Remaja Wanita dari Golongan B40 Bakal Menerima Agihan Tuala Wanita Setiap Bulan! - Azwar Syuhada

Friday 5 November 2021

Remaja Wanita dari Golongan B40 Bakal Menerima Agihan Tuala Wanita Setiap Bulan!

 Salam guys!


Dalam zaman miliniem ini pelbagai jenama pads berada di pasaran seperti Kotex, Libress, Pods, dan macam-macam lagi. Even banyak di pasaran belum tentu lagi sesuai dengan kulit wanita, ada yang sensitive dengan certain brand terpaksa memilih brand yang lain yang sesuai dengan kulit. Sebungkus pads pun belum tentu cukup untuk seminggu. Kalau yang heavy period pada hari pertama kena tukar 3 kali dalam sehari.


Bila covid melanda negara dan dunia, kehidupan orang rakyat marhaein bertukar 360 darjah yang senang merasailah kehidupan orang susah dahulu. Orang susah makin bertambahlah susahnya. Walaupun pads nampak ringkas dan senang, dipakai pula sebulan hanya 7 hari, sebungkus dalam 10 keping tapi harga sebungkus cecah RM7 dan ke atas. Bergantung pada brands yang ada di pasaran. Bila pakai yang terlalu murah, kulit masing-masing sensitive, bila beli terlalu mahal belum tentu sesuai juga.




Dulu makanan tak banyak macam sekarang. Sekarang, pelbagai makanan ada, yang diawet yang tak diawet, jamu, supplement, kadang-kadang apa yang kita makan tu semua memberi impak kitaran haid kaum wanita. 


Baru-baru ini, aku terbaca 1 tweet yang ditweet seorang remaja lelaki yang mempertikaikan bantuan tuala wanita buat remaja dari keluarga B40. Captionnya jelas menyatakan dia mempertikaikan why perlu bagi bantuan tuala wanita, harga bukan mahal pun katanya. Dik, awak seolah-olah bercakap awak pernah mengalami period. Dah lah kau lelaki, lepas tu sembang macam kau period tiap-tiap bulan.


Bagi kau memang murah dik, tapi dengan keadaan ekonomi terjejas hampir 2 tahun ini, kadar kemiskinan pun meningkat. Orang nak beli sesuap nasi pun tak berduit inikan nak beli pads. Justeru, bantuan aku sokong sangat dengan belanjawan akan datang dimana ada peruntukan untuk remaja dari keluarga B40 akan menerima kit asas kebersihan setiap bulan.


Hal bagi bagi bertujuan untuk meningkatkan aspek kesihatan dan kebersihan untuk para remaja wanita untuk elakkan sebarang risiko penyakit dan tercicir. Why not korang layan filem PadMan dekat Netflix, betapa miskinnya negara India untuk membeli sekeping pads. Tambah penduduknya tak ada didedahkan dengan kelebihan pakai pads. Kalau kita rasa susah, percayalah ada orang lagi susah dari kita. Janganlah kita mendabik dada dengan apa yang kita ada sekarang.


Btw, pads Kotex sekarang dah berwajah baru guys! Cantik gilaaaa...

Remaja Wanita dari Golongan B40 Bakal Menerima Agihan Tuala Wanita Setiap Bulan!


Jenama Kotex jugalah aku boleh goo, baik pantiliner dengan pads nya. Sebab? Takde kebocoran, pelekat pun tahan, panjang dan tebal.


Thank you for reading guys!




1 comment:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!