Port Riadah Terbaru Klang: Taman Pengkalan Batu, Klang - Azwar Syuhada

Tuesday 1 March 2022

Port Riadah Terbaru Klang: Taman Pengkalan Batu, Klang

 Salam to all readers,


| Port Riadah Terbaru Klang: Taman Pengkalan Batu, Klang | Raya Cina haritu adik aku ada balik juga tapi cuti tak lama macam akulah, hari rabu dah nak gerak balik ke Pekan. Biasa abang aku akan hantar ke stesen bas, so sebab tiada siapa nak hantar haritu, tinggal aku je ada dekat rumah, aku temanlah dia ke terminal bas. Pergi dia drive, balik aku drive. Sebab kena hantar pepagi buta around pukul 6.45am macam tu, aku decide tak mandilah. Aku bawa sekali anak pak saudara aku ajak teman duduk sebelah time aku drive balik. Mujur dia onn je, okaylah.


Macam tak bestlah kan, bawa kawan teman hantar adik and balik rumah lepastu. Awal tu aku tanya dia nak pergi mana-mana tak lepas tu? Dia nak pergi Aeon, Aeon buka pukul 10.00am, takkan nak balik then keluar balik kan? Nak taknak kenalah pergi memana dulu sampai menanti Aeon open. Nak dijadikan cerita, sebelum ini aku ada terbaca Tourism Selangor ada post, port terbaru di area Klang iaitu Taman Penkalan Batu, Klang.


Bila waze dekat je dengan KTM klang sana, teruslah drive, bila lagi kan nak melencong ke tempat sendiri, asyik promote tempat orang je. Taklah jauh mana tempat ini dengan terminal bas adik aku tu, dalam 15 minit dah sampai. Sampai-sampai sahaja terus park kereta. Maybe masih awal pagi, orang tak ramai lagi. Kalau dekat tasik Titiwangsa, waktu begini parking dah full weyhh..


Port Riadah Terbaru Klang: Taman Pengkalan Batu, Klang


Port Riadah Terbaru Klang: Taman Pengkalan Batu, Klang

Taman Pengkalan Batu, Klang ini takdelah besar mana, tapi okay je kalau nak datang beriadah bersama keluarga ataupun kawan-kawan. Ruang nak berlari tu kejap sangat sebab ia hanya separuh dari bulatan. So, korang kena lari ulang alik je. Ada kolam ikan lagi sini, mujur ada batu pemisah dengan sungai klang, kalau tak mati ikan dalam kolam tersebut akibat tertelan sampah.


Disebalik gambar-gambar cantik ini, banyak sampah dalam Sungai Klang. Sedih betul! Masa aku datang pagi tu, ada juga parents bawa anak-anak datang tengok ikan, tidak terkecuali orang yang datang berjogging. So, pada mereka yang berdekatan di area sini bolehlah datang ke Taman Pengkalan Batu, Klang ini. Sambil beriadah korang dapat melihat keindahan Masjid Klang yang tersergam indah gitu.









Antara Kemudahan yang terdapat di Taman Pengkalan Batu, Klang?


👉 Kemudahan tempat letak kenderaan disediakan

👉 Ada laluan penjalan kaki

👉 Trek untuk berlari disediakan

👉 Tempat permainan kanak-kanak turut disediakan


Rasa dah lama sangat duduk di taman ini, alih-alih bila tengok jam masih pukul 8.45am. Masih berbaki sejam lebih untuk menunggu Aeon buka. So, kiteorang decide pergi breakfast area berdekatan. Google punya google jumpalah Warung Soto Warung Basikal. Haritu kira handallah aku bawa kononnya dari Klang patah balik ke Rantau Panjang. Kau ghase? Aku jarang drive, so kalau drive memang kena ada orang dekat sebelah.


Mujurlah hari aku drive tu kereta tak banyak, maybe ramai balik kampung. Siapa yang hidup kawasan Klang ini mesti tahu keadaan area situ macam mana jem nya, tu baru jem belum cakap keadaan jalan berlubang lagi. Dari Taman Pengkalan Batu nak ke Warung Soto Warung Basikal ini ambil masa sekitar 24minit untuk sampai. Google maps bagi jalan dalam kot, sebab lalu taman perumahan rumah orang. Tup-tup keluar jalan besar.


Warung Soto Warung Basikal


Ikutkan dah 2 kali ke Rantau Panjang tapi tak pernah lagi singgah ke warung ini makan. Ini, masuk kali ketiga datang ke Rantau Panjang, Klang baru berkesempatan pergi ke warung ini. Rupa-rupanya warung ini betul-betul lorong aku lalu ambil stok tudung dekat rumah stokis aku. Biasa lalu area sini penuh je kereta, rupa-rupanya warung quite famous juga.

Port Riadah Terbaru Klang: Taman Pengkalan Batu, Klang


Orang kata warung sini sedap, antara menu paling famous dia soto. Tapi aku datang breakfast order lontong, lama rasanya tak makan lontong. Okaylah, sampai-sampai scan MySejahtera, orang datang ambil order, selang 10 minit makanan dah pun sampai. Tak ambil masa yang lama pun. Lontong dia pun sedap, cukup rencah rasanya. Banyak pun banyak, penuh 1 pinggan tu. Siap sekali teh tarik aku order.


Bila perut dah kenyang, orang pun makin ramai datang, kiteorang pun gerak balik. Kalau korang duduk area Klang bolehlah datang sini pekena lontong dia, kalau tak dann nak pergi jangan risau, rider grab, foodpanda setia berkhidmat gitu..




See, betapa ramai orang warung ini. Tak mustahillah ramai yang datang, kalau makanan dekat sini sedap-sedap belaka. Alhamdulillah perut kenyang, hati pun senang. 


Tup-tup drive balik sampai ke Aeon, tepat-tepat pukul 10.00am. Rupanya nak masuk Kaison je pun, masuk capai barang barulah berangkat pulang.


Tepat jam 12.00pm barulah sampai ke rumahh....


Balik rumah, kemaskan diri, then aku qada tidur balik...


hahaha..itulah kisah aku pada hari kejadian menghantar adik aku ke terminal bas.


thank you for reading this entry!

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!