TBF Compact + Travel Prayer Mat Malaysia with Bag by PTT Outdoor - Azwar Syuhada

Saturday 4 September 2021

TBF Compact + Travel Prayer Mat Malaysia with Bag by PTT Outdoor

 Hi & Salam to everybody!


| TBF Compact + Travel Prayer Mat Malaysia with Bag by PTT Outdoor | Hope everything well, after this kita bakal masuk ke fasa endemik. Ringkasnya, endemik ini bermaksuk penyakit itu akan kekal dan sentiasa ada di persekitaran kita. Kes akan ada tapi boleh dikawal lagi memandangkan sekarang ramai dah ambil 2nd dose vaksin. Kita akan hidup dan jalankan kehidupan bersama virus ini. Nak taknak kita semua kena terima hakikat.


KJ turut maklumkan, pertengahan bulan 9 ini akan ada berita baik untuk rakyat Malaysia dimana rakyat Malaysia diberi kelonggaran untuk merentas negeri. Peratusan pesakit Covic-19 masuk ke hospital semakin menurun sekarang ini. Alhamdulillah. Paling best, Langkawi akan dibuka terlebih dahulu untuk pelancongan. Maigadd!! Rindunya nak bercuti. Lepas peratusan 2nd dose semakin meningkat, kita nampak perubahan yang baik sedikit demi sedikit. Banyak kedai dah boleh buka, orang ramai dah boleh dine in, lepas ni bolehlah sambung aktiviti hiking juga.


Awal tahun haritu aku sempat mendaki Bukit Sapu. Plan nak naik Paragliding dekat KKB asyik postponed. Maybe next year dah boleh plan semula nak pergi mana. Tinggal 4 bulan sahaja nak masuk tahun 2022, so sekaranglah masa terbaik apa nak buat akan datang. Aku yakin bukan aku seorang sahaja yang excited nak kembali aktif seperti dulu kala, ramai kaki running, hiking, bike, merindui aktiviti luar. Sekarang korang dah boleh start cari balik peralatan sukan korang dalam store tu, tengok masih okay ke tidak. Kalau dah ranap dalam store boleh dah cari baru. Ada port baik punya korang boleh dapatkan peralatan sukan, beli online je sekarang. Pergi usha PTT Outdoor website.


Apa itu PTT Outdoor?

Be Great, be outdoors merupakan tagline PTT Outdoor. Ia merupakan online shop yang menjual peralatan sukan seperti Rechargeable Clam Pack Headlamp, Bike Front Bag, peralatan home gym, camp & hike, peralatan running seperti (energy nutrition, bluetooth earphones, sports bra, socks and sleeves), barang-barang untuk travel pun ada juga. Cakap je barang sukan apa korang nak pasti ada dekat PTT Outdoor. 

Bestnya, PTT Outdoor bukan hanya state 1 brand sahaja. Banyak brand sukan yang berjenama boleh dapatkan menerusi website PTT Outdoor ini. Sekarang ini pun PTT Outdoor sedang buat SALES KAW KAW sempena settle vaksin. 


TBF Compact + Travel Prayer Mat Malaysia with Bag by PTT Outdoor - Easy to Take Outdoor & Indoor

Baru ini aku sempat shopping TBF Compact + Travel Prayer Mat Malaysia with Bag di PTT Outdoor punya website. Memang dah lama cari sejadah yang senang nak bawa pergi travel setiap kali buat aktiviti di luar sepanjang hari. Bestnya sejadah ini boleh lipat dalam bag, ringan, tak makan banyak ruang pun kalau isi dalam bag galas. So, kalau akan datang nak masuk hutan ke, hiking ke, trip jauh ke, tak pun nak bawa pergi office pun senang. Jom tengok betapa compact prayer mat PTT Outdoor ini.


TBF Compact + Travel Prayer Mat Malaysia with Bag by PTT Outdoor
Ianya dah tersedia dengan bag sekali. Atas bag ini siap ada kompas lagi. At least kalau tiba-tiba tak ada line kawasan korang masuk nanti, bolehlah rujuk kompas tu untuk tahu arah Qiblat.

Dahlah warna favourite aku GOLD colour. Material travel Prayer Mat ini jenis Polyester fiber bersaiz 60 x 100 CM. Standard size sejadah sedia ada.


TBF Compact + Travel Prayer Mat Malaysia with Bag by PTT Outdoor

Ini aku bentangkan diruang tamu dekat rumah. Nice kan? Even dia Polyester fiber  dia tak mudah terangkat sebab apa? Sebab setiap penjuru sejadah ini ada Ballast yang dapat menghalang sejadah ini terangkat. So lagi selesa orang Muslim nak melakukan solat. Ada setengah yang jenis ini tiada ballast, bila rakaat kedua nak sujud dah bertemu dengan tanah. 

TBF Compact + Travel Prayer Mat Malaysia with Bag by PTT Outdoor
Ini aku selak sikit, untuk menunjukkan kedudukan Ballast. Boleh tengok gambar di atas, waktu tu aku buka kipas kuat jugalah, still tak terselak. Memag bagus dorang keluarkan Travel Prayer Mat ini sesuai untuk orang-orang rajin travel jauh. Portable Prayer Mat dari PTT Outdoor ini direka khas untuk kaum Muslim, sangat mudah dibawa kemana sahaja sebab ia hadir sekali dengan mini pocket. 

Ada sekali kompas bagi memudahkan kita mencari arah Qiblat, dan paling penting metal setiap penjuru sejadah yang membolehkan sejadah tidak berganjak dari kedudukan asal. 

Kalau korang nak beli Travel Prayer Mat PTT Outdoor ini boleh beli di SINI >> TBF Compact + Travel Prayer Mat Malaysia with Bag by PTT Outdoor


Berita baik korang, pada minggu hadapan 6/9/2021 PTT Outdoor ada buat 6.9 Jualan Boss Settle Vaksin. KAW-KAW SALES. Diamana ada barangan yang korang boleh dapatkan dari harga serendah RM6.90 sahaja!!!


Jualan ini open semua barangan bagi semua orang mempersiapkan diri untuk giat aktif semula untuk beriadah dengan aktiviti luar. Are you ready guys?? Pada hari tersebut juga akan ada LUCKY DRAW, 3 ORANG PELANGGAN BERTUAH BERPELUANG MEMENANGI HADIAH BERNILAI RM800!!!


Apa tunggu lagi, jom redah website PTT Outdoor.

TBF Compact + Travel Prayer Mat Malaysia with Bag by PTT Outdoor


Untuk info lanjut berkenaan PTT Outdoor, boleh rujuk dibawah:

Website: https://www.pttoutdoor.com/

Thank you for reading!

5 comments:

  1. Wahhh murahnyaaaa. Sesuai sangat untuk skrg ni. Kalau keluar pun still kena bawak sejadah dan telekung sndiri dari guna yang awam punya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, better guna sendiri punya. Sekarang masing-masing kena protect diri sendiri. After this nak kena biasakan hidup dalam endemik.

      Delete
  2. haa elok ni bwk pegi langkawi.. xsabar nk bercuti! hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhh ...hopefully kita semua dapat berjalan seperti dulu2 kala ;)

      Delete
  3. senang nak bawak travelling ni. senang nak guna kat mana2. murah pun berpatutan. Urgh, yang penting nak jalan dlu. Haha

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!