Cara Perbaharui / Renew Lesen Memandu Secara Online 2022 - Azwar Syuhada

Friday 4 March 2022

Cara Perbaharui / Renew Lesen Memandu Secara Online 2022

 Salam to all my beloved readers,


| Cara Perbaharui / Renew Lesen Memandu Secara Online 2022 | Semalam genap usia aku 28 tahun, dan menandakan lesen kereta aku pun dah tamat tempoh untuk 3 tahun. Aku paling lama perbaharui onlyy 3 tahun, tak pernah buat sampai 5 tahun terus nanti aku lupa. Kalau dulu apa-apa urusan baik nak buat ic, passport, roadtax, lesen memandu semuanya kena walk in. Kalau nak berurusan dengan agensi kerajaan ini kalau boleh seawal 8.00am pagi dah kena terpacak depan pejabat dia, ialah pukul 10.00am belum tentu siap lagi. Sebab dorang masih mengamalkan sistem dinasour. hehehe..


Cara Perbaharui / Renew Lesen Memandu Secara Online 2022


Now, sejak musim Covic-19 ini, dan kita semua digalakkan untuk kurang berjumpa dengan orang ramai, banyak agensi syarikat diarahkan untuk buat urusan atas talian, kalau walk in pun perlu buat appointment dan ada had maksimum dalam 1 hari. So, salah satunya urusan untuk renew lesen kereta/motor sekarang pun boleh buat secara online sahaja, dan banyak platform boleh digunakan. Ayuh, aku kongsikan bagaimana caranya perbaharui lesen memandu secara online 2022.


Previously, JPJ ada menyatakan bahawa mereka memberi lanjutan  tempoh moratarium untuk pembaharuan lesen memandu termasuk lesen motor (LKM), lesen memandu Malaysia (LMM), lesen vokasional  (GDL/PSV) sampai 31 December sahaja. Jadi, secara automatik bermula 1 January 2022, JPJ berkuatkuasa untuk mengeluarkan saman sekiranya korang masih ingkar untuk pembaharui lesen. Jadi, perbaharui sahaja lesen memandu korang, apa-apa jadi selamat sikit. Sekiranya, anda masih ingkar, denda dan saman akan dikenakan seperti berikut:

  • melebihi 1 hingga 15 hari: saman RM70
  • melebihi 16 hingga 30 hari: saman RM120
  • melebihi tempoh 31 hingga 60 hari: saman RM150

Cara Mudah Perbaharui / Renew Lesen Memandu Secara Online 2022


Ikutkan banyak juga portal website yang memberi kemudahan pada rakyat Malaysia untuk perbaharui lesen secara online. Salah satunya adalah menggunakan portal website MyEG. Aku dah 2 tahun guna portal ini untuk renew roadtax and insurance kereta. So lets go, how to renew driving licence through this website.

Langkah 1: Layari official website https://www.myeg.com.my/ Dah masuk dia akan keluar paparan seperti di bawah, just klik pada pautan JPJ (Renew Driving License)

Cara Perbaharui / Renew Lesen Memandu Secara Online 2022


Langkah 2: Klik pada pautan Renew Driving License



Langkah 3: Log in akaun MyEG korang, dengan masukkan username & password. If korang tak ada account lagi, boleh create account terlebih dahulu.


Langkah 4: Klik pada pautan Jabatan Pengangkutan Jalan



Langkah 5: Seterusnya, klik pada pautan "Driving License Renewal (CDL)"




Langkah 6: Baca terma & syarat permohonan CDL. Kalau setuju, boleh klik pada pautan "Proceed" di bawahnya




Langkah 7: Lengkapkan butir diri, seperti no ic, kategori apa, nak renew berapa tahun, contact nombor, email, kaedah pengambilan sama ada nak delivery ataupun collect sendiri pun boleh, kalau nak delivery kena lengkapkan details alamat penghantaran. 



Langkah 8: Selesai isi butiran boleh klik pada pautan "teruskan" dan lakukan pembayaran. Pembayaran boleh dilakukan secara credit card ataupun online banking. Selesai membuat pembayaran, korang just tunggu lesen sampai ke rumah sahaja if korang guna khimat delivery.

Berapa harga untuk perbaharui / renew lesen memandu?

Harga perbaharui lesen memandu masih sama seperti tahun-tahun sebelum ini. Berikut merupakan kadar bayaran untuk perbaharui lesen memandu, info dari official website JPJ:

Harga Renew Lesen CDL


Senarai harga renew lesen CDL adalah seperti berikut:


  • Bagi pemilik lesen kelas A/A1, kadar bayaran sebanyak RM2/setahun.
  • Manakala, bagi pemilik lesen kelas B2, B dan C, harga renew lesen memandu adalah sebanyak RM20/setahun.
  • Harga renew lesen kereta (kelas D dan ke atas–warganegara) adalah sebanyak RM30/setahun. Boleh rujuk info harga di bawah:

Harga Renew Lesen Kereta Mengikut Tahun


1 tahun = RM30
2 tahun= RM60
3 tahun= RM90
4 tahun= RM120
5 tahun= RM150

*Bagi bukan warganegara pula, kadar bayaran sebanyak RM120/setahun akan dikenakan untuk semua kelas kenderaan – B2, B, C, D, DA, F, G, H dan I.
 
Paling maksimum boleh renew 5 tahun sekaligus. Macam biasa, aku suka renew 3 tahun. Terlalu lama buat nanti lupa juga.


Perbaharui Lesen Memandu di Pejabat Pos Pun Boleh

Perbaharui Lesen Memandu di Pejabat Pos Pun Boleh


Kalau korang rajin dan ada masa lebih bolehlah perbaharui lesen di pejabat pos. Pejabat pos open seawal 8.30am, kalau nak process cepat datang awal pagi orang tak ramai. Korang hanya perlu bawa IC, dan juga lesen memandu yang dah expired, dan nyatakan kepada staff bertugas berapa tahun korang nak renew.

Kalau buat dekat pejabat pos kena charge RM2.50 sebagai komisen dorang. Lets says korang nak renew 3 tahun. Total kena bayar RM92.50 sahaja. Siapa waktu tu juga! 



Settle!


Semoga info ini memberi manfaat pada semua. Jangan lupa share pada kawan-kawan, saudara mara yang nak perbaharui lesen. Semoga urusan anda semua dipermudahkan!

Thank you for reading!

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!