Recap Drama Bersiri Villa Kristal Episode 10! Shahila Serang Diana di Office Lagi? - Azwar Syuhada

Sunday 3 April 2022

Recap Drama Bersiri Villa Kristal Episode 10! Shahila Serang Diana di Office Lagi?

 Salam to all readers,


Recap Drama Bersiri Villa Kristal Episode 10! Shahila Serang Diana di Office Lagi? | Guys!! Korang dah tengok ke drama bersiri terbaru Villa Kristal dekat WeTV? Haritu aku duk scroll Instagram nampak scene cerita ini dekat Reel, macam best terus aku usha dekat WeTV. Trailler cerita ini pun agak catchy kalau korang usha dia punya short scene orang pakat share dekat Instagram dan juga Tiktok.


Gandingan mantap yang cukup popular iaitu Tiz Zaqyah, Mimi Lana, Mawar Rashid, dan juga Jasmine Suraya. Drama ini tiada hero & heroin  utama. Keempat-empat inilah menjadi tunjang utama dalam drama bersiri Villa Kristal ini. Drama Villa Kristal ini diarahkan oleh pengarah yang tidak cukup asing lagi iaitu Kabir Bhatia dan Jason Chong.


Menariknya, setiap episode tu mesti ada sahaja suspend, dan membuatkan kita tertanya-tanya apa yang akan berlaku for next chapter? Dapat rasa ada "sesuatu" sangat siapa yang menghuni di Villa Kristal. Masing-masing ada agenda mereka sendiri yang dirahsiakan daripada orang lain. Korang boleh tengok trailler penuh Villa Kristal ini di WeTV.


Pelakon & Watak Drama Villa Kristal

Mimi Lana sebagai Hani
Jasmine Suraya sebagai Angel
TIz Zaqyah sebagai Diana
Mawar Rashid sebagai Rose
Tony Eusoff sebagai Idris
Alvin Wong sebagai Robin
Nazrief Nazri sebagai Ustaz Adib
Fadlan Hazim sebagai Detektif Isa
Maria Farida sebagai Shahila

Review Drama: Villa Kristal Drama Bersiri Terbaru di WeTV!

Recap Drama Bersiri Villa Kristal Episode 10! Shahila Serang Diana di Office Lagi?


1) Hani Decide balik rumah parent?


Setelah rahsia Hani terbongkar yang dia sebenarnya bukan menantu kepada ahli politik dan dia hanya seorang novelis yang datang duduk di Villa Kristal semata-mata nak mengorek rahsia golongan perempuan ke-2, Hani decide untuk keluar daripada Villa Kristal. Dia nekad untuk tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan Villa Kristal lagi. Walhal, dia dah mula sayang persahabatannya bersama Rose, Angel dan juga Diana. 


Itulah roda kehidupan, bila orang dah mula percaya sekali ditpu siapa sahaja yang tak kecewa kan? Lagi-lagi kalau kena tipu hidup-hidup. Abang dia nasihatkan untuk berterus terang dari awal pun dia taknak, sanggup berlakon demi mencapai misinya. 


Setibanya Hani pulang ke rumah, dia bersikap dingin dengan ibu tirinya. Ditambah lagi, bila biliknya penuh perkakas barang ibu tirinya. Hakikatnya, Hani tak berkenan sungguh ayahnya kahwin dengan perempuan lain setelah ibunya meninggal. Kadang-kadang, aku bengang juga dengan watak Hani ini, dia punya keras kepala dia tak boleh kawal. Bapanya cakap elok-elok, dia balas sangat dingin. Hani akan call abangnya untuk meluahkan perasaan, mujur abangnya bagi nasihat yang sama dengan ayahnya bagi. Hani oh Hani!!


2) Shahila Serang Diana di Office Lagi!!


Sungguhpun Idris dah meninggal, Shahila tidak pernah berputus asa tetap juga mengganggu hidup Diana. Bagi Shahila, Diana hanya mendekati Idris semata-mata ingin mendapatkan harta suaminya sahaja. Walhal, Diana dah memiliki rumah, kereta, kerjaya sebelum mengenali Idris lagi. 2 kali Shahila datang ke office Diana hantar cek kosong, meminta si Diana tulis berapa amount Diana perlukan, namun Diana datang pulangkan semula kepada Shahila dengan cek yang kosong. Bagi dia, dia mencintai Idris sepenuh hati tanpa memikirkan kemewahan dan kekayaan.


Shahila menggesa Diana untuk tidak buka cerita bahawa dia dah berkahwin dengan Idris. Even Idris dah meninggal. Bagi Shahila, biar dia seorang sahaja yang menjadi isteri kepada Idris. Kali ini, Shahila datang melempiaskan amarahnya kepada Diana, part ini memang lawak gila. Dari scene perang mulut, then si Shahila mengatakan bahawa si Diana Lesbian terus mereka perang baling barang dan berkejaran.


Walhal, si Shahila datang ke office Diana kalini bagi menyampaikan foto Idris bermain kayu tiga dengan perempuan lain. Idris oh Idris, dah ada 2 isteri yang lawa pun, tak mengagak ada skandal lain lagi. Mujur dah mati, kalau hidup lagi mahunya kena kerat dengan Shahila & Diana nanti.


Rancak betul cerita Villa Kristal ini, lepas sorang-sorang curang dan setiap scene penuh mesteri. Siapa nak tips atau nak tahu suami korang curang ke tak? Bolehlah layan drama bersiri Villa Kristal ini. Realiti kehidupan bukan mudah menjadi isteri kedua yang dilabelkan sebagai perampas. Ada dapat baik, alhamdulillah. Kalau dapat sebaliknya, kena berdoa banyak-banyaklah jawabnya. Pendek cerita madu itu manis tapi dia punya beracun menyengat hingga ke ulu hati.


3) Diana, Rose & Angel baca manuskrip Hani


Ketika Hani tertangkap dengan Diana, Rose dan Angel dalam biliknya. Diana sempat merampas manuskrip Hani. Baginya, dia wajib ambil benda tu kerana dalam tu penuh kisah hidupnya dan kawannya yang lain Rose dan Angel. Diana mencuri baca apa yang tercatat dalam manuskrip tersebut dari awal sehinggalah pertengahan. Pembacaan manuskrip Hani tersebut turut dikongsi kepada Rose dan juga Angel.


Angel & Rose masih marah terhadap Hani namun berkobar ingin tahu apa yang ditulis oleh Hani tentang diri mereka sendiri. Setelah membacanya, masing-masing tergamam. Ada kala tersenyum melihat apa yang dicatat oleh Hani. Rose menyatakan, tiada benda buruk pun yang dicatat oleh Hani....


Jeng...jeng...jeng...


Tak sabar rasanya, apa akan jadi episode seterusnya. Adakah persabahatan Hani bersama Rose, Angel dan Diana akan kembali pulih seperti sebelum ini? Siapakah dalang pembunuhan Idris di Villa Kristal? Mesti tak sabarkan nak tahu kesudahan cerita Villa Kristal ini. Jadi jangan lupa saksikan drama Villa Kristal ini di WeTV Malaysia sekarang. Boleh muat turun aplikasi WeTV di apple/google playstore. 



Ikutkan pada awalnya, Rose cuba mengelak untuk bermesra dengan Hani ditambah dengan perwatakan Hani yang terlebih  friendly sehingga menyebabkan Rose tidak selesa. Tapi persahabatan mereka mula rapat bilamana Hani menyokong tindakan Rose dalam projek Saham Akhirat yang diusahakan untuk followers dia di media sosial.

Siapa Rose, Angel & Diana yang menghuni di Villa Kristal ini?


Rose merupakan seorang bekas pelakon yang cukup popular dahulu dan kini telah pudar apabila bergelar isteri ke-2 kepada seorang Ustaz (Nazrief Nazri) selebriti terkenal. Tapi, sekarang Rose mula bergiat aktif di media sosial sebagai seorang influencer bagi menaikkan semula namanya yang semakin sendu.

Angel? Angel merupakan seorang guru yoga yang sangat peramah dan suka memberi tips bagaimana nak menggoda lelaki pada wanita yang tinggal di Villa Kristal. Dia juga merupakan wanita simpanan kepada Robin (Alvin Chong), dan dia cukup struggle untuk mendapatkan zuriat untuk Robin.

Manakala, Diana (Tiz Zaqyah), merupakan usahawan yang berjaya dan dalam diam mempunyai hubungan sulit dengan Idris (Tony Eusoff) seorang ahli perniagaan terkenal. Diana ini kira seorang perahsia jugalah sehingga Angel dan Rose sendiri tidak tahu dia ada hubungan sulit dengan Idris. Hubungan Diana dengan idris ini cukup bahagia namun mendapat tentangan hebat dari isteri Idris sehingga berlaku 1 tragedi yang tak disangka-sangka.

Bagi aku plot twist dan jalan cerita Villa Kristal ini cukup menarik dan ia bukanlah seperti drama cintan cintun ang tunjuk perkara sweet2 sahaja. Villa Kristal memaparkan kisah realiti kehidupan golongan bergelar perampas sebagai main utama yang dimana luarnya nampak begitu indah dan bahagia. Walhal sebaliknya, ada sisi dark yang cuba disembunyikan pada orang luar.

Ada juga scene ranjang yang aku tak percaya Jasmine Suraya boleh buat babak sebegitu? Tapi tidak keterlaluan sangatlah, apa-apapun baik watak Angel, Hani, Rose dan Diana juga, keempat-empat ini telah berjaya membawa watak masing-masing dengan sempurna.

Recap Drama Bersiri Villa Kristal Episode 10! Shahila Serang Diana di Office Lagi?



Secara keseluruhan cerita ini agak santai dan menarik untuk ditonton. Paling tidak korang pasti akan terhibur melihat ragam dan kerenah Hani, Rose, Angel & Diana yang ada sahaja dibuatnya untuk menghangatkan lagi drama bersiri Villa Kristal ini. Selain cerita penyampaiannya, aku juga suka tone color drama bersiri Villa Kristal ini, nampak fresh gila. Tone color dia tidak membosankan dan elemen color dia memang mantap kata orang.

Drama bersiri Villa Kristal ini belum habis lagi, masih dekat episode kemuncak. Jadi jom kita sama-sama saksikan berjayakan Hani merungkap kisah kehidupan  Rose, Angel & Diana dan berjayakah dia menghasilkan novelnya? Jangan lupa saksikan drama Villa Kristal ini setiap Khamis & Jumaat, jam 8.00malam secara PERCUMA & EKSKLUSIF di WeTV Malaysia.

Review Drama: Villa Kristal Drama Bersiri Terbaru di WeTV!


Drama: Villa Kristal
Produksi: Revolution Media Films
Pengarah: Kabir Bhatia & Jason Chong
Siaran: WeTV
Mula Tayangan: 4 March 2022
Masa: Khamis & Jumaat jam 8.00malam
Episode: 12 episode
Durasi: 40 minit
Pelakon utama: Tiz Zaqyah, Mimi Lana, Mawar Rashid, Jasmine Suraya, Tony Eusoff, maria Farida, Alvin Chong, Nazrief Nazri, Fadlan Hazim, Sherry Ibrahim, Aisar Khaled, Daler Yusuf

1 comment:

  1. Wah.. film bagus dan wajiblah ditonton yang ini.

    Senang baca review Anime di sini. Rasanya mau menonton juga.

    Salam kenal. Saya Blogger Indonesia. Hendak mampir baca-baca artikel di sini. Saya juga dah follow this blog. Thanks...

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!