rasa..

    ReplyDelete
  9. kecur liur tengok ni malam malam. hehehe. rindu dgn balang ada sambal belacan. ulam-ulaman. Eh? heheh. Tp jauh nak p :'( huhu

    ReplyDelete
  10. Ala2 seoul garden... bestnya layan seafood.. geram tgk ketam tu...

    ReplyDelete
  11. Bestnya! Semua pun nampak sedap dekat sini.

    ReplyDelete
  12. memang best...lagi2 aiskrim letak topping chocolate (terus jadi fav akak)

    ReplyDelete
  13. yum..yum.. bila tengok banyaknya jenis seafood boleh dipilih memang mcm dikayangan sangat.

    ReplyDelete
  14. Hi,

    I would like to let you know that we are selling high PR Tumblr blogs.
    I think as a webmaster, you know the importance of having backlinks from high PR blogs.

    And you also know how costly it can be to have backlinks to this high PR blogs.


    Well I would like to inivte you and take a look at our offer.
    At very cheap price, you can have your own high PR Tumblr were you
    can use as backlinks to your site.

    If your interested, please visit: http://bit.ly/highprtumblr

    Thanks

    Check out my homepage ... Cheap High PR Tumblr Blogs

    ReplyDelete
  15. penah makan kat sini dulu masa jamual last school..mmg best...semuanya sedapp !

    ReplyDelete
  16. terbaek lah Azwar. Tokey restpran jemput datang restoran dia tuh... hahaha...

    ReplyDelete
  17. kalau RM33 per pax tu murah dan berbaloi...byk betul variasi makanan

    ReplyDelete
  18. wah...memang terbaiklah makan kat sini....harus kena terjah ni...

    ReplyDelete
  19. dekat je dgn office tempat ni tp tak pernah pergi lg. hehe

    ReplyDelete
  20. Hi,

    I would like to let you know that we are selling high PR Tumblr blogs.
    I think as a webmaster, you know the importance of having backlinks from high
    PR blogs. And you also know how costly it can be to have backlinks to this high PR blogs.



    Well I would like to inivte you and take a look at our offer.
    At very cheap price, you can have your own high PR Tumblr were you can use as backlinks to your site.


    If your interested, please visit: http://bit.ly/highprtumblr

    Thanks

    Have a look at my webpage Cheap High PR Tumblr Blogs

    ReplyDelete
  21. Hi,

    I would like to let you know that we are selling
    high PR Tumblr blogs. I think as a webmaster, you know the
    importance of having backlinks from high PR blogs. And you also know how costly it can be
    to have backlinks to this high PR blogs.

    Well I would like to inivte you and take a look at our offer.

    At very cheap price, you can have your own high PR Tumblr were you can use as backlinks to your site.


    If your interested, please visit: http://bit.ly/highprtumblr

    Thanks

    my web site: Cheap High PR Tumblr Blogs

    ReplyDelete
  22. I don't even understand how I finished up here, but I thought this put up was once good.
    I do not realize who you're however definitely you are going to a well-known blogger for those who
    are not already. Cheers!

    Here is my page :: home renovation ideas (www.homeimprovementdaily.com)

    ReplyDelete
  23. suka makan steamboat buffet cmnni, macam2 kita boleh makan. tpi kalau x larat tu yg susah jadi membazir pulak xD

    ReplyDelete
  24. No matter if some one searches for his necessary thing, therefore
    he/she desires to be available that in detail, therefore that thing is
    maintained over here.

    Here is my blog post ... renovation ideas (http://www.homeimprovementdaily.com/)

    ReplyDelete
  25. amboiiiiii.... sedapnya makan steamboat...!! memang faveret la seafood2 ni... hehehehehe... :)
    nak try la nanti...

    ReplyDelete
  26. Hey very interesting blog!

    my webpage: kitchen home improvement [www.homeimprovementdaily.com]

    ReplyDelete
  27. murah gila kot rm33 all you can eat. ni rasa nak terjah ni! haha

    ReplyDelete
  28. wahhh., sedap2., aku baru jer trpikir nk gi mkan steambot bbq., tp xtau lg nk g kt mana., biasa gi mkn kt kuang., ingt time ni nk gi kt kg subang plak., hehehe

    ReplyDelete
  29. Perghhh!!! Ini memang seoul garden pun kalah ni sbb siap ada kambing golek lagi. Huhuhu... Lapar terus ni hah, azwar! :'D

    ReplyDelete
  30. steamboat ni mmg best and puas hati. cuma waktu kite dtg time tu dah malam and mcm kejar2 makan...haha..tp mmg puas hati :)

    ReplyDelete
  31. malam ni nak enjoy makan dengan family...hari jumaat anak sulung dah nak balik asrama kat taiping..hari khamis dah nak puasa....

    ReplyDelete
  32. Mai pernah pergi sana masa zaman blajar shah alam dulu, bestttt, mmg puas hati.

    ReplyDelete
  33. Hi, Neatt post. There's an issue with your wweb site in web explorer, could check this?
    IE nonetheless is the market chief and a large section of other people will pass over your great writing because of
    this problem.

    ReplyDelete
  34. Hi, f᧐r all time i used to cһeck websіte posts here in the early
    hoᥙrs in the break of day, аs i like to gain knoᴡleԁge
    of more and more.
    try here : The Ninja Guide To How To Lock Files Better

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!