Manjakan Kuku Tangan & Kaki di Salun Artzy Nails - Azwar Syuhada

Sunday 18 April 2021

Manjakan Kuku Tangan & Kaki di Salun Artzy Nails

 Salam to all readers,


| Manjakan Kuku Tangan & Kaki di Salun Artzy Nails | Nak dijadikan cerita housemate aku Syairah haritu pergi manicure kuku tangan, balik rumah punya cantik kuku dia buat. Oyah excited nak juga merasa, so minggu lepas kami berdua pergilah Mid, konon nak masuk Aeon cari barang untuk puasa je. Alih-alih pergi manicure kuku kaki dan tangan sekali di Artzy Nails. Dulu aku pernah manicure sekali dekat Nu Sentral punya store, tapi tak puas hati dia punya polish tak berapa mengancam, lepas tu kejap sangat dibuatnya tak sampai 15 minute siap dah.


Lucky jugalah, waktu kiteorang masuk tu, ada seorang customer sahaja. So, kami dua boleh buat kuku pada waktu yang sama. Staff Artzy Nails ini tak ramai mana pun, tapi dorang punya servis memang letup. Hampir 2 jam jugalah buat kuku kaki dan tangan. Tempat buat kuku tangan lain, tempat duduk buat kuku lain lebih selesa la boleh duduk di sofa yang empuk. Sampai turn kami, disuruhnya rendam kaki dahulu, bagi lembut kuku kaki senangnak polish. Dulu waktu sekolah, rajinlah beli yang polish kuku tu, kasi sagat dekat kuku. Makin panas engkau ragas makin berkilatlah kuku tu. Tapi sekarang tiada masa nak membuat.



Selain serivs manicure, Artzy Nails juga ada tawarkan perkhidmatan waxing, spa, face chin dan macam-macam lagi. Kalau teringin nak warnakan kuku pun boleh, macam-macam jenis warna dan corak ada, tapi tunggu kau period la jawabnya. Sebab tiada pewarna kuku yang boleh buat sembahyang lagi takat ini.


Peralatan n

Ini harga perkhidmatan yang ditawarkan oleh Artzy Nails. Manicure kuku tangan sahaja RM40. Kalau manicure and pandicure campur kilatkan RM100. Kebetulan aku pergi tu dahlah aku tak potong kuku lagi, malu gila dia kena potongkan sekali. Artzy Nails akan pastikan pelanggannya puas hati, sekali daki kuku, kau pun dia cantas sekali. Celah-celah kuku kaki tu pun dia bersihkan. Dah siap bahagian kaki, barullah manicure kuku tangan pula.



Dua-dua excited nak melaram kuku kaki tangan. Alang-alang serivs sini tiptop,kiteorang plan nak dekat raya nanti pergi lagi sekali. Nak tacap sekali lagi. Even tak tahu lagi, tahun ini dapat beraya ke tidak. Weii bagilah kami raya semula.




Jeng..jeng..jeng...Siap dah kuku tangan. Berkilat-kilat dari jauh. 


Penuh teliti staff Artzy Nails ini membentuk kuku bagi nampak kemas. Kalau rasa takut penuh hujung minggu tu. Boleh terus call mereka untuk buat appointment. Sampai-sampai boleh terus buat kuku.


Balik pernuh gembira. Asyik pandang tangan. Tak mahu pegang kunyit, semata nak pastikan kuku kekal bersinar. Siap manicure barulah masuk Aeon cari barang untuk menyambut ramadhan. Selamat menjalani ibadah puasa korang!


Thank you for reading!


No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!