Menangi Percutian ke Jepun dengan Sertai Contest Spin & Win Sushi King! - Azwar Syuhada

Tuesday 23 May 2023

Menangi Percutian ke Jepun dengan Sertai Contest Spin & Win Sushi King!

 Salam to all readers,


| Menangi Percutian ke Jepun dengan Sertai Contest Spin & Win Sushi King! | Ada peminat makan Sushi King tak dekat sini? Berita baik buat anda semua! Pada mereka yangtak tahu pula, Sushi King ini merupakan rangkaian kedai makan Sushi Jepun yang cukup popular di Malaysia. Kini Sushi King telah mempunyai sejuta ahli dalam program kesetiaan melalui aplikasi Sushi King mereka sendiri setakat pada bulan Mac 2023. Berita baik buat pengemar Sushi King pula, adalah Sushi King sekarang tengah melancarkan kempen 1 Million Happy Members. Kempen ini untuk menunjukkan penghargaan terima kasih kepada pelanggan setia mereka terutama sekali pada ahli program kesetiaan yang digelar Happy Members. Kempen ini merupakan "Contest Spin & Win" dengan membolehkan anda semua berpeluang memenangi hadiah menarik sehingga RM1,000,000 dari 1 hingga 31 Mei 2023.



Program kesetiaan Sushi King ini telah dilancarkan sejak Januari 2019 lagi yang membolehkan Happy Members mengumpul dan menebus mata ganjaran yang diberi nama Smile Points. Manakala, Happy Members membolehkan anda menebus ganjaran hari jadi, kejutan ganjaran, setem smile, penghebahan promosi terkini dan banyak lagi melalui program ini menerusi aplikasi Sushi King sendiri. Boleh muat turun aplikasinya di Google Playstore / Apple store.


Dengan pencampaian mencecah 1 juta pengikut, ini membuktikan bahawa penerimaan terhadap Sushi King dan budaya makan makanan Jepun semakin mendapat perhatian. Justeru, kempen ini dijalankan bagi menunjukkan perasaan terima kasih Sushi King terhadap semua ahli yang menjadikan Sushi King sebagai "Happy Sushi Place". Sushi King akan terus komited dalam menyediakan makanan Jepun yang berkualiti dan akan memberikan pengalaman terbaik kepada semua. 

Encik Hiroki Mori, Pengarah Urusan Sushi King Sdn.Bhd menyatakan, “Pencapaian sejuta Happy Members ini adalah mustahil tanpa sokongan berterusan daripada pelanggan, kami berasa rendah diri dan berterima kasih sekali. Melalui kempen ini, kami berharap agar dapat memberi balik pengalaman lebih istimewa kepada mereka.”

Tambahnya lagi, “Di Sushi King, kami berasa bangga menjadi sebahagian daripada kehidupan pelanggan yang berkongsi semangat yang sama terhadap makanan Jepun bersama sejuta Happy Members. Matlamat kami ialah untuk memberi khan kegembiraan dan senyuman kepada ahli kami dengan pelbagai inisiatif dalam program kesetiaan kami. Sempena menyambut pencapaian ini, kami memandang kehadapan untuk menjamu pelanggan kami dengan pelbagai promosi menarik, menu baharu dan pengalaman makan yang seronok di Sushi King selayaknya bagi mereka”


Aku sendiri tak lepaskan peluang keemasan ini, kot-kotlah ada rezeki untuk menang. Ini pun nak pergi sekali lagi, haritu main spin & win menang plate pink je, mana tahu kali ini spin & Win dapat menang trip ke Jepun pula. Ini semua bergantung pada rezeki. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.


Tak menang pun, makan tetap makan! Untuk ketahui hadiah dan cara penyertaan boleh rujuk di bawah;


Pelbagai hadiah menarik menanti korang semua sempena Kempen 1 Million Happy Members:

⛱️Trip ke Jepun
⌚️Apple Watch SE
🤳Oppo N2 Flip Phones
✨ 3 600,000 Smile Points


Cara untuk Sertai Contest Spin & Win 1 Million Happy Members:

Caranya cukup mudah!

1) Muat turun aplikasi Sushi King di Google Playstore/App Store
2) Daftar sebagai ahli Happy Members
3) Belanja minimum RM50 dan ke atas dalam 1 resit
4) Anda boleh meneruskan contest spin and win
5) Lakukan "Spin & Win" dalam aplikasi Sushi King!


Kempen ini dah bermula sejak 1 Mei lagi, dan akan berlanjutan sehingga hujung bulan Mei ini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memenangi percutian ke Jepun. Pergi outlet Sushi King yang berdekatan sekarang!

Untuk makluman lanjut boleh layari:

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!