Nak Lihat View Lawa KL Dari Ketinggian 141 Meter? Jom Naik Forest Skywalk FRIM, Kepong! - Azwar Syuhada

Thursday 3 February 2022

Nak Lihat View Lawa KL Dari Ketinggian 141 Meter? Jom Naik Forest Skywalk FRIM, Kepong!

 Salam to all readers,


| Nak Lihat View Lawa KL Dari Ketinggian 141 Meter? Jom Naik Forest Skywalk FRIM, Kepong! |  Dibah dah banyak kali ajak aku ke Frim, haritu aku terlepas booking tiket naik Frim, tup-tup dah full. So, dia kata dia nak turun KL, jomlah naik Frim katanya. Kalau korang fikir aku kerap merayap, dia lagi panjang langkah, dia boleh pergi 2 negeri dalam 1 hari, gila tak gila. Aku call je, mesti dia kat luar. Boleh tahap kaki rayap dia ni. Itulah seketul Dibah, kawan aku. 


Sekarang kerajaan umumkan boleh rentas negeri, ramai rakyat Malaysia mengambil peluang untuk pergi bercuti dan juga ada juga ambil peluang teroka alam semulajadi. Selagi boleh teroka pergilah teroka, yang penting setia menjaga SOP. Tak dapat bercuti ke luar negara, dalam negara pun dah okay. Sebenarnya, banyak je destinasi pelancongan yang menarik di kunjungi di sekitar Selangor. Salah satunya adalah Forest Skywalk FRIM, Kepong atau dikenali sebagai Jejantas Rimba.


Ikutkan Forest Skywalk FRIM, Kepong ini dah mula beroperasi dari tahun lepas iaitu pada 16 Oktober 2021. Forest Skywalk FRIM, menawarkan pengalaman yang cukup menarik, dimana korang berpeluang menikmati keindahan dan panorama indah alam semulajadi. Siapa yang suka kehidupan hijau, korang wajib naik jejantas rimba ini.


Apa Yang Menarik di Forest Skywalk FRIM, Kepong Ini?

Forest Skywalk FRIM, Kepong ini merupakan Titian Silara kedua di Institusi Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang terletak di Taman Botani Kepong (KBG). Untuk datang ke sini, korang waze sahaja Forest Skywalk FRIM, Kepong di Taman Botani FRIM, Kepong. Kalau korang tekan FRIM sahaja nanti dia masuk pintu lain pula. Taman Botani FRIM, Kepong ini betul-betul terletak dalam Taman Ehsan. 



Nak tahu something tak? Kalau korang nak tahu, jejantas ini berukuruan 18-50meter tingginya, 250meter panjangnya. Kau rasa tinggi tak? Struktur jejantas rimba ini pula dibina menggunakan bahan aluminium yang kukuh dengan tiub keluli serta kabel besi penampung (guy wire). Betapa geniusnya orang kita mencipta jejantas seperti ini, korang jangan takut nak naik pula, alhamdulillah jejantas ini kukuh dan tidak bergoyang-goyang sama sekali bila naik beramai-ramai. Kalau korang nak lihat panorama yang lebih mengagumkan lagi boleh naik puncak menara yang berketinggian 50 meter just tambah additional RM5 sahaja.



Untuk naik ke kawasan Forest Skywalk FRIM, Kepong, korang kena berjalan kaki sikit dalam 100m dari perkarangan parking kereta. Kalau korang nak parking dalam, kena bayar RM5 melalui TouchNGo punya apps, no cash. Setelah berjalan kaki ke atas, korang akan nampak signboard seperti di atas "Jejantas Rimba", korang akan nampak kaunter masuk, just tunjuk tiket korang beli menerusi website, then dah boleh masuk. Tiket untuk naik ke Forest Skywalk FRIM, jejantas rimba ini perlu dibeli menerusi online sahaja. Korang kena refer website dan tengok slot dan waktu yang available.







Bila korang naik ke puncak, korang berpeluang melihat pemandangan KLCC, menara Tun Razak Exchange (TRX), tasik dan banyak lagi. Kalau korang pergi naik FRIM, janganlah pakai blouse pula, pakailah pakaian yang bersesuai, seperti pakai baju sukan, kasut sport yang selesa dipakai. Sebab atas sana, even ia kukuh sekalipun still kena berjaga-jaga. Setiap orang yang menaiki jejantas rimba ini perlu menjaga jarak 2m sesama sendiri dan makesure setiap fasa tangga tu hanya sorang sahaja naik, bila dah lepas seorang barulah next person boleh naik. Tambah yang bawa anak kecil berusia 7 tahun, makesure korang pantau anak-anak bila naik, elakkan bersandar di tiangnya.





Demi sekeping gambar, ku gigihkan senyum. Walhal, ini gambar paling pantaslah kawan aku snap kan. Aku cuak juga naik tempat tinggi, dalam berani-berani aku terdetik juga rasa takut.









Kalau korang taknak berjemur tengah panas, bolehlah tempah slot pagi. FRIM mula beroperasi seawal pukul 8.30am sehingga 3.30pm dan harga tiket masuk antara RM8 & RM15 sahaja setiap orang. So, pada mereka yang teringin nak naik bolehlah lawati website FRIM.


Jom ikuti video aku naiki jejantas rimba ini!




Thank you for reading guys!

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!