Pengalaman Ambil 1st Dose Vaccine AstraZeneca di PPUM - Azwar Syuhada

Monday 7 June 2021

Pengalaman Ambil 1st Dose Vaccine AstraZeneca di PPUM

 Salam to all readers,


Pengalaman Ambil 1st Dose Vaccine AstraZeneca di PPUM | Last week, giliran aku pula mendapatkan vaccine 1st dose vaccine AZ. Had ini aku lepas register masa KJ announce buka volunteer vaccine AZ. Waktu tu tak ramai yang tahu dan tak semua negeri dia cover lagi. Mak aku belum dapat lagi sampai sekarang, hopefully dapatlah tarikh dalam masa terdekat. So, let's go aku cerita pengalaman aku dapat sakit ke idak apa effectnya lepas injection? Badan dah rasa sihat sikit barulah bertenaga nak update blog ini. Kalau tak peram 2 3 minggu baru nak update.


Sempena meraikan aku ambil vaksin ini, aku apply half day (afternoon) dekat ketua aku. Mujur lulus, even kena WFH nak taknak kena ambil juga half day sebab kau tak buat kerja waktu tu. Tak baik menipu ya dak? Banyak benor aku baca pengalaman orang yang dah pergi vaksin, mostly suruh telan panadol lepas vaksin. Ya benar, mana yang baik kita ikut je selagi boleh.


Pengalaman Ambil 1st Dose Vaccine AstraZeneca di PPUM

Appointment aku pukul 4.00pm aku keluar rumah dalam 3.10pm macam tu. Naik grab je, memandangkan jarak dia taklah jauh mana dari rumah. So sebelum pergi vaksin, aku makn siap-siap sebab orang kata lepas vaksin tak selera makan kononnya. Effect orang berbeza, kita follow je juga. Aku masak nasi, goreng sambal kentang ikan bilis. Lepas Zohor, siap-siap diri dekat pukul 3.00pm baru order Grab. Mujurlah ada grab ambil sebab hujan pula waktu ini. Masuk grab, aku cakap, bang tolong hantar saya dekat dewan ambil vaksin PPUM tu. Mujur dia aware, memang depan pintu masuk dia hantar.


Pengalaman Ambil 1st Dose Vaccine AstraZeneca di PPUM

Setelah sampai, macam biasa kena scan code MySejahtera. Makesure korang charges bateri phone tu bagi full. Berjam nak tunggu dan banyak tempat nak kena scan. Kalau nak duduk kerusi tu kalau boleh dia nak scan juga. Tipu jerlah had tu. Tapi takpelah ruang menunggu di PPUM ini sesangat selesa ada kerusi, duduk pun tempat beraircond. Jadi jangan risau kalau penat berdiri ke apa. Follow sahaja instruction abang kakak yang bertugas yang mengatur orang ambil vaksin. 

Check point pertama: Masuk-masuk kena scan MySejahtera, tunjukkan appointment korang pada orang bertugas. Ambil suhu, tunjuk sekali lagi appointment vaccine korang pada kaunter dekat dalam pula, dan ambil nombor giliran.

Pengalaman Ambil 1st Dose Vaccine AstraZeneca di PPUM

Checkpoint kedua: Diberi ruang duduk, korang kena tunggu nombor kena panggil. Jadi janganlah dengar muzik kuat-kuat kang ada yang terlepas nombor giliran. Ada nombor kena panggil, mereka juga ada screen televisyen untuk tunjuk nombor giliran dan kaunter mana nak dirujuk. Setelah tiba nombor giliran korang kena panggil, korang kena pergilah. Dia akan tanya, Cik tahu datang sini buat apa? Tunjukkan sekali lagi appointment vaccine korang. Nanti korang akan diberi consent letter, ada 2 borang salah satu tu nanti korang kena simpan. Selesai isi, duduk semula check point seterusnya.


Checkpoint ketiga: Checkpoint ketiga ini adalah consult dengar doktor. Nombor yang sama dia akan panggil ataupun boleh rujuk screen tv. Doktor nak tahu tentang kesihatan kita, ada apa-apa alahan tak? Masih belum berkahwin? Orang mengandung tidak digalakkan mengambil vaccine AZ ini lagi. Masih dalam tempoh ujikaji lagi. Kalau korang ada alahan dari segi pemakanan ke apa kena cakaplah juga. Kalau dah 1st dose kita ambil Astrazeneca, 2nd dose nanti pun Astrazeneca juga. Period gap dia 12 weeks dari hari kita ambil 1st dose.


Checkpoint keempat: Setelah selesai consult dengan doctor perihal vaccine. Borang consent tadi kena sign depan dia. Satu tu dia ambil simpan satu lagi kita simpan. Beralih pula tempat untuk ambil vaksin. Dia akan bagi pass 15 minute. Kot-kot nak rehat kejap lepas cucuk vaccine. Tak sampai 15 minutes nombor aku dah kena panggil untuk injection.


Checkpoint kelima: PPUM agak straight sikit, sini mereka tak bagi rekod-rekod untuk cucuk vaksin. Sebelum doktor cucuk, dia akan tunjukkan botol vaccine tu, dan dia sukat depat kita dia hanya beri 0.5 sahaja dose vaccine ni. Cucuk tu tak terasa sangat, tahu-tahu dah selesai. Setelah selesai cucuk vaccine, tunggu nombor dipanggil nak tunjukkan appointment vaccine hari tersebut sekali lagi, bagi IC, petugas tersebut nak tulis dalam kad vaccine kita. Setelah selesai, boleh ambil kad vaccine dan balik.


Alhamdulillah, lepas cucuk vaccine tu tak rasa nak tumbang, tapi rasa lapar nak makan KFC. Justeru, dalam grab aku pergi order Foodpanda. Balik-balik rumah makan KFC, time tu tangan kebas-kebas jerlah. Malam tu dia rasa start sakit. Mujur lepas makan KFC tu aku telan panadol dah. Malam tu tidur macam biasa cuma tak boleh timpap tangan yang kena inject. so kena mengiring bahagian yang tak kena inject. 


Pada keesokkan harinya kan Jumaat? hari kerja, mujur waktu kerja tu dia hanya kebas tangan. Serupa orang main gym. Over exercise bahagian tangan. So, tangannya rasa hilang skru sebelah. Malam kedua tu yang rasa tak boleh buat bincang, demam lagi, aku telan lagi panadol untuk sekian kalinya, tuam air batu dekat kepala dan tempat injection, sebelum pukul 10.00pm aku tidur dah, pakai cool fever, minyak kapak tepi kepala. Aku kalau sakit rasa nak marah orang, baik aku tidur. 


Alhamdulillah, hari ketiga, aku jalani kehidupan seperti biasa, kepala dah tak berdenyut-denyut dah, demam pun dah kebah. Cuma tangan yang inject ini still sakit, orang kata ambil masa seminggu nanti dia hilang sendiri. So, kita tunggu jerlah hari ke-7 nanti. So, setelah beberapa hari vaccine bolehlah jawab survey dalam MySejahtera. Dia minta kita punya feedback lepas injection. Feedback ini sebenarnya membantu KKM juga. Jangan lupa update okay.


Makesure, perempuan yang bertudung pilihlah pakaian yang sesuai nak cucuk vaksin. Baju yang senang nak sinsing sampai ke lengan. Lengan aku besar, justeru aku pakai tshirt lengan pendek dan sarung cardigan labuh. Nampaklah formal sikit. Lepas ini tunggu 2nd dose pula. So, mana-mana yang dah dapat tarikh vaksin, pergilah ambil okay. Even vaksin ini bukanlah 1 ubat yang boleh hilangkan covic tapi ia salah satu cara untuk kita herd immunity. 



Thank you for reading!

1 comment:

  1. terbaik dah cucuk, tahniah, kita still menunggu lagi..hihi..

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!