4 Port Tempat Makan Menarik di Penang (2023) | Foodies WAJIB Pergi! - Azwar Syuhada

Friday 17 March 2023

4 Port Tempat Makan Menarik di Penang (2023) | Foodies WAJIB Pergi!

 Salam to all readers,


| 4 Port Tempat Makan Menarik di Penang (2023) | Foodies WAJIB Pergi! | Lama rasanya tak share port makan menarik, nak dijadikan cerita awal bulan lepas aku pergi bercuti dengan family aku, mak, abang, adik, moksu and family. Ikutkan lama dah kiteorang tak pergi bercuti since PKP. Now, kita pun dah serasi hidup secara endemik, bolehlah start berjalan dekat-dekat. Budak paling seronok dapat berjalan sudah semestinya si Aurora (anak buah aku) dan juga baby Aireen. Kami pergi 2 kereta abang aku satu family drive kereta moksu, selebihnya naik kereta 1 lagi. Ini kira short trip, ini pun last minute percutian rancangan moksu aku sendiri. Bergerak dari Setia Alam sekitar jam 9.00am macam tu, biasalah konon nak gerak pagi, dekat 10.00am jugalah keluar KL. Sebab bukan kita drive, kita relax jerlah dekat belakang.


Bila sebut pasal Penang, mesti orang aim nasi kandar sahaja kan? Ya benar, Penang cukup terkenal dengan nasi kandar. Tapi ada juga beberapa warung/restoran lain juga yang WAJIB korang cuba kalau datang ke Penang. Nak tahu apa dia? Ayuh lihat.


4 TEMPAT MAKAN MENARIK DI PENANG


4 Port Tempat Makan Menarik di Penang (2023) | Foodies WAJIB Pergi!

1)  MEE UDANG - JAMU SELERA, JALAN KUALA JURU






Destinasi pertama port makan kami adalah ke Mee Udang, Jamu Selera yang terletak di Jalan Kuala Juru. Laluan nak masuk ke sini agak sempit sedikit, memandangkan 1 hala sahaja. Sebabkan kiteorang pergi hari Jumaat, bukan weekend, jadi tak ramai orang sangat. Depa serve makanan pun cepat. Paling penting hidangan mee udang dekat sini memang letop. Udang dia besar-besar belaka, kepekatan kuah dan rasanya memang ngam.


Kalau taknak makan mee, korang boleh je order nasi. Macam-macam jenis nasi ada, Nasi goreng Udang pun ada. Tapi dekat sini memang tak lokek udang, udang dia besar-besar weyhh. Memang puaslah makan sini. Tambah-tambah bila cuaca tengah panas lilit-lilit. 

Alamat: Jalan Kuala Juru, Kampung Bagan Nyiur, 14100 Simpang Ampat, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 12.00tengahari sehingga 10.00malam (Rabu cuti)


2)  RESTORAN KAPITAN (CHULIA STREET), GEORGETOWN


4 Port Tempat Makan Menarik di Penang (2023) | Foodies WAJIB Pergi!



Ini salah satu port menarik juga wajib korang cuba. Ia menawarkan pelbagai makanan, baik western, sehinggalah nasi briyani. Nasi Briyani dan roti nan dia paling padu dekat sini. Balik hotel, masing-masing tidur dengan penuh kekenyangan. Portion makanan dekat sini boleh tahan banyak, ibarat 1 makanan korang order itu boleh je share 2 orang, takdelah tersandar nak menghabiskan sorang-sorang.


Alamat: Jalan Kuala Juru, Kampung Bagan Nyiur, 14100 Simpang Ampat, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Open setiap hari (24-hours)

3)  NASI KANDAR KAMPUNG MELAYU, AYER ITAM




4 Port Tempat Makan Menarik di Penang (2023) | Foodies WAJIB Pergi!


Nasi Kandar Kampung Melayu ini salah satu port popular area Kampung Melayu. Ia ibarat Kampung baru, KL. Terletak di celah rumah flat dan lorong kawasan betul-betul macam dekat kampung baru. Nak pekena nasi kandar sedap, mai sini. Tapi korang kena banyak bersabar ya, beratur dia boleh tahan panjang juga, space tempat makan agak limited. Sesiapa yang mempunyai daya kesabaran yang tinggi bolehlah datang makan dekat sini. Serve dia memang laju, nak kuah lebih? Takde hall, diab agi sampai banjir. Nasi Kandar dia memang padu, patutlah ramai yang sanggup beratur panjang. Nak-nak waktu weekend.

Alamat:  A-29, Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang


4) NASI KANDAR IMIGRESEN, GEORGETOWN







Boleh dikatakan percutian 3 hari 2 malam kami di Penang, bersilih ganti kedai Nasi Kandar kami pergi. Ini port terakhir before gerak balik ke KL iaitu Nasi Kandar Imigresen. Dulu orang kata stall ini buka depan cawanga Imigresen Pulau Pinang sana. Sejarah lanjut korang kena google sendiri. Hanya menggunakan roda tiga, gerai Nasi Kandar Imigresen tidak putus-putus dapat pelanggan sehingga ke harini. Ia terletak di lorong tepi rumah kedai dan restoran, betul-betul depan restoran Cina Asia Cafe. Mujur boleh duduk makan dalam restoran Cina tersebut, order air dalam Asia Cafe, nasi Kandar beli dekat gerai Imigresen.


Sini korang wajib pergi, dalam banyak-banyak kami terjah selama 3 hari tu, Nasi Kandar Imigresen inilah paling padu sekali. Kalau taknak berpeluh ketiak better datang awal. Boleh tahan nak menunggu turn makan. 

Alamat: 8, Lorong Pasar, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 9.00am-7.00pm (Jumaat Cuti)


Ini baru duduk bercuti 3 hari, kalau datang 10 hari, lagi banyak list aku kongsi. Ini jerlah beberapa restoran/gerai kami sempat singgah makan. Overall memang sedap dan puas hati dapat makan. Next time, aku share pengalaman tempat penginapan kami di Penang. Sana pun puas hati duduk, bilik selesa, makan breakfast pun kenyang, banyak aktiviti boleh buat dan banyak lagi. Hopefully aku ada masa nak menaip. Sekarang, nak curi masa menaip punya la payah.

Akan ku usahakan sebelum puasa ya! Apa-apapun jangan lupa share dengan kawan-kawan yang rancang nak ke Penang, wajib ke sini nanti!

Thank you for reading guys!


No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!