Inilah Yang Dinamakan Rezeki - Azwar Syuhada

Wednesday 5 June 2013

Inilah Yang Dinamakan Rezeki

Assalamualaikum..

Rata-rata kebanyakkan anak-anak kecil telah dihidangkan dengan alat-alat gadget yang canggih di awal usia yang terlalu muda. Aku lihat adik sepupu aku yang baru berusia 4 tahun telah pandai bermain Ipad, sampai aku tanya juga, macam mana nak main permainan dalam Ipad itu. Tengok?? Betapa canggihnya anak-anak zaman melinium sekarang. Disebabkan keluarga masing-masing ada pendapatan tetap, masing-masing bekerja, ada juga setengah mak bapak yang membuka perniagaan secara online, jadi kira mewahlah kehidupan anak-anak zaman sekarang ini. Ada juga ibu bapa yang memantau anak mereka dengan cara membelikan telefon bimbit buat anak-anak mereka.

Masa zaman aku sekolah rendah dulu, telefon rumah tulah yang merupakan talian hayat aku, dimana kawan-kawan aku ingin menghubungi aku. Apabila melangkah ke sekolah menengah, aku tetap menggunakan khidmat telefon rumah. Waktu itu, rata-rata sepupu yang sebaya dengan aku sudah memiliki handphone sendiri. Malah, ada juga yang telah bertukar handphone baru 2 dan 3 kali. Alhamdulillah, aku ini bukan yang jenis yang suka barang-barang gadget ini. Bagi aku kalau ada adalah, kalau takde pun tak mengapa. Kerana aku rasa benda itu tiada keperluan pada waktu itu. Apabila aku berada di tingkatan 2, barulah aku merasa pakai handphone itu pun, bapa saudara aku beri. Hampir 2 bulan menggunakan handphone tersebut, aku pula rasa terbeban apabila kena membeli topap. Kalau telefon rumah itu, tak perlu bertopap-topap. Aku ini pon, bukan jenis kaki borak mahupon kaki gayut di telefon. Apabila melangkah ke tingkatan 3, aku berjaya membeli handphone menggunakan duit sendiri setelah melihat sepupu sepapat aku bertukar-tukar telefon. Jadi teringinlah juga, nak merasa bertukar-tukar telefon. Dalam pada masa menggunakan handphone baru yang dibeli sendiri, kebetulan bapa saudara yang sama memberi lagi satu telefon buat aku, yang canggihlah sikit dari yang aku beli sendiri. Ala..budak sekolah lagi masa itu, jadi beli phone yang cikai sahajalah. Mak bapak aku bukanlah jutawan jauh sekali nak jadi hartawan.

Tadaaaa..Inilah koleksi handphone aku buat masa ini

Tengok, betapa aku hargailah pemberian orang. Sampai sepupu-sepupu perempuan aku cemburu, dengan satu perkataan sahaja 'UNTUNG LER'. Kisah plak aku? Setiap handphone yang aku guna ini, mempunyai sentimental value. Untuk pengetahuan korang, handphone yang pertama dan nampak sahaja cikai itu, pernah jadi nilai yang tinggi dengan harga topap RM1,000.00. Selama setahun jugalah aku menghabeskan topap tersebut. Sampaikan abang aku kecik sikit pon, aku lokek. Bagi telefon kedua itu pula, aku suka sebab ia berwarna pink dan merupakan telefon yang aku beli sendiri. Apabila mendapat telefon baru, yang no. 3 itu ia terus menjadi koleksi. Kini aku menggunakan BB, itupun baru 2 minggu lebih. Tapi satu sen, pon aku tak keluar duit untuk membelinya. Alhamdulillah, rezeki Allah. Ada sesiapa, hendak sedekah lagi?? Aku sedia, menerimanya..


p/s: Kata arwah atok aku dulu, kalau sesuatu barang itu kita membeli dengan duit sendiri maka kita akan lebih menghargainya. Begitu juga, dengan barang yang diberi oleh orang lain, kita haruslah menghargainya. 



52 comments:

  1. wow! hahaha ni konfem simpan ni kan bila nk beli yg baru? sakinah jgk yg xde langsung phone :D

    ReplyDelete
  2. kalaulah dapat beli barang guna duit sendiri, cukup puas hati! rasa kepuasan tu :) tapi kalau orang bagi pula syukur aje la.. rezeki tu :)

    ReplyDelete
  3. Sama lah kita, start guna handphone masa form 2. Hehe, sy ummi yang kasi. Banyak nyaa koleksi handphone diaa. :D

    ReplyDelete
  4. Banyaknye koleksi tepon :D:D

    ReplyDelete
  5. ooo...itu mmg rezeki namanye...eeehhh topup smpai RM1000....banyknye....rietta biasa topup RM 10 jerr...

    ReplyDelete
  6. HUU.. bnyaknye. nak satu.. heee

    ReplyDelete
  7. aku dah tak guna fon, semak dan save. Haha true, kadang2 membebankan. Tepon rumah mak yang bayar itulah untungnya :p 'untung lerrrr'

    ReplyDelete
  8. bgs ni lau satu rosak leh pakai yg lain standby...t sok2 ni anak nak pakai boleh bagi..hahah jauh sgt tu smpi pikir anak ea hehehe

    untunglahhhh pakai BB
    hehe

    ReplyDelete
  9. wah best nyer dpt free
    sop semua beli.. hehehe

    ReplyDelete
  10. ros pun suka simpan telepon lama walaupun ada yang tak boleh pakai. hehe

    ReplyDelete
  11. wahh masih ada lagi ?? wow teruju ..acik kalau di kumpul ada bnyk juga tapi malangye ...ada rosak so di kebumikan hehehe

    ReplyDelete
  12. saya suka simpan koleksi hp saya..kdg2 berguna jugak bila hp yang ada ni rosak :)

    ReplyDelete
  13. Salam.

    Jalan cerita kita ttg gadget hndpn ni, lebih kurg je azwa :)

    Akak setakat ini, cuma ada 3 handphone saja. Yg pertama, plg lama guna dan skrg ditgn ibunda. Keduanya, dah rosak. Ketiga yg skrg ini, dah hampir 4thun rasanya. Dan semuanya jenis biasa2.. akk dgn gadget, tak brapa sgt. Dpt yg asas pun ckup.

    ReplyDelete
  14. wah bestnyer dapat hadiah telefon. Kak puteri terpaksa beli sendiri..hukk

    ReplyDelete
  15. sama ada pemberian orang atau dibeli dengan hasil usaha sendiri, haruslah dihargai. :)

    ReplyDelete
  16. bestnya~~~ lolly nk tukr fon bru x trcapai lg hasrat ni~~ wuuu~ :'(

    ReplyDelete
  17. wow, baiknya uncle awak.. nak bagi anis jugak tak? hehehe

    ReplyDelete
  18. blackberyy . tambah lagi tau android. :)

    ReplyDelete
  19. waaa enset pink tu sama mcm enset kita,,tpi kaler putih ;)

    ReplyDelete
  20. zaman dulu dgn sekarang mmg dah jauh beza..sy pakai hp lepas SPM..mn mampu nak beli ms sekolah...huhu dan smp sekarang still guna hp tu...haha

    ReplyDelete
  21. Hp pertama akak 3310.. masih ada lg..hehe

    ReplyDelete
  22. form 2 dah start pakai handset kira hebatlah., botak start pakai handset pon masa form 5., tu pon nokia sabun je., dah kira canggih masa tu., hahahaha... :))

    ReplyDelete
  23. alhamdulillah murah rezeki.

    btw, done follow #1749

    ReplyDelete
  24. perghhh...nak satu BB...nak buat keychain...hehehe...

    ReplyDelete
  25. wahh akak simpan lagi? huhu phone no2 tu lawa. phone no satu tu phone paling hebak sebab boleh campak2 xD

    ReplyDelete
  26. bagusnya masih simpan.. telefon lama akak kena curi masa rumah kena pecah masuk.. akak first time pakai masa dah masuk u telefon nokia 3210.. masa tu takde smartphone lagi..

    ReplyDelete
  27. sally pakai henfon yg guna duit arwah ayah...rasa syg nk tukar :')

    ReplyDelete
  28. wah..nk satuuuuuuuuuuu..hihi..
    <- x de fon
    sye start gune fon time drjh 4..fon nokia 3310.. [^,^]

    ReplyDelete
  29. wah..smpai 4..huhu..btw, memg best pun kalo beli dr duit kita sndiri, rasa sgt2 bernilai... :)

    ReplyDelete
  30. sampai skrg saya still guna henset torchlight sebab saya xleh guna fon mahal2 ni, cepat rosak sebab saya ni ganas, hehe

    ReplyDelete
  31. untunglah murah rzeki he3..smpai 4hp..fuh, hebat la :) to4 rm1k 2 cmne plak??? budak2 skrg ni bmbg diorg xsihat n mlas je bla ada gadget2 cnggih cmni..

    ReplyDelete
  32. wow!mmg tiap kali g memana bwk 4 4 ke? huhuhu

    ReplyDelete
  33. wahwahwah memang murah rezeki Azwa :D btw jalan cerita kita lebih kurang sama la.. kecik2 pakai telefon rumah.. dah masuk sekolah menengah akak2 bagi pinjam n belikan hp.. masuk form 3 beli sendiri tapi canggih lebih sikitttt je.. pastu bln 10 tahun lepas baru beli hp betul2.. harap2 kekal n tahan lama la.. :)

    ReplyDelete
  34. mmg murah rezeki. dapat free beb =D

    ReplyDelete
  35. betul-betul :) hargai apa yg diberi.

    ReplyDelete
  36. wahhh betul2 rezeki... untunglah...

    ReplyDelete
  37. eh sama la.. simpan lg henfon2 lama. hehe. nak buang syg

    ReplyDelete
  38. untung la... semua tu rezeki.. apepon, saya tabik la kat kamu sebab cermat menjaga barang kepunyaan...

    ReplyDelete
  39. seriously ?? wahhh sama kita ni yee / cne ok

    ReplyDelete
  40. memang rezeki! deno takde byk pun.... huhu

    ReplyDelete
  41. Sama la kite. Akak pun setakat ni ada 4 fon sejak dari sekolah. Tapi 3 dah kiok. Satu je yang boleh guna. Hahaha~

    ReplyDelete
  42. gile banyak,,,bak satu hehehe...gurau je

    ReplyDelete
  43. nak byk lagi khwin dgn tokey kedai hp lagi byk dpt....hihihih jgn marah tu yg dikatakan rezeki....

    ReplyDelete
  44. banyaknya telefon dia..hehehe

    ReplyDelete
  45. untung laa banyaak phone dia :D hahaha. bila nak mai penang. kita pi jalan2 :))

    ReplyDelete
  46. murah rezeki.me masa form 3 macam tu baru guna ..itu pun guna mak punya..ahaha.. koleksi tak banyak sangat..kalau rosak mmg buang.. T__T

    ReplyDelete
  47. wahh bestnya dapat BB free. hehehe. bagi la kat aku satu henpon ekk. huahuaa ;D

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!