Pesta Cheese Mania Showcase by Real California Cheese - Azwar Syuhada

Thursday 25 July 2024

Pesta Cheese Mania Showcase by Real California Cheese

 Salam to all readers,


| Pesta Cheese Mania Showcase by Real California Cheese | Baru-baru ini aku berkesempatan menghadiri pesta The Natural Cheese Mania Showcase yang dianjurkan oleh Real California Milk bertempatkan di Double Tree Hotel di Intermark Kuala Lumpur. Terdapat pelbagai aktiiti menarik disamping menikmati pelbagai hidangan cheese. Buat mereka penggemar makan cheese kenalah baca sampai habis, kalau tak rugi korang.


Pesta Cheese Mania Showcase by Real California Cheese


Sebelum acara bermula kami sempat menjamu air KL fog mocktail sambil menikmati pameran produk keju yang dihiasi dengan pelbagai bentuk. Cantik gila susun atur california cheese. Aku akui, banyak cheese yang terdapat di pasaran, tapi sebagai pengemar cheese kita harus bijak memilih cheese yang terbaik untuk penghadaman kita. Keju-keju California dihasilkan daripada susu berkualiti tinggi yang merupakan hasil daripada keadaan cuaca yang baik, diet yang baik (lembu diberi makan bijirin), air yang baik, dan senaman yang baik.


Untuk pengetahuan semua, California merupakan negeri pengeluar tenusu terbesar di Amerika Syarikat. Kilang tenusu menjalani pemeriksaan ketat USDA untuk memastikan mereka mematuhi peraturan kerajaan yang ketat dengan piawaian keselamatan makanan yang tinggi.


Antara jenama yang menggunakan produk tenusu California adalah seperti:


  •  Food for Friends
  • Fiscalini
  •  Sierra Nevada
  •  Point Reye










Di pesta ini juga, aku berpeluang menikmati 6 jenis hidangan dari air tangan Chef Barbara dari California. Kesemua hidangan ini dibuat dengan keju asli dari California. 

Antara hidangan yang disajikan adalah:




Arancini Crab Fried Rice with Spicy Mango Sauce




Everything But The Bagel Cheesy Potato Blintz with Fresh Herb Salad



The Original California X Rendang Lasagne (Paling love sebab is my fav)


Petite Wedge Salad with Blue Cheese


Thai Tea Toasted Coconut & Mango Canoli


Cheery Cheesecake Brownies Mignardise


Keenam-enam sajian ini, aku suka, lemak keju memang kena dengan setiap kombinasi hidangan. Paling aku suka hidangan The Original California X Rendang Lasagne. Memang kenyang betul dapat makan setiap hidangan ini. Setiap cheese yang ada dalam setiap hidangan mempunyai ciri-ciri tersendiri, ada yang mudah mencair lepas masuk mulut, ada yang agak masin juga.



Pesta Cheese Mania Showcase by Real California Cheese


Selesai menjamu hidangan yang bersalut cheese, kami diberi peluang untuk menikmati enam jenis keju yang berbeza: Cheddar Sharp, Monterey Jack, Creamy Jalapeno Jack, Smokehouse Jack, Truffle Toma, dan Blue Cheese. Kualiti unik dan rasa setiap jenis keju diketengahkan, disamping itu kami diberi peluang untuk bagi pandangan tentang kualiti yang lebih halus setiap jenis keju.


Pesta semakin rancak lagi bilamana dipenghujung acara ada small aktiviti antara kami para blogger, influencer dan rakan media untuk buat cheeseboard sendiri. Menarik dan fun sangat! Tulah aku tak berapa kreatif sekarang ni, ramai bersungguh-sungguh buat dan siapa paling kreatif berpeluang memenangi hadiah di penghujung acara.




Pesta Cheese Mania Showcase by Real California Cheese
Antara pemenang memenangi anugerah DIY cheese board. Dorang memang kreatif!!


Apa-apa pun, terima kasih sekali lagi pada Real California Milk kerana bagi aku peluang untuk menghadiri event yang sememangnya fun. Pasti akan join lagi kalau ada rezeki. Nak makan cheese, jangan lupa cari yang terbaik iaitu California Cheese.

Untuk makluman lanjut boleh terus layari: https://www.realcaliforniamilk.com/


Thank you for reading!








No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!