Azwar Syuhada: Buffet Ramadhan
Showing posts with label Buffet Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Buffet Ramadhan. Show all posts

Sunday, 26 March 2023

Buffet Ramadhan 2023 | Nikmati Kesedapan Selera Nusantara Di Dewan Bankuet MBSA,  Shah Alam Sambil Raikan Anak Yatim Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al-Mahabbah
3:26 pm0 Comments

 Salam Ramadhan everyone!


 | Buffet Ramadhan 2023 | Nikmati Kesedapan Selera Nusantara Di Dewan Bankuet MBSA,  Shah Alam Sambil Raikan Anak Yatim Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al-Mahabbah | Setiap kali menyambut Ramadhan pasti rasa syahdu, paling seronok bila menjelang berbuka puasa. Waktu tulah detik paling best dapat berkumpul dengan mak ayah, adik beradik, sanak saudara (buat mereka yang balik ke kampung menyambut Ramadhan), berbuka bersama kawan-kawan buat mereka yang merantau. Namun, paling bermakna bilamana kita sama-sama dapat berbuka sekali dengan anak-anak yatim.



Semalam aku berkesempatan berbuka puasa di Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam bersama kawan aku, Joanne. Majlis berbuka puasa tak semestinya kaum muslim sahaja boleh hadir, kaum lain tak kira Cina mahupun India anda juga boleh turut hadir. Banyak kali iklan lalu lalang dekat feed aku, jadinya aku nak pergi juga rasai sendiri "SELERA NUSANTARA Catering & Event yang berlangsung di Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam.


Semalam, 25 March 2023 telah berlangsung majlis berbuka puasa bersama 30 orang anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al-Mahabbah, Bukit Raja Klang


Jelas terpancar kegembiraan diwajah mereka. Semoga mereka berjaya dunia akhirat. Mereka turut melakukan persembahan semalam.


Majlis ini diadakan untuk menyantuni anak-anak yang kurang bernasib baik ini. Dalam masa yang sama juga ia merupakan inisiatif pihak Nusantara Catering & Event untuk memberikan sinar kegembiraan buat anak-anak ini di bulan Ramadan yang penuh kemuliaan.


Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam, merupakan satu lokasi yang popular dengan pelbagai acara dan keramaian. Buffet Ramadhan ini bermula pada 25 Mac sehingga 20 April 2023, 6.30 petang sehingga 9.30 malam.


PELBAGAI MENU ENAK BOLEH DINIKMATI BERSAMA



Para tetamu yang menikmati Buffet Ramadhan 2023 di Dewan Bankuet MBSA ini akan dihidangkan dengan pelbagai makanan buffet dengan lebih daripada 6 gerai, pilihan makanan tempatan yang cukup enak. Aku makan sampai 2 kali round, memang sedap puas hati makan sini. Buat mereka yang tekak melayu, dan mengidam nak makan makanan Nusantara, bolehlah datang berbuka puasa dekat sini. Juadah dia banyak pilihan dan semuanya puas hati dapat makan.




Diketuai oleh Chef Bob dan Chef Shahril yang berpengalaman lebih 15 tahun di dalam dan luar negara telah bersama-sama menghasilkan kompilasi hidangan nusantara yang mempunyai lebih 100 sajian. 






Antara sajian yang dihidangkan adalah termasuk KAMBING GOLEK DENGAN SOS LADA HITAM DAN SOS DAUN MINT dan AYAM DARA GOLEK DENGAN SOS ISTIMEWA, DIM SUM, KUEW TEOW PENANG STYLE, MEE GORENG MAMAK dan pelbagai lagi menu istimewa dari kedua-dua chef berpengalaman ini.

Lauk pauk tradisonal Melayu seperti ayam masak lemak cili api bersama pucuk ubi, daging salai rebung sri menanti, daging masak kerutub, ketam masak kam heong, ayam goreng berlado cik ani, sotong sambal petai, daging, rendang minang, kari kambing mamak style, ayam masak merah kacang peas, ayam goreng berdaun kari dan udang mamak style.














Bagi sajian pemanis mulut, pihak Dewan Bankuet MBSA menyediakan beraneka kuih muih tradisional melayu, sago gula melaka, tapai pulut daun getah, beraneka puding, cream caramel, rojak buah, dan buah-buahan.


Jangan dilupa pembuka selera seperti jeruk pak ali, telur masin, ikan pekasam, kerabu tauge pucuk paku, kerabu jantung pisang, kerabu mangga, kerabu ikan bilis, pasembur utara, pasta salad, pecal, keropok ikan, papadom dan banyak lagi. Buat pengemar sambal belacan, cencalok dan budu turut dihidangkan.




HARGA BUFFET RAMADHAN 2023 - DEWAN BANKUET MBSA


Promosi pembukaan pada harga RM88 Nett sah sehingga 23 Mac 2023 boleh dibeli dengan menghubungi 011-54040385 atau scan code yang ada di poster yang disediakan.

Harga RM98 Nett untuk dewasa dan RM58 Nett untuk warga emas dan kanak-kanak bermula 28 Mac 2023 amat berbaloi untuk semua lapisan masyarakat.



 
Tetapi untuk 2 hari pertama pembukaan, iaitu 25hb dan 26hb Mac,2023 tawaran harga yang lebih menjimatkan iaitu hanya RM75.00 sahaja diberikan kepada semua pelanggan yang membuat tempahan.

Pelbagai kemudahan disediakan buat semua pengunjung yang datang berbuka puasa di Dewan Bankuet MBSA termasuk parking kereta percuma, surau, mesra OKU dan juga berhawa dingin.






Antara yang menarik di sini, Dewan Bankuet MBSA akan membawakan showcase yang cukup istimewa daripada artis-artis jemputan, ada live band, OOTD Corner dan juga ‘kids zone’ untuk anak-anak bermain turut disediakan.

Buat pelanggan korporat yang ingin mengadakan majlis di Dewan Bankuet MBSA, perkhidmatan layanan VVIP dan hidangan secara Dome juga disediakan. Begitu juga dengan tajaan berbuka puasa untuk anak-anak yatim bagi pelanggan individu atau korporat yang ingin membuat tajaan turut ditawarkan.

Sementara itu bagi yang mahu menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri, Nusantara Catering & Event menawarkan perkhidmatan mereka dengan harga yang sangat berpatutan. Telah berpengalaman dalam pelbagai penganjuran majlis dan kenduri memberikan mereka satu sisi lain dalam setiap majlis yang dianjurkan.



Buffet Ramadhan 2023 | Nikmati Kesedapan Selera Nusantara Di Dewan Bankuet MBSA,  Shah Alam Sambil Raikan Anak Yatim Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al-Mahabbah



Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan yang cukup enak di Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA yang dibawakan oleh Nusantara Catering & Event ini. 

Reading Time:

Tuesday, 20 March 2018

Buffet Ramadhan 2018: Makan Kitchen di DoubleTree Hilton, Kuala Lumpur
11:09 pm 7 Comments
Salam to all readers,

| Makan Kitchen di DoubleTree Hilton, Kuala Lumpur | Siapa yang belum ganti puasa, sekaranglah masa terbaik untuk ganti puasa. Dalam bulan rejab dan syaaban barakahnya berlipat ganda. Bila dah masuk bulan rejab dan syaaban ini bermakna semakin hampirlah kita sebagai umat Islam akan menjalani ibadah puasa. Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan RAMADHAN. Cepat betul masa berlalu kan?

Memandangkan bulan Ramadhan dah nak dekat, aku nak share dengan korang semua satu port menarik untuk berbuka puasa. Dimana, baru-baru ini aku sendiri berkesempatan pergi preview  buffet ramadhan 2018 di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur – DoubleTree Hilton. Aku sendiri berkesempatan untuk menikmati juadah yang bakal disajikan waktu berbuka puasa nanti. Jom tengok apa menu menarik untuk ramadhan kali ini.

Sempena Ramadhan 2018 ini, DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur  membawa sedikit kelainan dari tahun sebelumnya dengan menyajikan pelbagai juadah berkonsepkan “Pasar Malam”. Pendek kata macam-macam ada! 

Buat mereka yang gemar menikmati juadah dekat “Pasar Malam”, DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur adalah destinasi pilihan terbaik untuk korang berbuka puasa. Kesemua hidangan yang disajikan adalah yang terbaik dari team Makan Kitchen DoubleTree by Hilton. Jom lihat menu-menu yang bakal disajikan sepanjang bulan ramadhan 2018 ini. 

Antara menu special untuk ramadhan kali ini adalah seperti Sup Kawah Meletop, Char Kwe Tiaw Basah, Ayam Penyet Berlada, Crispy Apam Balik, dan tidak lupa yang paling special sekali Kambing Golek. Rugi kalau datang sini tak pekena kambing golek.

 Antara hidangan yang bakal disajikan sempena Ramadhan 2018 di DoubleTree by Hilton adalah;


  • Aneka Kerabu: Kerabu Tempe Goreng dengan Daun Selom, Kerabu Hati Ayam dengan Kacang Panjang, Urap Selom dengan Serunding Kelapa, Kerabu Ayam ala Siam
  • Ulam Ulaman: Kacang Botol, Kacang Panjang, Petai Segar, Cabai Kampong, Timun Muda, Tomato, Jantung Pisang, Pucuk Ubi, Kobis Bulat, Ulam Raja, Daun Pegaga, dan Daum Selom
  • Sambal: Sambal Belacan, Sambal Pucuk Nenas, Budu dan Cincaluk
  • Popiah Basah Station: Thai Yong Papaya Salad with Chili- Lime Dressing with Dried Shrimp, Tomatoes, Long Beans and Peanut

google

Buat mereka yang tinggal berjauhan dengan keluarga dan rindu masakan air tangan ibu, bolehlah datang berbuka puasa di sini. Makan Kitchen DoubleTree by Hilton turut menyajikan "Masakan Ibunda" yang membuatkan korang rasa terkenang pada keluarga di kampung.

Apa yang menarik "Masakan Ibunda" untuk Ramadhan 2018?
  • Menu Utama: Nasi Putih, Nasi Daging Berempah, Bubur Lambuk Daging, Gulai Ayam Pedas, Rendang Peha Kambing, Kari Daging Berkentang, Sotong TUmis Kunyit, Udang Harimau Masak, Lemak Tempoyak, Ikan Masak Asam Pedas, Sambal Goreng Jawa, Labu Kuning, Masak Lemak Putih, Bayam Tumis Ikan Bilis
  • Menu Specials: Ayam Percik (Oven roasted chicken with local herb, spices and coconut milk)
  • Aneka keropok keping: Fish Crackers, Keropok Udang





 Inilah dia Kambing Golek yang disajikan oleh Makan Kitchen DoubleTree by Hilton. Sedap sangat, lagi sedap cicah dengan sos black paper. Adik aku kalau ada ini, kambing golek ini juga yang dikejarnya dulu makan.





Satay Bakar Aneka turut disajikan di sini, satay ayam dan satay daging bersama kuah kacang, nasi impit, timun dan bawang segar. Paling sedap satay daging, sebab tidak terlalu liat cukup rencah rasanya bila masuk mulut.

 Inilah Chef Zul, Chef yang mengetuai pasukan Makan Kitchen menyajikan menu hidangan Ramadhan 2018.





Lihat, memang rasa suasana pasar malam kan? Hidangan air pelbagai warna dan rasa sejibik dekat pasar malam. Ada sirap bandung, soya bean, teh limau, sirap selasih, teh tarik, dan juga Nescafe.

Dah makan berat-berat, jangan lupa jamu makanan pencuci mulut. Makan Kithchen turut menyediakan buah-buahan segar sebagai hidangan pencuci mulut antaranya, nenas, buah naga, apple, betik dan rock melon.


 Aiskrim homemade turut ada disini, korang boleh pilih samaada nak perisa coklat, strawberry, manggo bersama pelbagai pilihan topping.


google
Menariknya, Makan Kitchen bukan sahaja menyajikan masakan Melayu sahaja, malahan masakan India dan juga masakan Cina turut ada disini. Buat mereka yang craving masakan Indian, DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur adalah pilihan terbaik untuk anda menjamu selera. 

Antara menu masakan India yang special di sini adalah seperti Chicken briyani rice, Lamb K peratal, Kerala meen kulambu, Pepper Chicken, Sambar, Aloo ghobi, Bagara baigan masala dan macam-macam lagi. Ayam tandori juga turut ada di sini!


google
Bukan makanan sahaja sedap-sedap, suasana dan keselesaan menjamu selera di sini juga best! Sangat-sangat selesa, sambil makan, kita dapat menjamu pemandangan dengan pencakar langit yang ada. Cantik sangat view di luar bangunan ditambah dengan lampu jalanraya.





google

 Muka excited dapat makan banyak, lagi gembira bila melihat ada coklat kek dekat sini! Memang sedaplah balun makan.


Buat mereka yang dah start planning usha tempat berbuka puasa paling best tak kisahlah dengan keluarga, officemate, mahupun rakan-rakan Makan Kitchen DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur salah satu destinasi terbaik untuk anda book! Rasai sendiri konsep "Pasar Malam" yang dibawa khas dari Makan Kitchen DoubleTree by Hilton. Apa tunggu lagi, "Jom Makan" di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur.

Rate: 4.5/ 5

Harga:
  • Minggu pertama
         17/5/2018 sehingga 23/5/2018
         Bermula dari RM148 nett

  • Minggu kedua dan ketiga
         24/5/2018 sehingga 7/6/2018
         Bermula dari RM158

  • Minggu keempat
         8/6/2018 sehingga 14/6/2018
         Bermula dari RM148

  • Tempahan awal
          Bermula 15/4/2018 sehingga 15/5/2018
          Bermula dari RM128

*Untuk sebarang tempahan, korang boleh direct call 03-2172 7272 ataupun layari flavoursbydoubletreekl.com

Thank you for reading!
Reading Time: