2:00 pm
BY Azwar Syuhada
30 Comments
Salam to all readers,
Rasanya macam sudah lama aku tidak berkongsi cerita korea yang tengah hot sekarang ini. Bagi yang minat drama korean pasti tahu cerita ini. Tambah-tambah, aku paksa mak aku join sekali tengok cerita ini. Kalau nak mengharapkan tengok dekat online, boleh sahaja tapi 1 episode pun payah nak lepas (kalau line macam siput). Cerita yang aku maksudkan ini adalah cerita "MY LOVELY GIRL".
Watak utama:
Jung Ji Hoon (Rain) sebagai Lee Hyun- Wook
Krystal Jung sebagai Yoon Se-na
Cha Ye -ryun sebagai Shin Hae-yoon
Kim Myung-soo sebagai Shi-woo
Sinopsis:
Hyuk-Wook merupakan seorang CEO sebuah syarikat nyanyian yang terkenal dan merangkap penulis lagu yang terkenal serta berbakat. Sungguhpun wataknya nampak dingin pada orang sekeliling, tapi dia seorang yang baik hati. Hyuk-Wook pernah mempunyai cinta hati So Eun (kakak kepada Yoon Se-na) yang telah mati dalam kemalangan, dan Hyuk -Wook merasa kematian So Eun berpunca darinya. Sejak kejadian itu, Hyuk -Wook terus menghilangkan diri, sehingga dia bertemu dengan Yoon Se-na, adik kepada So Eun.
Yoon Se-na pula, mempunyai cita-cita untuk menjadi penulis lagu seperti kakaknya, jadi Hyuk-Wook cuba membantu Yoon Se-na untuk merealisasikan impiannya, memandangkan Yoon Se-na tiada sesiapa lagi setelah kematian kakaknya. Tanpa mereka sedari, Hyuk-Wook dan Yoon Se-na mula jatuh cinta antara satu sama lain. Jadi, apa kesudahan ceritanya? Adakah mereka akan bersatu? Adakah percintaan mereka terhalang? Untung mengikuti cerita selanjutnya, korang-korang semua kena tengok sendirilah ceritanya. =)
p/s: Apa-apapun, lakonan Rain memang best! Rasa-rasanya, dalam drama inilah yang menampakkan Rain paling hensem tahap apa daa jika nak dibandingkan dalam "Full House". Untuk pengetahuan anda semua, cerita "My Lovely Rain" ini hanya 16 episode sahaja, jadi takdelah jenuh no nak tengok kan? =D
Kalau rasa-rasa tak sempat nak layan dekat televisyen, boleh aje layan di online:
Note: Bila mengadap tv, blog pun terabai. Petang ni nak layan Ugly Betty pulalah! >_<






