4:00 am
BY Azwar Syuhada
38 Comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera =)
Rasanya bertuah hidup ini bila sudah memiliki lesen , tidak terkecuali diri aku juga yang sudah mempunyai lesen motor dan juga lesen kereta . Pengalaman mengambil lesen memang memberi kenangan yang cukup menyeronokkan . Kebanyakkan orang (sebelah keluarga mak aku ) biasanya lepas SPM , barulah dibenarkan mengambil lesen . Curi-curi mengambil lesen memang pantang buat keluarga aku , tapi banyak juga yang curi-curi bawa motor tanpa ada lesen .
Perkara yang paling tidak pernah aku lupakan ialah first time pegang stereng kereta , bawa motorsikal . Pertama kali buat latihan motor , orang yang mengajar kena pegang handle motor dekat belakang . Disebabkan aku tak pernah sekali pun bawa motor , memang malu gila . Orang lain dah expert bawa motor , aku pula baru terkedek-kedek nak belajar . Yang paling aku tidak boleh lupakan apabila , aku failed buat kali pertama bila test jpj . Yang aku failed adalah test kereta , time dekat tiga penjuru barulah enjin nak mati . Perghh , memang menyirap gila , yang aku lulus pula test motor . Memang tak menjangka langsung , motor boleh lulus . Padahal , motor pakcik aku ada je dekat rumah . Tapi hati aku ini tidak pernah terdetik pun nak cuba bawak . Disebabkan latihan motor aku buat dua kali sahaja , nak dibandingkan latihan kereta hampir 10 kali aku tibai .
Kebanyakkan member-member aku cakap , jpj semua garang gila . Syukur alhamdulillah walaupun aku test jpj sampai dua kali , buat masa itu aku dapat test jpj yang okay sahaja . Walaupun ada orang cakap test jpj perempuan semuanya kerek gila . Kali pertama aku dapat test jpj yang double XX , aku jadi gerun jugalah time tu . Yang paling tak boleh tahan , bila aku dah masuk gear , kaki dia boleh tertolak balik gear aku tu . Almaklumlah double x kena faham sendirilah , dengan kuasa vito dia sebagai jpj gagalkan aku test jalanraya . Perghh , terima dengan hati yang terbuka . Takpe berputus asa , aku gagahkan diri untuk mengulang balik test kereta buat kali kedua . Yang kedua kali itu , aku dapat test jpj lelaki yang sangat cool . Tak banyak kerenah , siap pasang radio lagi . Dengan kuasa vitonya sebagai jpj , beliau telah meluluskan aku . Suka gila !!!
Zaman sekarang ini pula , kebanyakkan makbapak lebih banyak menghalalkan anak-anaknya yang baru setahun jagung itu telah dibenarkan membawa motor . Bukan nak kata apalah aku sendiri , kekadang berselisih di tengah jalan pun ada . Tengok dari belakang macam badan orang dewasa membawa motor , terkadang makbapak pon siap memboceng dengan anaknya pabila naik motorsikal . Sebenarnya amat bahaya , jika membawa motor takpe lesen ini . Lagi-lagi sekarang banyak berlaku kemalangan jalanraya . Yang paling dasyatnya yang kemalangan itu tiada lesen . Serius aku cakap pabila hangpa tiada lesen , jangan sesekali membonceng orang lain . Ia teramatlah bahaya bagi aku .
Walaupun aku sudah mempunyai lesen motor dan kereta , sampai la ni pon aku dah tidak pernah memegang stereng kereta . Bila nak bawak sahaja , mulalah adik aku tak bagi . Lama-lama dah jadi malas nak drive . Last aku bawak kereta pun time dekat highway Telok Panglima Garang , sebab dapat kebenaran dari si keding . hahahaah.... Ok tak lawak pun !! Itu pertama kali dan kali terakhir aku bawak kereta bila dah lulus test jpj . Mak aku pun kata bila dah ada lesen , bukan semena-semena itu jam juga kau boleh bawak kereta sesuka hati . Amik lesen ini pun supaya , nanti dah abis belajar or ada kecemasan berlaku , kita tahulah bawa kereta . Itu sahaja , janji aku bukan lesen terbang or lesen tersungkur sekalipun . Aku berlesen dari usaha aku sendiri okay !! Sampai kawan aku kata , kau pergi sekolah sampai la ni , kau nak basikal apa pasal ?? Kata dah ada lesen . Dalam hatiku berkata , sukahati akulah nak naik apa sekalipun . Sibuk je , orang ada lesen ke tak !!! Penyibuk !!
Bukan semua orang yang ada lesen , mempunyai kenderaan sendiri kan ?? Jadi , tak usah nak belagak sangat bawa motor or kereta pergi sekolah . Kereta dan motor pun , makayah punya dah nak poyo kan !!
Walaupun aku pelajar form 6 yang masih naik basikal sekalipun , aku tetap bangga okay . Kos nak ke sekolah pun tak banyak . Tiada angin pergi isi sendiri . Tak payah buang masa dekat traffic light lagi . Sampai la ini , dah banyak kereta dan juga motor aku potong time traffic light merah . hahaha... Okay tak lawak pon kan . =)
- Note : Apa-apa pun , bagi remaja yang mempunyai kenderaan tapi tiada lesen . Carilah masa untuk mengambil lesen , supaya apabila ada kelibat polis kita tidak ada rasa cuak . Tambahan pula , kalau menaiki kenderaan tanpa mengikut peraturan umpama sudah belajar melakukan jenayah di usia yang muda tanpa kita sedari . Hidup mengikut peraturan kan lebih bagus , dan ia menjamin keselamatan . Sekian !! =)





