Pengalaman Takut Pakai Skincare - Pakai Apa Supaya Muka Kekal Glowing? - Azwar Syuhada

Wednesday 19 October 2022

Pengalaman Takut Pakai Skincare - Pakai Apa Supaya Muka Kekal Glowing?

 Salam to all readers,


" Pengalaman Takut Pakai Skincare - Pakai Apa Supaya Muka Kekal Glowing? " Pernah tak korang mengalami pengalaman takut pakai skincare? Ikutkan, Azwar sendiri pernah mengalaminya tragedi untuk tidak memakai apa-apa skincare. Ikutkan kulit muka Azwar waktu zaman sekolah menengah agak teruk jugalah, setiap kali datang bulan muka naik jerawat, jerawat bukan yang kecik-kecik, naik pula yang macam mentol merah menyalah, dari jauh dah boleh nampak. Asal lalu depan orang mesti tertutup-tutup muka. Macam-macam ubat dekat farmasi doktor suggest, awal-awal pakai okay, lama-lama tak ada effect apa-apa. Ditambah dengan faktor hormon waktu tu, memang serik habis nak pakai skincare, mostly produk yang Azwar cuba semua bahan-bahan organik, memang tak jalan langsung.

Pengalaman Takut Pakai Skincare - Pakai Apa Supaya Muka Kekal Glowing?

Sampailah masuk universiti, ada special kelas untuk mahasiswi berkenaan skincare. Waktu tu lapang sahajalah join. Dari situ, aku belajar asas skincare, dimana sebelum kita nak try and error apa-apa produk skincare kita kena tahu jenis kulit wajah kita kategori apa, samaada berminyak, combination, kering, atau kedua-duanya sekali. Kalau korang perasan, normally orang test produk dekat tangan dahulu, samaada okay ke tidak, orang tak terus sapu pada kulit wajah. Itu perihal jenis kulit, belum termasuk step by step pemakaian skincare. Bila kita dah tahu kulit wajah kita jenis apa, kita kena tahu juga langkah pemakaian skincare bermula daripada cleanser, diikuti dengan toner, moisturizer, lalu disudahi dengah pemakaian sunscreen. Rutin ini memang kena konsisten pakai setiap hari, even tak keluar pergi mana duduk rumah pun kena juga pakai, ditambah dengan kulit kita sering terdedah dengan cahaya matahari.


Aku akui bila ada orang mengalami situasi macam aku, dimana muka breakout pasti bukan untuk diri dia nak try produk lain untuk memperbaiki kulit wajah. Apa yang aku boleh kongsikan disini, kita sendiri kena ambil tahu asas penjagaan skincare terlebih dahulu, bermula dengan pemakaian cleanser. Sebelum kita pakai barangan lain pada kulit wajah, kita harus pilih cleanser yang sesuai dengan jenis kulit kita. Cleanser adalah pencuci kulit wajah secara menyeluruh. Bila kulit dah bersih barulah boleh pakai toner, diikuti dengan moisturizer dan sunscreen.


Banyak options yang ada kalau korang nak tahu kulit wajah korang jenis kategori yang mana. Samaada walk in mana-mana pusat kecantikan yang jual skincare (minta dia nak buat skin check up), walk in Guardian pun boleh, ataupun join skincare, ataupun check sendiri pun boleh dimana anda harus cuci muka terlebih dahulu dan tunggu selama 2 jam. 

Kulit normal - tiada tanda kering pada pemurkaan kulit wajah mahupun kesan berminyak

Kulit berminyak - Wajah kelihatan berkilat dan berminyak apabila disentuh

Kombinasi - Kulit kelihatan berminyak pada permukaan hidung, dan kering pada permukaan pipi

Kulit kering - Kulit terasa tegang, dan ada kawasan yang menggelupas pada pemurkaan kulit wajah


Salah satu cara lain dalam pemilihan cleanser adalah dengan cara melihat isi kandungan yang terdapat dalam cleanser tersebut dan pastikan ia ada tertera "Sesuai dipakai untuk semua jenis kulit". Ini adalah benda paling selamat untuk dipakai buat semua orang. Kebiasaannya, bila dah ada tertera benda tu maksudnya cleanser tersebut memang sesuai dipakai buat semua pendek cerita kategori "mild".


Selain daripada itu korang boleh cari cleanser yang jenis "PARABEN FREE, SULFATE FREE & ALCOHOL FREE". Sebab jika ada kandungan inilah yang boleh menyebabkan kulit kita boleh breakout, terutama skin jenis sensitif lagi cepat breakout dan berjerawat. Nak kelihatan cantik memang kena rajin, try and error. Jangan cepat give up okay.



Now, pencuci muka Azwar gunakan adalah Aloe AC Clean Bubble Cleanser  daripada Hansaegee Nature yang sesuai digunakan untuk semua jenis kulit baik kulit normal, kombinasi, berminyak mahupun kering. Semua orang boleh guna dan selamat dipakai! Untuk pengetahuan korang brand Hansaegee Nature ini adalah brand dari negara Korea. Seperti semua sedia maklum negara Korea memang cukup terkenal dengan produk skincare, bahan-bahan yang digunakan kebiasaannya dari tumbuh-tumbuhan, herba, dan yang pasti selamat diguna pakai. Itu pasallah orang sana kulit glowing je.




Azwar suka pakai cleanser Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini juga sebab ia PARABEN FREE, SULFATE FREE & ALCOHOL FREE. Bahan utama dalam cleanser ini pula terdiri daripada Aloe Vera & Tea Tree Oil. Memang kulit wajah susah lekat jerawatlah jawabnya. Ramai juga kenalan Azwar yang pakai dan rekomen pakai ini katanya elok sangat pakai terutama orang kulit wajah yang cepat berjerawat. Satu hal Azwar suka pakai pencuci muka ini sebab ia mampu membersihkan secara mendalam sehingga ke liang pori. Lepas bilas dengan air bersih, kulit wajah rasa lebih segar dan lembab je.

Ditambah, Azwar memang kerap hiking lately, pantang hujung minggu memang ada sahaja agendanya. So, bila balik muka dah berminyak dan berlengas, auto pakai AC Clean Bubble Cleanser untuk cuci muka. Bila cuci, syukur sangat muka jadi lebih bersih. Hilang dah debu dekat muka gitu. Bersihkan kulit wajah ini kena konsisten dan kena amalkan setiap hari, bila skip 1 hari tulah punca muka boleh breakout dan berjerawat. 

Paling best sekali cleanser, bila guna kulit wajah tidak rasa kering dan tegang pun, kalau ikutkan ada setengah produk cleanser lepas cuci muka mesti rasa kering dan tegang sehingga menyebabkan tidak selesa. Tapi, cleanser Hansaegee Nature ini buat kulit jadi lembut sahaja, and moisture dia punya bubble. Dahlah bubble dia halus dan soft, jadi kulit rasa selesa bila cuci dan lepas cuci pun kulit wajah kekal lebih lembut dan segar.


Baca SINI untuk ketahui lebih lanjut berkenaan Aloe AC Clean Bubble.

Pengalaman Takut Pakai Skincare - Pakai Apa Supaya Muka Kekal Glowing?

Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini berbentuk foam. Kalau nak tahu lagi, asalnya pencuci muka dalam botol ini adalah dalam bentuk cecair tapi bila kita pump sahaja automatik dia akan bertukar menjadi buih yang banyak. Paling penting pencuci muka ini mampu memberishkan secara mendalam sehingga ke liang pori. Azwar boleh katakan lepas cuci muka, kulit wajah lebih bersih dan glowing je rasanya. Selesai pakai cleanser bolehlah kalau nak apply toner dan juga moisturizer, Azwar guna Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature juga. Baru lengkap hidup, kulit muka sekarang bertambah glowing sekarang. Perghh puji diri sendiri pula gayanya. Siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri ya dak?


Selesai mencuci muka dengan pembersih wajah Hansaegee Nature, sambung pula pakai pelembab wajahnya iaitu Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature. Muka memang patut cuci, tapi sebagai pelengkap skincare haruslah pakai pelembab wajah sekali supaya kulit wajah kelihatan lembab sepanjang hari. Pelembab wajah yang aku guna sebagai pelengkap skincare sudah semestinya Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature. 


Aqua Whitening Cream merupakan krim pelembap wajah yang berasaskan dari titisan air iaitu "water drop based cream". Ia kaya dengan ekstrak herba, dimana terdapat 8 jenis herba dalam Aqua Whitening Cream ini yang berfungsi untuk meningkatkan penembusan jauh ke dalam kulit. Secara tidak langsung ia juga boleh memperbaiki kulit kemerahan, jeragat dan juga surnburn. 


Ikutkan kulit aku memang sangat-sangat sensitive, tak boleh pakai sebarangan produk, kalau tak naiklah ruam kemerah-merahan. Tapi, Aqua Whitening Cream ini aku pakai, memang serasilah dengan kulit aku, tiada tanda-tanda kemerahan sangat bila pakai, tambah kulit wajah lebih cerah berbanding sebelumnya. 


Tekstur Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature





Cara penggunaannya cukup mudah, sesudah cuci muka dengan cleanser Hansaegee Nature, lap wajah terlebih dahulu. Kemudian, coletkan Aqua Whitening Cream pada wajah bermula dagu, pipi, hidung, dan leher. Sapukan cream Aqua Whitening Cream dengan jumlah yang mencukupi pada muka dan juga leher. Korang boleh sapu cream dengan cara urutan wajah tau. Titsan air akan mula muncul lepas beberapa saat bila dah start urut. Korang boleh urut perlahan-lahan atau tepuk sedikit pada kulit wajah menggunakan tangan sehingga krim pelembab diserap sepenuhnya ke dalam kulit. Siap, barulah boleh tidur dengan lena ataupun melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Pada awalnya, aku pakai Aqua Whitening Cream ini belah malam, now aku dah start pakai waktu siang dan malam. Apa yang aku dapat lihat setelah konsisten pakai setiap hari, aku dapati kulit wajah aku kelihatan lebih lembut dan segar. Tambah lagi bila adanya kandungan Niacinamide yang berfungsi untuk mengecilkan liang pori dan mencerahkan kulit wajah. Alhamdulillah, kesan parut jerawat aku pun sekarang makin pudar jika nak dibandingkan dulu.

Boleh baca SINI untuk ketahui info lanjut berkenaan Aqua Whitening Cream.

 Paling best, setiap kali bangun dari tidur bila tala muka dekat cermin, muka still Nampak lembab dan fresh gitu. Puji diri sendiri pula gamaknya. Bila bergabung pakai 2 benda alah ini iaitu cleanser Hansaegee Nature dan Aqua Whitening Cream ini, hasilnya memang debomm dan memuaskan. Now, masalah jeragat, jerawat dapat diatasi.


Sekarang, kalau nak pergi keluar hiking pun tak rasa risau sangat. Sebab dah pakai Aqua Whitening Cream yang dapat protect kulit kita. Balik rumah muka berlengas, mandi peluh pun tak kisah, sebab balik auto cuci dengan cleanser Aqua Hansaegee Nature. Auto, kulit wajah rasa lebih fresh semula bila pakai kedua-dua produk ini tau. Kalau dulu sampai mimpi ngeri taknak pakai apa-apa produk, kononnya kalau pakai nanti muka breakout. Sekarang dah okay sejahk tahu macam mana nak pilih produk yang betul, macam mana tahu produk tu sesuai dengan skin kita ketidak, bila dah tahu atau senanglah nak pakai. 

Paling penting, lepas pakai produk Hansaegee ini secara konsisten, kulit wajah aku pun dah kurang kemerah-merahan, jerawat pun makin pudar jika nak dibandingkan dengan sebelumnya. So, if kondisi kulit wajah korang sama macam aku (combination + sensitive), why not korang cuba produk Hansaegee Nature ini. Mana tahu serasi?

Kesimpulannya, janganlah kita takut untuk pakai skincare, kalau kita dah tahu asas skincare dan tahu jenis kulit kita apa, Azwar percaya korang dah boleh tahu apa yang sesuai dipakai dengan kondisi kulit awak semua. Jadi, lepas ini jangan takut-takut nak pakai skincare okay! Asas utama paling penting pilihlah pencuci muka yang sesuai dengan kulit awak semua. 


Bagi mereka yang ingin mendapat Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ataupun produk Hansaegee Nature AC Clean Bubble Cleanser ini boleh layari website di bawah;





Thank you for reading!

1 comment:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!