Intipati Pelan Pemulihan Negara (PPN) & Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) - Azwar Syuhada

Sunday 4 July 2021

Intipati Pelan Pemulihan Negara (PPN) & Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)

 Salam to all readers,


Intipati Pelan Pemulihan Negara (PPN) & Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) | Sayu hati tengok rakyat Malaysia yang hidup makin melarat. Please guys, kuatkan diri lawan lagi, at least ingat family korang even tengah hadapi waktu genting. Kes kematian Covic saban hari makin meningkat sama naik orang yang bunuh diri. Nauzubillah... Kuatkan diri, kalau korang perlukan bantuan makanan sila kibarkan bendera putih, jangan segan jangan malu. Kita sama-sama tolong each others.


Harini merupakan hari kedua kita semua kena PKPD. Even aku duduk KL tetap termasuk kawasan PKPD, kampung aku pun tidak terkecuali kena PKPD. Sama-samalah kita bertabah even rakyat semua dah penat hadap. Dari PKP, PKPD, Lockdown (like lockdown olok-olok) semua dah buat, dalam sebulan kes makin meningkat bukan ratus tapi ribu. Hospital semakin tenat, jadi sebaik-baiknya mana yang masih sihat jagalah diri jangan jatuh sakit.



Rakyat jadi lagi penat apabila masing-masing dah betul-betul patuh SOP. Tapi masih ada segelintir tak patuh, suruh tutup KILANG haram sampai la ni dia tak reti tutup. Kalau diberi kerjasama pekerja kilang boleh je bagi kerjasama, owner kilang like so selfish. Kes Selangor tak pernah surut disebabkan kawasannya besar dan mostly kawasannya memang banyak kilang (kawasan perindustrian, dan ianya masih beroperasi seperti biasa tanpa rasa bersalah).



Disebabkan kes Selangor semakin meningkat, Majlis Keselamatan Negara memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim-mukim Selangor dan beberapa lokasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai 2021 sehingga 16 Julai 2021.


Mukim-mukim yang terlibat adalah seperti berikut:

Daerah Petaling:
Mukim:

👉Petaling
👉Damansara
👉Sg Buloh
👉Bukit Raja


Daerah Hulu Langat:
Mukim:
👉Hulu Langat
👉Ampang
👉Cheras
👉Kajang
👉Semenyih 
👉Beranang


Daerah Sepang:
Mukim:
👉Dengkil
👉Labu
👉Sepang


Daerah Gombak:
Mukim:
👉Batu
👉Rawang
👉Setapak
👉Hulu Kelang
👉Kuang


Daerah Kuala Langat:
Mukim:
👉Tanjung 12 (1)
👉Tanjung 12 (2)
👉Teluk Panglima Garang
👉Morib
👉Bandar 
👉Jugra
👉Batu


Daerah Klang:
Mukim:
👉Kapar
👉Klang


Daerah Kuala Selangor:
Mukim:
👉Ijok
👉Bestari Jaya
👉Jeram


Daerah Hulu Selangor: 
Mukim: 
👉Serendah
👉Rasa
👉Ulu Yam
👉Batang Kali


Manakala lokasi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang terlibat seperti di bawah:

👉Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak
👉Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda
👉Flat Seksyen 2 Wangsa Maju
👉Flat Seksyen 1 Wangsa Maju
👉Kampung Padang Balang
👉Taman Koperasi Polis (Fasa 1 & 2)
👉Flat Sri Sabah
👉Kampung Puah
👉Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Batu Air Panas
👉Flat Desa Pandan (Termasuk Baiduri & Delima)
👉Kampung Batu Muda
👉Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi
👉Bandar Baru Sentul
👉Taman Ikan Emas


Dengan pelaksanaan PKPD ini, SEMUA laluan kawasan PKPD akan ditutup dan dikawal oleh PDRM.


Semua penduduk di dalam kawasan PKPD TIDAK DIBENARKAN keluar dari kediaman masing-masing KECUALI seorang (1) sahaja wakil isi rumah keluar hanya untuk membeli keperluan asas di kawasan PKPD dalam radius 10 kilometer dari kediaman.


KKM akan terus melaksanakan ujian saringansecara bersasar ke atas semua penduduk di kawasan yang terlibat. Jawatankuasa penyelaras Program Vaksinasi Kebangsaan akan mempertingkatkan program pemberian vaksin di kawasan-kawasan yang terlibat. 


Pergerakan merentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi Covic-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) diluar daerah / negeri tempat tinggal DIBENARKAN dengan menunjukkan butiran temujanji di aplikasi MySejahtera, ataupun SMS.


Lapangan terbang dan Pelabuhan dibenarkan beroperasi seperti biasa. Aktiviti dan perkhidmatan pengangkutan awam (keretapi, komuter, bas, lapangan terbang, teksi, feri, e-hailing) dibenarkan beroperasi seperti biasa dengan kapasiti 50%.


Bilangan penumpang dalam teksi & e-hailing dihadkan untuk 2 orang sahaja termasuk pemandu.


Tiada sebarang pergerakan tidak perlu di luar kawasan kediaman selepas jam 8.00 malam kecuali bagi kes-kes kecemasan atau mendapat kebenara PDRM.


Hanya sektor perkhidmatan perlu (essential services) sahaja DIBENARKAN untuk beroperasi jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam seperti utiliti, pembersihan dan kumbahan.


Selain itu, hanya kilang bahan makanan dan keperluan asas harian seperti beras, roti putih (loaf), gula, minyak masak, tepung gandum, susus segar, susu tepung bayi, ubat-ubatan dan topeng muka dibenarkan beroperasi.


Kebenaran untuk bekerja hanya bagi perkhidmatan perlu (essential services)  atau menjalankan tugas rasmi kerajaan dengan surat pengesahan daripada majikan atau pas pekerja yang sah.


Pekerja selain daripada perkhidmatan perlu TIDAK DIBENARKAN keluar dari kawasan PKPD dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPD. Majikan dikehendaki mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja-pekerja bekerja dari rumah (Work From Home).


Pekerja daripada perkhidmatan perlu dan kilang-kilang seperti premis-premis perniagaan yang dibenarkan sahaja boleh menggunakan surat MITI yang telah dikeluarkan sebelum ini.


Retoran, kedai/gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan,penjaja beredar, medan selera/pusat penjaja, gerai makan tepi jalan/kioks DIBENARKAN beroperasi antara jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.


Pembelian makanan secara bawa pulang (take away), pandu lalu (drive-thru) atau penghantaran (delivery) sahaja DIBENARKAN.


Kedai runcit, kedai serbaneka, kedai barangan keperluan harian DIBENARKAN beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam.


Hospital, klinik dan makmal perubatan DIBENARKAN beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran.


Farmasi, kedai penjualan ubat-ubatan, klinik haiwan, kedai makanan haiwan, DIBENARKAN beroperasi 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.


Stesen minyak DIBENARKAN beroperasi antara 6.00 pagi hingga 8.00 malam kecuali  stesen minyak di lebuh bertol beroperasi sehingga 24 jam.


Pasar borong DIBENARKAN beroperasi bermula 12.00 pagi hingga hingga 6.00 pagi.

Pasar awam, Pasar Tani Kekal (PTK) & MyFarm Outlet (MFO) DIBENARKAN beroperasi bermula 6.00 pagi hingga 2.00 petang.


Sebarang aktiviti sukan, sosial, rekreasi dan budaya adalah TIDAK DIBENARKAN.


Kebenaran dan SOP seperti dinyatakan di atas sebahagian SOP penuh. Berkuatkuasa untuk pelaksaan PKPD di mukim-mukim di Negeri Selangor dan Wilayan Persekutuan Kuala Lumpur.


SOP penuh dan terkini boleh rujuk laman sesawang MKN di https://mkn.gov.my.


#StayAtHome

Thank you for reading!

2 comments:

  1. Masalahnya bila semua kilang pun perasan diorang 'perkhidmatan perlu''. Maka mereputlah lockdown tak habis-habis tapi kes sama tang tu gak

    ReplyDelete
  2. harap-harap PKPD nih berjaya lah
    dah stress dah lama menghadap benda yang sama

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!