Ubah Suai Sudut Ruang Tamu Rumah Sewa Nampak Hidup - Azwar Syuhada

Thursday 11 February 2021

Ubah Suai Sudut Ruang Tamu Rumah Sewa Nampak Hidup

 Salam to all readers,


Ubah Suai Sudut Ruang Tamu Rumah Sewa Nampak Hidup | PKP 2 kalini aku dan housemate aku duk pulun kemas rumah bagi lawa. Memandangkan kami bertiga banyak menghabiskan masa di rumah berbanding di pejabat. Aku kalau masuk office pun follow rotate dari management. Nak merayau hujung minggu pun takut, so duduk rumah. Jadi menghilangkan rasa bosan duduk rumah kami berpakatlah nak cantikkan rumah seperti rumah sendiri. Rumah sewa aku ikutkan ada 5 orang, 1 orang dah pindah keluar, 1 lagi dah WFH setahun di kampung.


Jadi, tinggallah bertiga. Aku bersyukurlah dapat housemate yang tinggal sekarang ini jenis tak berkira. Masing-masing give in take, kalau aku beli ini, sorang lagi beli benda lain. Tahap paling berkira adalah tuan rumah aku jerlah, awal-awal aku masuk rumah ini memang kosong, aku masuk memang tiada benda, kena bawa tilam sendiri, tidurlah atas toto nipis. Aku pindah masuk sebab aku consider bersih je dan dekat dengan tempat intern aku. Setahun lebih jugalah tidur beralaskan toto yang nipis bentangkan di lantai sahaja. Sewa dekat KL ini jangan mimpilah dapat RM300 ke RM400. Boleh cecah RM2000 menyewa tambah duduk near LRT. RM2000 tu bahagi dengan berapa yang duduk dalam rumah. 


Bila dan start kerja saving sikit-sikit, ada duit lebih kami pakat hias rumah bagi cantik. Tambah PKP dah setahun lebih banyak habiskan masa di rumah. Rumah sewa aku ini 100% kosong, tuan rumah kedekut.  Awal PKP kami kongsi duit beli meja makan, tahun ini beli carpet, meja kecik, sofa dan juga rak buku. Peti sejuk pun kami organizer semula. 



Inilah sudut ruang tamu kiteroang awalnya, sebelum ada meja makan dekat luar penuh kain baju je. Dah rupa kedai dobi pun ya juga. PKP 2 kali ini kami berhantu kemas-kemas rumah, hidupkan suasana rumah tanpak lebih ideal gitu. Nak rest pun seronok dekat luar, tak adalah terperap dalam bilik. Si Oyah sekarang sibuk beli periuk belangga, aku dah ada periuk nasi nak juga dibelinya alasannya corak dia cantik. Pengaruh Shopee memang kuat ya kawan-kawan. Tambah-tambah bila kita on mood notification dia. Setiap minit ada je notification nya. Aku buka pun sekarang sebab nak check in (collect point semata-mata).

Ubah Suai Sudut Ruang Tamu Rumah Sewa Nampak Hidup

See, rumah kami dah ada sofa!! Had ini aku yang invest nak share nanti tak reti pula nak bahagi macam mana, sebab aku nak bawa keluar semula nanti kalau pindah. Carpet merah tu pula carpet dalam bilik awalnya, Oyah beli baru, had baru letak dalam bilik.

Ubah Suai Sudut Ruang Tamu Rumah Sewa Nampak Hidup

Inilah port aku buat kerja selain dalam bilik. Rumah kami tiada tv masing-masing layan dekat phone je. Workspace dekat rumah pun memainkan peranan untuk membuat kerja, elakkan buat atas katil for sure kau akan tarik bantal dan tak fokus. Duduk di tempat yang terang supaya tidak mengantuk. Jangan duduk je, makesure bangun buat senaman push up pun boleh, buat regangan badan hilangkan rasa sakit sendi-sendi. Duduk office ada kerusi yang selesa. Duduk rumah kita banyak bersila duduk di sofa apa semua Kena kerap berjalan sikit. 


Sofa ini aku beli dekat Shopee juga, aku tunggu sale dan ambil masa yang lama sebab tengok review and check seller mana yang okay. Tengok-tengok aku berkenan had ini, harga dia RM299 haritu ada promo jadi RM280 macam tu tambah cas penghantan dalam RM50. Total RM3++ jugalah. Okaylah selesa, time barang aku sampai aku dekat office, mujur si Oyah ada di rumah. Seller ini sendiri hantar ke rumah ambil masa dalam 7 hari jugalah.


Balik-balik Oyah dah siap pasang, okaylah kerusinya cuma kakinya tak berapa kukuh pun. Kalau ada anak kecik yang suka meloncat-loncat baik jangan beli takut patah pula kaki kerusi. Overal puas hati, duduk pun empuk je. 


Kalau nak beli boleh refer sini: https://shp.ee/h46243x


Sekarang tengok harga lagi murah, sale CNY. Bolehlah kalau hampa mahu beli.


Thank you for reading!






1 comment:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!