IT's Series Variasi Kopi by Aik Cheong's Sedap & Mudah di Buat - Azwar Syuhada

Saturday 30 January 2021

IT's Series Variasi Kopi by Aik Cheong's Sedap & Mudah di Buat

 Salam to all readers,


| IT's Series Variasi Kopi by Aik Cheong's Sedap & Mudah di Buat | Sejak PKP ini aku kembali semula bekerja dari rumah, bila ada auction baru kena masuk office. So, disebabkan banyak masa aku dihabiskan di rumah, aku kena lebih produktif. Ikutkan aku lebih suka kerja di office, semua kemudahan, meja, kerusi yang selesa, nak fax, print out semua, call. Bila kerja dari rumah not so complete, data internet pun sangkut. Duduk pun dekat kerusi makan. Bila duduk lama-lama boleh sakitlah belakang badan. 


Rutin harian aku bekerja dari rumah, aku pastikan aku mandi dulu, kemas katil semua, breakfast baru mengadap laptop. Dulu masuk pukul 11.00am je dah start mengantuk, now sejak minum IT's coffee rasa lebih bertenaga dan segar je mata dan boleh fokus kerja lebih lama. Buat peminat kopi di luar sana, aku syorkan korang cuba minum IT's series dari brand Aik Cheong's ini. Bagi aku dia punya rasa boleh tahan sedap juga. 


Menariknya, IT’s series ini banyak pilihan flavour yang ada antaranya Flat White, Long Black, Cappuccino, Teh Tarik, Choco Late & Matcha Latte. Setakat ini aku baru rasa IT's Flat White coffee nice juga rasanya. Bila sisip sekali rasa nak minum 2 3 kali. Sedap tak boleh move on aku rasanya. Tambah lagi, IT's series ini hadir dengan konsep cup yang istimewa senang nak pegang, bawa kemana sahaja. If korang tak sempat bancuh dekat rumah boleh bawa naik ke office just masuk dalam beg office. Sambil naik grab boleh bawa IT's series ini bancuh dalam kereta pun okay dah, makesure bawa air panas je. Dah settle. Mudah kan?


IT's Series Variasi Kopi by Aik Cheong's Sedap & Mudah di Buat


IT's Series Variasi Kopi by Aik Cheong's Sedap & Mudah di Buat

Sebelum aku terlupa, IT's ini merupakan salah satu produk keluaran Aik Cheong's. Bagi pengemar tegar coffee mesti tidak asing lagi dengan brand Aik Cheong's ini. Aik Cheong ini dah lama menapak dalam industri kopi Malaysia dan antarabangsa sejak 65 tahun lagi dan ianya lahir dari tanah jajahan iaitu di Melaka. Lama kan dia menapak? Sudah pasti banyak produk keluarannya.

IT's Series Variasi Kopi by Aik Cheong's Sedap & Mudah di Buat

Bukan itu sahaja, Aik Cheong's turut menawarkan produk seperti IT'S Granola Mixed Berries & Mix Fruits & Nuts. Had ini aku tak sempat rasa lagi. Mesti sedap juga seperti ITs Flat Coffee. Aku suka pekena coffee ini waktu hujan turun, waktu menggila buat kerja depan laptop. Waktu tu aku memang perlukan secawan kopi. Bila Aik Cheong's ini mengeluarkan IT's series ini memang aku suka gila konsep yang dibawa IT's more than just. Hadir dengan cup istimewa dan mudah dibawa kemana sahaja. I like. Lebih praktikal orang kata, yang pasti bila tuang air panas pun dia tak buat tangan kau menggelupur pun pegang cup tersebut. Just nice gitu.


See, sambil buat kerja, nikmat dapat pekena IT's series by Aik Cheong ini. Korang kena cuba minum kalau nak tahu sedap ke tidak.

IT's Series Variasi Kopi by Aik Cheong's Sedap & Mudah di Buat

Cara Peneyedian IT's Series Flat White Aik Cheong

Cara peneydiaan cukup mudah, hanya ikuti step dalam video di bawah. Gigih nak tunjuk step buat Aik Cheong coffee pada korang. 


Teringin nak minum IT’s series by Aik Cheong’s? Korang boleh walk in kemana-mana 7-Eleven, FamilyMart, myNEWS, Petronas, Caltex, Shell, AeonBig, Aeon, Giant dan The Store. Manakala, IT'S Granola boleh dapatkan di Shopee and Lazada.

Jom nikmati rasa kopi IT’s by Aik Cheong’s setelah seharian mengadap laptop☕️ Menikmati rasa kopi ini ibarat menikmati pahit manis ranjau kehidupan realiti✨

#AikFashion #AikLikeAPro 
#ITsByACC #ITsShowTime #ITsMyTimeToShine #KitaSupportLokal #Rexer

Thank you for reading!

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!