PG Mall Year End Sale Kini Bermula, Masa untuk Berbelanja dengan Bijak! - Azwar Syuhada

Wednesday 23 December 2020

PG Mall Year End Sale Kini Bermula, Masa untuk Berbelanja dengan Bijak!

Salam to all readers,

Diam tak diam tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun baru. Apa perancangan baru korang untuk tahun akan datang? Aku akui tahun ini agak sukar bagi kita semua mengharungi kehidupan dengan kes Covic yang kian meningkat saban hari. Apa yang penting sama-sama kita beri kerjasama untuk membasmi Covic-19. Kurangkan pergi ke tempat yang sesak, kerap cuci tangan dan juga pakai hand sanitizer. Bila tiba hujung tahun, pasti semua orang tidak terkecuali diri aku ternanti-nanti jualan akhir tahun. Hujung-hujung tahun mesti shopping mall dan jualan atas talian turut buat sale kaw-kaw punya.




Harini aku nak kongsikan dengan korang semua satu lagi marketplace atas talian yang tengah meletop sekarang iatu PG Mall. Sekarang, PG Mall sedang menawarkan jualan akhir tahun dengan lebih banyak diskaun dan lebih banyak promosi. Siapa tak suka diskaun kan? Semua pasti akan menyukainya, lagi banyak diskaun dan promosi, bertambahlah barangan yang boleh check out.

 



Apa itu PG Mall?

PG Mall www.pgmall.my merupakan satu-satunya platform e-dagang tempatan nombor 1 di Malaysia yang ditubuhkan pada 2017 lagi. Dapat dilihat dalam laporan Iprice insight, PG Mall terletak di tangga ke-3 teratas sebagai laman web e-dagang tekemukan di Malaysia. Ianya tidak asing lagi, dah ramai kawan-kawan aku shopping mall di PG Mall ini. Sekarang tiada isu lagi tak boleh keluar rumah beli barang sebab dengan PG Mall korang boleh shopping pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja untuk dapatkan produk yang berkualiti, original serta berpatutan.



 

Dekat PG Mall ini macam-macam barangan korang boleh shopping tau, ada periuk tefal pelbagai jenis bentuk dan warna, barang keperluan dapur, bawang putih, bawang merah, kentang, ada juga jual barangan elektrik seperti vacuum, iron dan macam-macam lagi. Nak tahu lagi banyak barangan kena terjah www.pgmall.my. Bestnya lagi, PG Mall turut menerima pembayaran dalam bentuk e-wallet dan perbankkan internet yang membolehkan semua orang melakukan transaksi dengan lebuh mudah dan sempurna. Bolehlah berbelanja guna touch n go ewallet je lepas ini dekat PG Mall. Im fans of ewallet touch n go okay. Mudah cepat dan senang. Semua di hujung jari sahaja.


PG Mall Year End Sales

 

Bermula 1 December 2020 sehingga 31 December 2020, PG Mall ada menawarkan jualan akhir tahun gilang gemilang dan promosi ini merangkumi pelbagai barangan termasuk barangan keperluan harian rumah, barang runcit, barangan bayi dan kanak-kanak, kesihatan dan kecantikkan, automotif & sukan, barangan elektrik dan juga pakaian. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk grab barangan idaman di PG Mall.

 


Alang-alang korang tengah scroll barang dekat PG Mall tu, aku nak share coupon code (diskaun) dapatlah bantu jimat sikit dalam perbelanjaan.


Coupon Code: KBBM20 diskaun sebanyak RM20 dengan perbelanjaan minimum RM50

Coupon Code: KBBM30 diskaun sebanyak RM30 dengan perbelanjaan minimum RM100

 

Alang-alang shopping di PG Mall tu bolehlah memberi sokongan sempena kempen #BarangBaikBarangkita  dengan berbelanja produk tempatan di sini. Macam-macam ada tau!

 

Jom tengok beberapa barangan idaman yang aku aim untuk beli sempena PG Mall Year End Sales ini. Item-tem ini semua tengah promosi dan sesuai sangat nak buat surprise untuk yang tersayang Sempena Hari Krismas Jumaat ini.

1)      Claytan Tablewareset- 20pcs Dinner Set- Eden Pink-Plate – RM158.00


 

Aku ini sejak umur dah meningkat suka gila tengok barang-barang hiasan rumah tau termasuklah set pinggan mangkuk. Yalah kerja penat-penat nak juga menghiaskan rumah, orang datang rumah kita takkan sampai kesudah hiding pinggan plastic. Sekali sekala bolehlah keluarkan set pinggan mangkuk yang cantik sikit bagi tetamu. Scroll website PG Mall jumpa pula set pinggan mangkuk + cawan ceramic memang lawa habis, tambah-tambah ada warna pink. Bolehlah belikan hadiah untuk mak aku nanti. Kalau korang berkenan juga boleh pergi ke pautan ini untuk tengok lebih banyak lagi di SINI

> https://pgmall.my/Oriental-Ceramic

 

2)      Halal Sambal Ikan Bilis- Spicy Mama –RM16.90


Had ini pun aku aim juga, ramai orang cakap HALAL Sambal Ikan Bilis-Spicy Mama ini sedap gila. Aku memang suka beli sambal pesen ini, cepat dan jimat. Lagilah, orang yang sibuk dan bekerja di ibu kota, mana dan nak masak semua, so bila ada sambal ini, masak nasi panas-panas goreng telor, makan pula dengan HALAL Sambal Ikan Bilis-Spicy Mama ini memang padu jawabnya. Nak try juga boleh dapatkan di SINI.

 

3)      Turban Baby- RM7.50

Memang kebetulan, sekarang aku memang tengah mencari-cari hadiah untuk anak kawan aku. Aku pun tengah tiada idea nak beli hadiah untuk anak perempuan dia apa. Tadi scroll PG Mall bahagian Baby Care jumpa pula aksesori turban unik sangat, mesti cute gila kalau anak kawan aku tu pakai. Budak sekarang-macam-macam fesyen tau mak ayah gayakan. Turban ini betul-betul cantik, tambah-tambah turban yang colour pink ini. Banyak lagi warna yang ada ada warna merah, purple, hijau, pink. Kalau berkenan nak belikan untuk anak sendiri juga boleh dapatkan di SINI.

 

4)      SPM Games Saidina Deluxe, Bahasa Malaysia And English Edition


Minggu depan aku dah start cuti, tahun baru nanti baru aku naik kerja. So, aku plan memang nak beli permainan Saidina untuk bermain dengan sanak saudara aku memandangkan sekarang nak buat aktiviti luar pun kena fikir 2 3 kali nak pergi ke tidak. Tambah-tambah kes Covic-19 yang saban hari meningkat. Saidina ini permainan aku waktu di bangku sekolah lagi memang lejen la, siapa tak pernah main memang rugi. Time ini jerlah boleh beli 2 3 ketul rumah, sekarang mana boleh. Kira zaman main permainan Saidina ini zaman kekayaan aku. Kalau tengok dekat bookstore set permainan Saidina ini boleh cecah RM1++ tau. Tapi dekat PG Mall hanya jual serendah RM56.90. Murah gila! I like. So, kalau korang nak beli juga boleh beli di SINI.

 

5)      SGC90, SGC91 ZINC ALLOY CARBON FIBER 3.1A (MAX) OUTPUT (MICRO/LIGHTING) LIGHTING (IPHONE)- RM35.00


Dulu kalau nak cari kabel wayar phone, casing semua pergi ke kedai Ustaz area Sogo sana. Sekarang, Covic-19 ini aku kalau boleh elakkan pergi tempat yang sesak dengan orang ramai. Mujur ada PG Mall, ada jual kabel wayar for Iphone. Aku memang cadang nak beli satu lagi untuk tinggalkan kat kampong. So, tak payahlah setiap kali nak balik kampung dari rumah sewa kena cabut plug. At least aku ada spare dekat rumah 1. Tengah ada promo dekat PG Mall ini, bolehlah grab terus. Siapa tengah cari juga kabel sama macam aku ini boleh beli dekat SINI.

 

Copp!! Sebelum aku terlupa, sepanjang PG Mall melancarkan Year End Sales ini PG Mall turut menawarkan DAILY FREE SHIPPING VOUCHER (dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM30). Untungkan shopping di PG Mall hujung tahun ini. Vocuher dapat, free shipping dapat, diskaun ada, pelbagai barangan ada. Pendek cerita semua adalah di PG Mall ini.

 



Apa lagi, jomlah borong barangan di PG Mall sekarang! Selagi stock masih ada!

 

Layari:

Website https://pgmall.my/?Source=Blogger&BloggerID=785

Facebook: www.facebook.com/PGMallMalaysia
Instagram: www.instagram.com/pgmall.my/

Telegram: https://t.me/pgmallofficial001

 

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow yearendsale2020 #freeshipping

 

1 comment:

  1. jom kita sokong local sellers.. nak usha pgmall jap la

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!