Azwar Syuhada: shawl
Showing posts with label shawl. Show all posts
Showing posts with label shawl. Show all posts

Thursday, 21 September 2017

Pelancaran My Sketchbook Shawl By Emma Maembong: Hasil Seni atas Tudung
4:43 pm 13 Comments
Salam to all readers,

| Pelancaran My Sketchbook Shawl By Emma Maembong: Hasil Seni atas Tudung | Orang kata bila bapa jadi doktor mesti anaknya nanti jadi doktor, bila mak ayah jadi pelakon mesti anak-anaknya juga akan mewarisi bakat lakonannya nanti. Tapi lain pula dengan Emma Maembong di mana bapanya seorang pelukis negara yang cukup popular. Siapa sangka dalam kesibukan Emma Maembong dalam dunia lakonan, dia juga berbakat dalam melukis dan masih meluangkan masa dalam menghasilkan lukisan demi kepuasan dirinya.


Pelancaran My Sketchbook Shawl By Emma Maembong: Hasil Seni atas Tudung

Semalam, 20 September 2017 bertempatkan di Quality Hotel, Kuala Lumpur aku berpeluang menghadiri majlis pelancaran My Sketchbook Shawl By Emma Maembong. Di majlis tersebut, aku dapat melihat sendiri hasil seni yang Emma Maembong yang cukup menakjubkan. Lakaran yang cukup hidup dan mampu menarik perhatian orang ramai.


 Pertunjukkan empat koleksi terbaru dari My Sketchbook Shawl By Emma Maembong iaitu koleksi Budaya, Hibisco, Bumi Kita dan juga Seashell

google
 Pertunjukkan empat koleksi terbaru dari My Sketchbook Shawl By Emma Maembong iaitu koleksi Budaya, Hibisco, Bumi Kita dan juga Seashell

Sungguhpun sudah banyak lukisan yang dihasilkan oleh Emma Maembong, namun bukan mudah sebenarnya untuk mereka di luar sana menikmati lukisan yang dihasilkan oleh Emma. Siapa sangka, Emma dan adik beradiknya yang lain muncul dengan idea yang berbeza. 

 Antara rakan artis yang turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis pelancara My Sketchbook Shawl By Emma Maembong

google

Menubuhkan My Sketchbook Shawl By Emma Maembong pada awal Jun lalu. Jadi, kali ini lukisan Emma Maembong bukan sekadar dilakar atas kanvas sahaja malahan ke atas tudung/shawl sekali. Siapa tak suka kan? Kalau nak tahu, My Sketchbook Shawl By Emma Maembong sudah pun mengeluarkan tiga jenis koleksi tudung iaitu Libelle, Metafora, Fatamogana yangtelah mendapat sambutan hangat sebelum ini.

Antara hasil seni Emma Maembong yang dipamerkan semalam.

google

Kini, My Sketchbook Shawl By Emma Maembong telah mengeluarkan empat lagi jenis koleksi shawl terbaru iaitu Budaya, Hibisco, Bumi Kita dan juga Seashell. Memandangkan setiap corak tudung adalah melalui lukisan eksklusif milik Emma Maembong, maka kuatiti setiap pengeluaran tudung adalah terhad. Jadi,jangan lupa grab awal-awal kalau nak My Sketchbook Shawl by Emma Maembong.

 Taknak ketinggalan untuk bergambar bersama antara koleksi My Sketchbook Shawl By Emma Maembong


 Turut memeriahkan lagi acara ini dengan persembahan  Adira, manakala Kamal Adli sebagai pengacara majlis. Cantik sangat koleksi My Sketchbook Shawl By Emma Maembong yang Adira gayakan ini. =)

Memilih kualiti kain terbaik dalam menghasilkan tudung-tudung yang dikeluarkan My Sketchbook Shawl by Emma Maembong juga mahu mereka diluar sana menghargai produk My Sketchbook Shawl By Emma Maembong bukan sahaja sebagai tudung sahaja tetapi juga hasil seni.

Menurut Yaya Maembong merangkap tulang belakang kepada penghasilan My Sketchbook Shawl By Emma Maembong, fokus utama mereka agar koleksi-koleksi ini tidak sekadar dihargai wanita bertudung di luar sana tetapi para pencinta seni lukisan yang mahu memiliki koleksi lukisan asli hasil tangan Emma sendiri. 

Sementara kesemua koleksi tudung ini sudah pun berada di pasaran, bagi mereka yang mahu memilikinya boleh menghubungi stokis-stokis My Sketchnook Shawl By Emma Maembong yang kini berada di seluruh negara. Harga setiap koleksi tudung ini bermula dari RM55 sehingga RM99 sahaja!

Bukan semua orang bertuah memiliki jari jemari yang boleh melakarkan lukisan di atas kain kanvas dengan begitu menakjubkan sekali. Itu semua kuasa Allah yang memberi kelebihan pada diri beliau. Kita yang tengok berasa sungguh kagum dengan kebolehan yang dimilikinya. Tahniah, sekali lagi buat kak Emma Maembong atas pelancaran My Sketchbook Shawl.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk grab My Sketchbook Shawl By Emma Maembong!

Thank you for reading!
Reading Time:

Tuesday, 29 March 2016

BUNGA_PROJECT WANT TO CLEAR OUR STOCK!!!
11:16 am 6 Comments
Salam to all readers,


Harini aku takde kelas, dapatlah aku buat coretan sikit dekat laman sesawang aku ni. Seperti yang sedia maklum, aku kan sekarang tengah berjinak-jinak dalam perniagaan jual tudung. Banyak benda jugalah aku belajar nak improvekan lagi bisnes online ni. Kadang-kadang tu rasa down jugalah. Jadi bagi mengurangkan rasa down dan kembali semangat untuk berniaga adalah dengan membaca pengalaman beberapa orang usahawan yang telah berjaya. Ada yang rugi berpuluh-puluh ribu tapi still bangun semula untuk berjaya. Salah satu caption yang aku suka ini;


Apa yang saya belajar dalam business ni, jangan terlalu amik kisah pasai orang. Maksudnya, nampak kawan business lain tambah kedai, tambah product, tambah kereta, tambah rumah, jangan rasa tercabar atau rasa tak senang duduk, sebabnya tu rezeki dia. Apa yang dia dapat semuanya dari apa yang dia usaha, so janganlah rasa gelbah. Kita buat kerja kita, usaha dan usaha ada rezeki tu ada lah. Jangan risau nah. Kalau usaha pasti ada hasilnya. Belajar dari kawan business kita tak mengapa. Tapi jangan dengki, hati mau bersih baru bertambah maju.


Jadi, apa yang dapat dirumuskan di sini kita nak berniaga ni janganlah ada rasa dengki, kalau tengok orang tu dah maju ke depan biarlah dah rezeki dia. Kita yang masih tak berganjak haruslah lebihkan usaha. Yang penting solat jangan tinggal. 

Bagi menceriakan pagi ni, aku nak buat CLEARANCE STOCK untuk tudung, shawl yang aku jual. Bagi menghabiskan stock ni, aku nak bagi harga kasih sayang pada engkorang semua.

Yang pastinya shawl from bunga_project ini sangat selesa dipakai dan senang dibentuk. Materials kainnya pun okay dan gerenti engkorang suka puna. Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk grabs okay! Kalau nak belikan untuk orang tersayang pun boleh.

google
 SHAWL CHIFFON
Price: 2 for RM18.00 not exclude postage
Measurement: 2m x 0.7m

google
  SHAWL CHIFFON

Price: 2 for RM18.00 not exclude postage
Measurement: 2m x 0.7m


 RUBY WIDE COTTON SHAWL
Design: Straightcut
Material: Cotton Crumple
Size: 2.5m x 1m approximately
Price: 2 for RM25.00 not exlude postage

google
 SHAWL CHIFFON

Price: 2 for RM18.00 not exclude postage
Measurement: 2m x 0.7m


Ini antara stock warna tudung yang tinggal, kalau nak tengok warna lain boleh terus lawati ig shop bunga_project. Ownernya aku sendiri, jadi apa-apa boleh terus whatsapp untuk sebarang pembelian.

Instagram: bunga_project
Whatsapp: 017-2150317

Reading Time: