Keindahan Taman Saujana Hijau, Putrajaya - Azwar Syuhada

Sunday 3 January 2021

Keindahan Taman Saujana Hijau, Putrajaya

 Salam to all readers,


Keindahan Taman Saujana Hijau, Putrajaya | Sepanjang cuti ini aku banyak juga ulang alik ke taman tengok keindahan alam. Dari Shah Alam, pergi ke Putrajaya pula dekat je dengan tempat aku. Nak berjongging kenalah keluar awal pagi, keluar tengahari dah panas hilang mood nak berlari. Lama rasanya tak round Putrajaya. Banyak-banyak tempat Putrajaya inilah tempat paling damai, jalan raya lengang (weekend), banyak taman cantik-cantik. Pendek cerita kawasan Putrajaya memang terjagalah. Bersih pun bersih.


Seperti biasa aku ajak Hanum ikut sekali (childhood firend). Bila balik lama sikit bolehlah aku ulang alik ke rumah dia. Dulu masa dekat universiti aku still lepak rumah ia kalau cuti sem. Kayuhlah basikal ke rumah dia. Dari pagi sampai petang duk bergosip. Balik-balik teringat zaman sekolah, dah kerja ini sembang benda lain pula. Aku tak ramai kawan sangat. Sebab habis sekolah memang aku tak contact siapa-siapa pun. Kalau ada pun yang tegur-tegur dekat media sosial je. 

Keindahan Taman Saujana Hijau, Putrajaya

Berbalik ke cerita asal, Putrajaya ini 1 je masalahnya, banyak sangat lorong sampai tersalah masuk jalan. Dah kena pusing balik. Taman Saujana Hijau ini salah satu tempat trek berjongging yang popular di Putrayaja. Ia terletak di Presint 11, Putrajaya. Kami berdua sampai around 7.30am pagi, waktu tu dah ramai orang sampai. Ingatkan tak ramai nak berjongging. Rupanya ramai juga keluarga, bawa anak kecik mai sini bersiar-siar.


Taman Saujana Hijau ini meruapakan kawasan berbukit, so korang kena mendaki sikit. Tapi tak tinggi mana pun. Sambil berjalan, berlari berkejaran korang boleh lihat pemandangan yang cukup mendamaikan dengan dikelilingi pokok ru yang menghijau, pokok bunga matahari yang meka berbunga. Apabila sampai ke puncak bukit pula korang boleh lihat pemandangan sekitar Putrajaya. Memang lawa habis!

Keindahan Taman Saujana Hijau, Putrajaya

Better gerak pagi, aku turun 9.30am pun masih ramai yang baru nak naik. Waktu tu matahari pun dah mencanak naik. Taman Saujana Hijau ini bukan sesuai untuk trek berjongging sahaja malah sesuai untuk photoshoot gambar kawen, konvo, pre wedding, sesuai juga untuk datang berkelah (dah berkelah jangan lupa kemas sampah. Aku tak ingat pula tempat aku ambil konvo dulu dekat mana, rasa macam dekat sini, tapi macam masuk lorong lain waktu tu. Memang cantik gila kawasan ini.



Ini pemandangan dari atas, siapa follow aku dekat ig aku ada buat short video, memang lawa gila view dia. Duduk atas kejap je dalam 10 minit lepas tu turun. Ingat nak lepak dataran sahaja tapi 7.30am pagi pun dah nampak matahari mencanak naik terus tak jadi. Taman Saujana Hijau ini penuh dengan pokok-pokok menghijau kurang sikit bahang kepanasan.

Siapa yang suka kedamaian dan tengok pemandangan hijau boleh datang ke sini. Sumpah memang best dan menenangkan. 

Keindahan Taman Saujana Hijau, Putrajaya


Mekar cantik bunga matahari di sini, so take photo 1. Nak mai sini lagi tak tahu bila.



Dah berpeluh badan, kami bergerak ke restoran Umai Cafe untuk sarapan. Umai Cafe ini terletak di bangunan anjung alaf baru. Ingatkan tak ramai orang, rupanya penuh orang dalam cafe ini dah kena tunggu giliran. Mujur tak ambil masa lama untuk dapatkan tempat, memang lepas makan kami terus gerak balik, tak tahan nak berlama-lama dalam cafe yang penuh orang. Yang dah duduk lama dah siapkan makan cuba-cubalah keluar cepat bagi ruang orang yang datang nak makan. Ini makanan dah habis makan, sibuk pula nak berborak. Dari aku masuk sampailah nak keluar meja sebelah tu tak keluar-keluar lagi walhal makan minum semua dah perhabis. Kesian tengok orang duduk beratur lama menunggu makan.


Not bad cafe ini, aku just order nasi lemak, roti jalan dan ais kosong. Boleh tahan sedap. Dah lapar sangat tak sempat nak snap photo makanan. 

Kalau korang makan dekat luar korang boleh lihat pemandangan mercu ini dan tasik Putrajaya. Cantik! Kenyang makan, kami pun berangkat pulang. Apa-apa pun kami enjoy dapat spend time together, lama rasanya tak jumpa lepak sama, gossip. Kalau balik hujung minggu aku tak dan nak jumpa. Cuti lama baru boleh jumpa. 


Apa-apa pun happy new year guys! How your day today? Masih berselubung dalam selimut ke tu?


Thank you for reading!

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!