Sepinggan Semangkuk di Batu 8, Kampung Sijangkang Hidang Air Kopi - Azwar Syuhada

Thursday 16 September 2021

Sepinggan Semangkuk di Batu 8, Kampung Sijangkang Hidang Air Kopi

 

| Sepinggan Semangkuk di Batu 8, Kampung Sijangkang Hidang Air Kopi | Guys aku tak boleh duduk lelama dekat kampung, nanti berat badan aku naik. Ni pun dah naik 1kg rasa nak menangis. Aku tak tahulah, sekarang tempat aku stay ini dah macam-macam restoran berderet buka sepanjang jalan. LRT3 juga yang tak siap-siap lagi. Orang buka kedai dah macam cendawan tumbuh nampak gayanya.


So next cafe aku terjah baru ini adalah cafe Sepinggan Semangkuk yang terletak di Batu 8, Kampung Sijangkang. Korang search je di waze nanti jumpa. Ia laluan kampung so bolehlah menikmati suasana perkampungan. Mujur adik aku ini layankan je mana aku nak pergi. Kalau aku pergi sendiri, cafe ini belum tentu jumpa lagi even pakai waze. Area sini dahlah banyak kereta.


Aku tak order air coffee pun haritu, aku order chocolate ice, adik aku order air Macha latte. Chocolate ice dekat sini boleh tahan sedap jugalah. Cuma haritu aku minta dia tambah frapp dia tak tambah pula. Range harga 1 cup ini around RM12.90, depend pada air yang korang order.


Selain air, cafe ini turut jual makanan western seperti spaghetti, lamb, chicken chop, fries. Tapi masa aku pergi haritu tengah kenyang lagi, so order air sahaja tu pun take away. Waktu aku sampai orang tak ramai lagi, nak gerak balik orang dah start ramai disebabkan dia buka petang hingga malam. Aku suka decoration dalaman dia pun unik. 


Nak ber OOTD pun nampak nice. Cuma dalam agak gelpa sikit nak bergambar, kalau rajin boleh naik ke bumbung. Aku tak naiklah sampai atas sebab masih panas lagi waktu tu. Inilah rupa air yang kami order. Sedap jugalah takyah nak pergi Starbuck dah, air dorang buat pun ala-ala Starbuck juga dah.



 

Btw, Selamat Hari Malaysia semua!

1 comment:

  1. wow!These photos look so good!This restaurant is very trendy, modern and comfortable. It makes me find the memory that we went to sepinggan semangkuk
    < a href="https://www.yummyadvisor.my/ampang/restaurant-sepinggan-semangkuk-ampang/menu/">sepinggan semangkuk And the food was absolutely delicious.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!