PKP di Seluruh Kedah, Perak, Pahang, Terengganu, Perlis & Negeri Sembilan - Azwar Syuhada

Wednesday 20 January 2021

PKP di Seluruh Kedah, Perak, Pahang, Terengganu, Perlis & Negeri Sembilan

 Salam to all readers,


PKP di Seluruh Kedah, Perak, Pahang, Terengganu, Perlis & Negeri Sembilan | Semalam sekali lagi kita dikejutkan dengan pengumuman Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dimana PKP diperluaskan lagi untuk seluruh negeri Kedah, Perak, Pahang, Terengganu, Perlis & Negeri Sembilan bermula 12.01 tengah malam (22 Januari 2021) sehinggalah 4 Febriari 2021. Baru Januari macam-macam kejutan kita terima dan kita patut hadap akan datang.

PKP di Seluruh Kedah, Perak, Pahang, Terengganu, Perlis & Negeri Sembilan


Apa nasihat aku boleh katakan, janganlah keluar rumah kalau tiada urusan penting. Korang anggap sahajalah PKP ini sampai hujung tahun 2021 sungguhpun dia umumkan tempohnya 2 minggu sahaja. Selagi kita tak jumpa penawar selagi tulah wabak Covic-19 ini merebak. Stop blame orang lain! Frontliner & doktor, nurse, tukang cuci, guard semua dah penat nak menjaga puluhan ribu orang yang kena penyakit Covic-19. Apa yang kita patut kita tolong depa hanyalah duduk dirumah, jaga penjarakan, kerap cuci tangan. 


Memang benar, PKP kali ini memberi impak pada semua orang, termasuklah peniaga-peniaga kecil yang baru nak up ekonomi mereka balik. Aku ada je baca keluahan peniaga-peniaga kecil menerusi media sosial kadang-kadang aku skip pun ada sebab kesian nak baca kisah orang. Buat peniaga-peniaga kecil terutama yang dahulu buka gerai tepi jalan tak tahu nak market macam mana lagi disebabkan PKP ini dah boleh dah ubah cara perniagaan korang menerusi ONLINE. Jangan lekas give up, rezeki tu ada je dimana-mana.


Guna sahaja medium yang ada seperti Twitter, Facebook, now yang tengah up TikTok. Bukan sahaja peniaga kecil jual makanan sahaja. Mana-mana yang tengah menganggur buntu tak dapat kerja jangan lekas give up. Ada bakat menulis? Editor? Tonjolkan skill under menerusi TikTok. Sekarang memang orang tak nampak, share skills anda di semua laman sosial. Ada je orang tengok.


Peluang Kerjaya Bersama Mara: KLIK SINI


Contoh paling dekat kita boleh tengok seperti Khairulaming. Siapa sekarang aku tak berjaya grab sambalnyet dia dekat Shopee :( 2 tahun dia share resepi PERCUMA je dia bagi kita semua dekat Instagram, tengok video dia sampaikan, kadang-kadang kalau dia buat review memang betul-betul pulun dia habis review. Nak semangat lagi? Boleh tengok video di bawah, aku jumpa di Facebook malam tadi, terpukul jugalah kata-katanya.


Life is a matter of choices and every choice you make, makes you. 

Hidup ni adalah pilihan. Setiap pilihan yang kita buat, menjadikan diri kita.

Nak bangun lambat atau awal, YOU CHOOSE!

nak kemas rumah atau biar bersepah, YOU CHOOSE!

Nak terus menggangur atau cari jalan penyelesaian, YOU CHOOSE!🔥

Bangkitlah kita semua, hidup ni adalah perjuangan. Bukan sekadar berserah terima takdir. Selagi belum nyawa ditarik, selagi itu hidup perlu berjuang.

tanggungjawab kita besar di dunia ni untuk kita dipersoal di akhirat nanti.

Pikullah dan jalankan amanah yg diberi dengan sebaiknya....


*Nasihat untuk diri aku juga.


Thank you for reading!

1 comment:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!