Review Novel: Terima Kasih Cinta - Azwar Syuhada

Tuesday 1 June 2021

Review Novel: Terima Kasih Cinta

Salam to all readers,


Review Novel: Terima Kasih Cinta | Ikutkan aku dah lama aku tak baca novel, tapi disebabkan PKP ini bersambung, Sabtu Ahad tak boleh nak keluar dapatlah spend masa baca novel. So, kali ini aku nak share novel bertajuk Terima Kasih Cinta karya Aisya Sofea. Aisya Sofea ini kalau tak silap bekas guru dulu, penulis buku favourite mak aku. Terima Kasih Cinta ini buku keluaran terbaru beliau juga, mak aku minta aku orderkan haritu siap nak tandatangan penulis lagi. Anak yang baik, turut kan sahaja permintaan mak. So, jom baca sinopsis dulu best kalau nak tahu best ke tidak.


Review Novel: Terima Kasih Cinta

Review Novel: Terima Kasih Cinta


Sinopsis Terima Kasih Cinta

PERTEMUAN An dengan Yaya dan Lea membawa ke pertelingkahan antara dia dengan Harris Ibrahim. Lelaki sombong dan bongkak itu tidak perlukan pertolongan An untuk menjaga anak-anaknya malam memberi amaran untuk tidak lagi terlalu mengambil berat terhadap mereka. Tapi tidak bagi anak-anak kecil itu. Mereka mengharapkan belas dari An. Bagai menjilat ludah yang telah dihamburkan, Harris kembali menagih pertolongan dari ummi, ibu saudara An untuk menjaga kedua-dua anaknya tatkala bertugas malam.

Review Novel: Terima Kasih Cinta


An dihantar oleh Tan Sri Syed Abdul Rashid, Pengerusi Paradigm Holdings Sdn Bhd bekerja di PNG. Tetapi menetapkan syarat sama ada berkahwin dengannya dan An tidak akan bekerja jauh di negara itu. Atau An diberhentikan kerja atas alasan mengabaikan tanggungjawab. Razlan yang bakal mengahwini wanita pilihan keluarga datang menagih cinta lama dan mahu memperisterikan An di waktu yang sama.


Hidup An semakin kucar-kacir bila Harris meluaskan perasaanna pada orang tua An, Harris inging memperisterikan An demi anak-anaknya yang sudah menjadikan An mommy mereka.


Apakah An sanggup menerima lamaran itu sedangkan dia tidak pernah kenal siapa sebenarnya Harris. Apakah kebahagian itu mampu bertahan jika rumah tangga mereka nanti hanya dengankasih sayang Yaya dan Lea? Apakah tanpa cinta, An mampu meredah alam rumah tangga bersama Harris sedangkan cinta baginya adalah paling penting dalam membina sesebuah rumah tangga kekal bahagia? Apakah perkhawinan satu jaminan untuk An tidak lagi diganggu oleh Tan Sri Syed Abdul Rashid dan mana-mana lelaki? 


Semua persoalan ini terjawab dalam kisah TERIMA KASIH CINTA dari hasil idea terbaru Aisya Sofea.


Review dari Azwar

Dah nama pun bekas guru kan, tak dapat disangkallah penulisan Aisya Sofea ini tak pernah mengecewakan pembacanya meskipun dah lama tak keluarkan risalah terbaru. So novel kali ini aku rasa not bad, jalan cerita dari permulaan sehingga akhir pun best. Harris ini merupakan seorang duda kematian isteri dan dikurniakan anak yang comel bernama Yaya dan Lea. Harris baru sahaja berpindah rumah di depan rumah An. Satu hari, An ini balik kerja dia terdengar tangisan Yaya tengah malam, dia cari papa dia. Adik dia nak susu. So, si An pujuk si Yaya cari adiknya di dalam rumah tengok-tengok dia si Lea sedang sibuk main tepung nak buat susu. Si An ini jatuh kasihan namun rasa amarah yang teramat sangat pada mak ayah si Yaya & Lea. Waktu ini dia tak tahu lagi kisah hidup Harris dan status si Harris. Harris ini kerja sebagai doktor dekat dengan rumah sahaja so dia dah pesan pada anak-anak dia kalau ada apa-apa terus call dia. Anak kecik, 5 tahun apa je dia faham selain menangis.


So, pada keesokan harini, si Harris ini macam tak keruan melihat anaknya tiada dalam rumah. Ummi makcik kepada An datang jenguk Harris dan mengatakan anaknya ada bermalam dirumahnya. Habis si Yaya dan Lea kena hamuk dengan bapanya Harris. Waktulah si An, datang berdepan dengan Harris habis ditazkirahnya si Harris. An ini memang rajin layan budak-budak tak sangka Yaya dan Lea cepat mesra dengan An sehingga taknak berpisah. Esok-esoknya mereka bermalam lagi di rumah An tapi waktu ini mendapatkan kebenaran dari Harris. Cuma An ini masih tidak berpuas hati dengan si Harris disebabkan sikap sambil lewanya menjaga anak kecil.


Satu hari, berlaku satu insiden dimana si An ini gastriknya datang balik mana taknya dia tak makan satu hari sibuk kerja. Justeru dia bawa kereta tanpa hala tujuan sehingga berhenti betul-betul depan klinik Harris. Harrislah yang merawat si An. Sewaktu drive ini otak An bercelaru memikirkan boss dia Tan Sri Syed Abdul Rashid duk gila bayang dengan dia sehingga mengugut kalau nak stay work dengan dia kena kawen dengan dia. Tak sedar diri betul orang tua ni. Tak padan dah kawen.. Manakala ayah si An ini juga ada juga calonnya untuk dijodohkan dengan si An, namun si An ini tolak permintaan ayahnya.


Sehinggalah satu hari si Harris ini melamarnya di hospital. Pada awalnya dia melamar An ini untuk melihat anak-anaknya bahagia, anak-anaknya tak pernah merasa kasih sayang mak. Tapi An, awal-awalnya takut juga nak terima, dia takut Harris hanya mempergunakannya sahaja, hati dia sape nak jaga. Sepanjang dia warded di hospital Harrislah yang menolongnya, suapkan makanan bagi ubat semua. Dari cari Harris melayannya, dalam pada masa yang sama dia jatuh cinta. Jadi An mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Harris. Selang beberapa hari majlis perkahwinan nak berlangsung si An ini ada terjah si Harris dekat klinik, kebetulan Harris ada berborak dengan Nora rakan kerjanya yang turut ada hati dengan Harris. Perbulan tersebut terdengar oleh An sendiri ketika buka pintu bilik Harris. Waktu tu Harris menyatakan dia tak cintakan An langsung. Si An ni dengar tak habis, terus dia pergi. 


Setelah bergelar suami isteri, si An menyatakan pada si Harris apa yang dia dengar. Justeru, si Harris bagi peluang pada An untuk bersendiri selama 3 bulan. 3 bulan Harris tak balik duduk klinik. Dalam pada itu si An rindu juga pada si Harris. Selepas 3 bulan Harris balik ke rumah cuba memujuk An semula, akhirnya kedua-dua memilih jalan untuk berdamai. Dalam pada menempuh hari-hari bahagia, si An dapat tawaran jadi model tudung dengan kenalan lamanya iaitu sepupu kepada Tan Sri Syed Rashid. Sepanjang, sesi modelling ini, Tak Sri kerap menghantar jambangan bunga pada An. An langsung tidak memberitahu hal ini kepada si Harris. Satu hari, si Harris menemankan An ke sisi modelling memandangkan An waktu tu dah sarat mengandung, waktu tu pula si Tan Sri datang bagi jambangan bunga. Si Harris ini apa lagi terus hamuk Tan Sri tak sedar diri ini. Dia juga mengarahkan An pulang tak perlu buat fotoshoot waktu tu. Sampai di kawasan rumah, Harris pun beredar mengambil anaknya. An lupa beli cupcake permintaan Lea, jadi keluar semula membelikan anaknya cupcake. Setelah sampai ke rumah, si An kena ragut pula dan diseret sehingga 8km. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian, kebetulan Harris lalu dekat situ dia tak perasaan. Tup-tup Ummi call Harris untuk datang ke hospital An kena ragut.


Harris begitu menyesal termarah An pagitu. An berjaya selamat melahirkan kembar lelaki namun dia koma beberapa hari. Harris hari-hari datang berborak dengan An supaya bangun. Satu hari, An bangun dan panggil Harris abang.


Overall cerita ini memang best, cuma kekadang aku tak berkenan peel si An yang melampau-lampau marahnya. Harris tu awal jerlah annoying lama-lama okay. Off course happy ending, jaranglah novel melayu ending sedih. Kalau baca novel dia punya emosi menjiwai watak. Kalau drama melayu adaptasi novel dekat televisyen minta kena maki je. hahah.. Hampa tak rugi pun beli buku ini, memang best!


Dari hampa, makan tidur makan tidur tak buat apa, baik baca novel. Untung-untung dapat berangan kawen dengan orang kaya. kahkah.. Korang boleh dapatkan novel ini dekat Shopee, sekarang Shopee pun buat sale FREE SHIPPING.


Boleh order sini terus novel Terima kasih Cintahttps://shp.ee/yfx393t


Thank you for reading!

2 comments:

  1. Nak tanya kenapa Ann ini ada 2 emak? Ayah dia kahwin dua atau sudah berpisah atau itu pengasuh dia? Confused jap.

    ReplyDelete
  2. Itu mak saudara dia rasanya

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!