Cara Mudah Deposit Simpanan Tabung haji Guna JomPay Melalui Maybank2U - Azwar Syuhada

Sunday 7 February 2021

Cara Mudah Deposit Simpanan Tabung haji Guna JomPay Melalui Maybank2U

 Salam to all readers,


Cara Mudah Deposit Simpanan Tabung haji Guna JomPay Melalui Maybank2U | Harini sempat marathon dekat Petaling Jaya dapat 5 round pun dah rasa puas. Nikmat dapat keluar berlari rasa badan ringan sahaja. Baru 2 harini mak aku pesan tolong masukkan duit dalam tabung haji dia. Kalau aku balik Selangor rajinlah aku walk in ke Tabung Haji, nak aktifkan akaun Tabung Haji dekat mesin Maybank tak terbuat sampai sekarang. 

Cara Mudah Deposit Simpanan Tabung haji Guna JomPay Melalui Maybank2U

Tup-tup baru ini Tabung Haji ada keluarkan posting di Facebook Officialnya dimana kita semua dah boleh buat simpanan tabung haji menggunakan kaedah JomPAP je sekarang. Perghh, ini rasa nak meloncat kalau dah ada JomPAY. Aku tak suka potong dekat gaji, memanglah konsisten tiap bulan potong, buatnya ada bulan kita tersangkut tak cukup duit satu kerja pula kena ikat perut. Jadi, kalau ada JomPay ini kita boleh uruskan sendiri (ikut kemampuan kita). Aku duit mara, bill semua guna JomPAY. Mujur Tabung Haji sekarang dah ada JomPAY. Good Job Tabung Haji!


Apa itu JomPAY?


JomPAY ini salah satu inisiatif nasional, yang disokong oleh Bank, untuk membolehkan pindaan wang melalui perkhidmatan JomPAY yang dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (Paynet).


Baagaimana untuk melakukan transaksi simpanan ke akaun Tabung Haji melalui JomPAY menggunakan perbankan internet?

Cara Mudah Deposit Simpanan Tabung haji Guna JomPay Melalui Maybank2U

Langkah Pertama: Log in mana-mana akaun perbankan internet pilihan korang (Maybank2U, CIMB, Ambank dan lain-lain bank)

Langkah Kedua: Klik pada *Pay & Transfer*

Langkah Ketiga: Klik pada pautan JomPAY. Pendeposit perlu mengisi maklumat transaksi yang diperlukan dan sahkan transaksi

💖Biller Code – 60228

💖Biller Code Name – Tabung Haji-Deposit

💖Ref-1 – Nombor Akaun TH (15 digit)

💖Ref-2 – jika ada

💖Amaun (RM)


Cara Mudah Melakukan Deposit Tabung Haji Guna JomPay Melalui Maybank2U


Dah alang-alang aku tunjukkan sedikit view macam mana guna kaedah JomPAY ini dekat Maybank2U. Kalau dah nampak view senang sikitkan nak follow nanti. Tanpa buang masa ayuh follow kita na. 



Langkah Pertama: Log in akaun Maybank2U korang. Make sure guna link yang betul https://www.maybank2u.com.my/ Tambah sekarang sejak I-Sinar keluar banyak pula fake website yang mengaburi mata masyarakat.

Langkah Kedua: Klik pada pautan *PAY & TRASFER* ada pada bahagian atas tu.



Langkah Ketiga: Dia akan keluar paparan seperti ini. Klik pada pautan *Pay To* dan choose kepada JomPAY. Bawah tu masukkan Biller Code JomPAY Tabung Haji iaitu *60228*


Langkah Keempat: Bila dah selesai letak biller code Tabung Haji, teruskan dengan tekan button *ENTER*. Kemudian dia akan Pop-Up seperti gambar di atas, korang just masukkan Reference no 1: Account TH (15 digit). Tak tahu pergi buka buku tabung haji tengok no akaun korang berapa. Kemudian masukkan amount berapa nak dimasukkan. Dah complete jangan lupa klik setuju terma dan syarat baru proceed.


Cara Mudah Deposit Simpanan Tabung haji Guna JomPay Melalui Maybank2U



Langkah Kelima: Korang boleh lihat transaksi tersebut sah masuk ke akaun Tabung Haji-Deposit. Make sure no akaun korang isi tu betullah no akaun korang. Nak senang, tulis dalam note, biar senang nak ingat. Belum habis lagi, klik pada pautan *REQUEST* untuk dapatkan code TAC number. Dah dapat masukkan code tersebut dekat ruang TAC number yang disediakan seperti gambar diatas.


Langkah Keenam: Selesai masukkan TAC number barulah berjaya transaksi korang. Diingatkan sekali lagi, lepas buat deposit Simpanan Tabung Haji guna JomPAY ini jangan pula buka THijari tengok duit tak masuk dah gelabah. Korang kena semak semula pada keesokan harinya (hari bekerja). 


Bestnya guna JomPAY ini tiada caj perkhidmatan dikenakan kepada pendeposit. Kalau nak deposit RM50 jadi RM50 jugalah dia masuk sana. Tiada jadi RM51.00 ke apa ke. Selesai sudah aku buat deposit untuk mak, adik dan akaun aku sendiri. 


Pada mereka yang nak buat semakan akaun Tabung Haji boleh sign up akaun THiJARI. Boleh rujuk link di bawah;

Cara Mudah Buat Semakan Akaun Tabung Haji Melalui Aplikasi THiJARIhttps://bit.ly/3rp916I


Thank you for reading!


No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!