Last Preparation Barang Nikah Oyah | Ganti Dompet Baru yang Uzur - Azwar Syuhada

Thursday 13 January 2022

Last Preparation Barang Nikah Oyah | Ganti Dompet Baru yang Uzur

 Salam to all readers,


| Last Preparation Barang Nikah Oyah | Ganti Dompet Baru yang Uzur |  Diam tak diam dah masuk minggu 2 bulan 1, 2022. Cepat betul masa berlalu, ini menandakan Oyah roomate aku juga tengah membilang hari nak melangsungkan pernikahan. Sorang lagi housemate bakal menyusul, pulunlah cari pengganti nanti. So, last week aku dah balik Kuala Lumpur memandangkan dah start masuk office, so weekend haritu aku keluar dengan Oyah. Tujuan utama dia minta teman beli cincin nikah, and beli baju nak nikah dekat Jakel. Aku ingatkan dia dah settle semua dah sepanjang aku berada di kampung, rupanya dia menunggu aku balik sini minta teman. 


Aku tiada masalah kalau bab teman pergi tempat yang aku suka. Jangan minta teman pergi karaoke, memang idaklah aku nak masuk. Kami gerak awal pagi, pesen aku nak keluar awal pagi, sebab aku taknak sesak bila tiba waktu tengahari, and petang biasanya hujan. So, sedang eloklah keluar awal pagi, boleh breakfast dengan tenang. Memandangkan Jakel buka pukul 10.00pagi, kiteorang pergi breakfast dekat tepi Sogo dulu, relax2 pekena roti canai. Perut kenyang hati pun senang, bergeraklah ke jakel dengan berjalan kaki.


Last Preparation Barang Nikah Oyah | Ganti Dompet Baru yang Uzur

Inilah dia rupa Jalan Tar sekarang, cantik cuma belakang deret kedai tak rancak orang berniaga macam dulu. Dulu before Covic, zaman sekolah dulu mak usu aku rajin bawa aku dengan mak shopping cari kain english cotton dekat sini. Sekarang, banyak shopping online jerlah. 

Lorong ini pun dah jadi laluan kereta keluar masuk. Cantik, tak ada dah jalan lopong-lopong. Pendek cerita sedap mata memandanglah kalau jalan sini. Nak ke Jakel jalan kaki around 15 minit sampai dah. Dulu Jakel deket deret belakang ni juga, sekarang dia dah pindah jalan besar sana, lagi besar dia punya outlet. Nak parking vallet depan Jakel pun boleh, hulur je duit. Dalam pada berjalan kaki nak ke Jakel, nampak pula Habib sebelum nak melintas jalan besar. Dah, terkandas sekejap dekat kedai emas Habib. Btw, area jalan tar ini memang banyak kedai emas, esspecially kedai emas India. Bolehlah pergi, then Habib sekarang tengah buat sale juga. Not sure berapa, aku jadi peneman je haritu. Mujurlah 2 kedai emas aku masuk dengan dia tak tergoda nak beli sekali. Kalau, terbeli juga, masyallah, tak makanlah aku tengah bulan ini.


Last Preparation Barang Nikah Oyah | Ganti Dompet Baru yang Uzur

Aku mampu bergambar dekat dinding lukisan Habib je ni. Sambil melihat-lihat koleksi emas Habib, boleh tahan design nya lawa-lawa. Oyah nak cincin nikah nak full gold, tapi had yang assist dia duk sibuk suruh ambil silver patern orang biasa ambil katanya. Had orang tua-tua kan kalau beli had silver tak kenan sungguh, katanya tak ada value. Kalau boleh nak full gold. Dekat sejam jugalah memilih cincin nikahnya. Ada yang lawa, tiada size, ada size tak kenan pula. Hari bahagia untuk diri sendiri, kenalah pilih yang terbaik ya dak? So korang prefer cincin nikah full gold? silver or rose gold? 


Habib ini dia punya sales, bila tolak diskaun, harnya beribu lagi. Sinaran cincin tu betul-betul menikam jiwa aku. Nak beli gak nanti kalau ada rezeki lebih. So, setelah selesai membeli cincin, kami berdua meneruskan perjalanan ke Jakel pula, seperti mana tujuan asal keluar iaitu mencari baju nikah. Masuk-masuk je, kiteorang terus ke tingkat yang nak dituju iaitu level 4. So, baju nikah, or wedding dress semua ada di level 4, Jakel. Naik-naik je level 4, punyalah ramai juga orang. Rata-rata ramai yang nak nikah bulan 1 dan bulan 2 tahun ini, tidak terkecuali member aku juga banyak yang nak nikah. Memangdangkan dah banyak kali postponed, waktu ini jerlah waktu terbaik nak melangsungkannya.



Mujurlah dalam Jakel tak ambil masa terlalu lama. Dapat baju yang berkenan pergi test terus bayar. Then, boleh jalan keluar dah dari Jakel.


Not bad juga baju nikah dah siap dekat Jakel. Had ini satu set baju and kain berharga RM350, boleh simpan jadi kenangan ya dak. Ini warna off white, ada beberapa color dan design lain lagi kalau korang berkenan. Aku rasa baju nikah keluaran Jakel ini boleh tahan dah, harga pun berpatutan. Baju nikah orang lelaki pun ada juga. Pilih je nak slim fit, taknak slim fit pun ada. Before beli boleh try dulu. Aku suka pergi sini, ada staff assist, nanti pandailah korang tawar menawar kalau nak kurang. Baju lelaki tunggu next week baru beli, tunang dia akan datang sini. Karang beli tak kenan pula, naya pak karim.


Selesai shopping baju nikah dan cincin, patah balik masuk Sogo, misi mencari purse/dompet baru aku. Aku lama dah nak beli memandangkan dompet lama aku dah uzur. Tempat duit syiling pun dah lompong. Kad pun dah nak muntah, banyak no membership aku join perginya tak. Sogo ini kira tempat berhantu, lagi-lagi time sales hujung tahun. Moajoriti orang nak cari barang nikah seperti handbag, perfume memahal, baju mahal semua walk in ke Sogo. Sebab Sogo memang banyak barangan-barangan berjenama.


Ini purse lama aku, yang ianya ini dompet mak aku. Dia ganti baru, then aku ambil dia punya. So, disebabkan pemiliknya sampai 2 orang dan kini makin uzur nak taknak kenalah beli baru. Aku aim beli dompet below RM60. Tuptup dapat jugalah, asal nampak cantik depan mata terus grab jerlah. Tambah-tambah ada 50%. Purse dari RM1++ jadi RM55 je weyh. Berbaloilah kan? Sungguhpun aku tak guna dah dompet lama, aku still simpan jadikan kenangan, sebab yang lama inilah paling berharga.


Welcome to new purse. Semoga bertahan lama dengan aku okay. Aku selagi elok aku guna, kadang dah tersiat-siat kulit pun aku tibai pakai. Betapa setianya aku? Bila dah bawa balik baru perasan tiada ruang untuk duit syiling. Yang aku belik banyak ruang tu yang versi panjang. Aku nak kecik macam ini senang nak tukar handbag yang kecik tu. Ini beli had panjang tak boleh nak zip. Beli yang kecik ini senang nak masuk, jimat ruang.


Member card yang dah expired aku dah ketepikan, malas aku nak renew contohnya kad Popular. Lama dah tak beli buku dekat popular, memandangkan ada MPH je dekat sini. Sekarang banyak beli menerusi online, malas nak pergi masuk mall. Yang penting-penting je aku bubuh dalam dompet.

Ini ruang isi duit kertas. Cukuplah bubuh duit RM1, RM5, takyah isi banyak-banyak. Sekarang semua cashless. So korang berlama korang bertahan pakai dompet sedia ada? Aku paling-paling 4-5 tahun jugalah baru nak tukar. Selagi boleh guna kita guna ya dak? Selesai beli dompet ini, kami menyusul ke Merchant 9, Damai. Ikutkan nak cari cincin nikah dan gelang tangan dekat sini je awalnya. Tup-tup nampak Habib pula terkenan design sana ambil jerlah. So, beli gelang sahajalah dekat Merchant 9.



Lama dah aku tak turun Damai weyh, dulu aku study aku duduk Damai. UTC tulah duk ulang alik cari makanan. Even aku duduk KL tak adanya aku nak berjalan sampai ke sini dah. Paling-paling pun stop LRT KLCC je. Sekarang banyak dah perubahan, UTC dah bertukar warna biru dah macam balai polis aku tengok. Bawah LRT ini dah ada kedai emas Merchant 9. Gila tak gila, dulu kawasan ini tak ada apa benda. Tau-tau meriah dah. Meriah juga kedai emas Merchant 9 ini, dalam tu ramai lagi orang sedang memborong emas. Masuk-masuk kena pakai sarung tangan dan ambil nombor. Tunggu turn nombor dipanggil baru boleh datang kaunter melihat koleksi emas. Waktu ini dah masuk jam 2.30pm, sebelum turun ke bawah ini aku berhenti solat Zohor dulu. Dah selesai solat baru masuk Merchant 9, aku takut delay lagi.


Bila dah petang, seharian pula berjalan bateri pun makin kurang. Aku tnegok kejap je designnya, lepas tu aku tunggu belakang biar Oyah yang selesaikan barangnya. Mujur dia tak ambil masa yang lama memilih gelang emas.


Selesai settle beli barang, barulah berangkat pulang. Balik-balik masing-masing keletihan. Oyah balik keletihan dan duk mengira pelaburannya seharian. Semoga urusan Oyah dipermudahkan, Aminn. 


Thank you for reading guys!

5 comments:

  1. Area Masjid India tu bercinta betul sebab susah dapat parking. Hari tu hantar Mak, terpaksalah tunggu dalam kereta.

    Seronok kan teman kawan buat persiapan majlis. Kita tumpang berdebau

    ReplyDelete
  2. Lama tak pi jln TAR.. nice pic!

    ReplyDelete
  3. Dah hampir 3 tahun tak ke sogo..

    ReplyDelete
  4. lama betul tak ke area Jakel ni. rindu pulak nak shopping di Sogo

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!