Any hope for 2021? - Azwar Syuhada

Thursday 31 December 2020

Any hope for 2021?

 Salam to all readers,

 
| Any hope for 2021? | Dalam beberapa hari, beberapa jam dan beberapa detik lagi kita bakal mennyambut tahun baru. Tahun baru kali ini tidaklah seperti tahun lalu dimana kita boleh berkumpul beramai-ramai, bersuka ria dengan sambutan bunga api, menunggu detik 12.00pm untuk mendengar jeritan kiraan 1,2, dan 3 untuk laungan Selamat Tahun Baru! Tahun lepas aku sempatlah merasa sambut tahun baru di dataran merdeka.


Kali ini Tuhan betul-betul beri kita ruang untuk bermuhasabah diri. Aku akui tahun ini tahun paling struggle untuk semua orang, ada yang kehilangan sumber pencarian, ada yang kehilangan keluarga, kes penceraian kian meningkat, ada yang dibuang kerja, tak mampu nak bayar rumah, kereta, ada yang bermalam dalam kereta, ada yang kena redah hujan demi sesuap nasi, ada yang masih bekerja tapi dibebani kerja yang banyak. Mental, fizikal dan emosi kita sangat-sangat sakit untuk menghadapi cabaran tahun ini.


Aku pun terasa juga dengan keadaan sekarang. Dimana aku kena kurangkan berbelanja benda yang aku nak lebih utamakan apa yang harus aku bayar. Gaji aku memang cukup untuk bayar duit rumah, kereta, pinjaman MARA, elaun mak, simpanan sikit, duit belanja, dan simpanan. Ada duit memang kena simpan, sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku 6 bulan dari sekarang. Jangan kata 6 bulan, kita tak tahu apa yang berlaku esok. 


Orang duk bayangkan tahun 2020 ini adalah tahun padang ke timur, ada kereta terbang semua. Siapa sangka tahun 2020 ini kita kena berhadapan depan dengan Covic-19 yang kita tak boleh nampak. Betapa besar kuasa yang maha Esa. Kita lebih banyak masa bersama keluarga, bermuhasabah diri. Sungguhpun terkurung dalam rumah, masih ramai juga yang suka menyebarkan fitnah. Nauzubillah...Apa-apa jaga diri ya.


Akhir kata, sebelum 2020 melabuhkan tirai, aku ingin berpesan pada diri aku sendiri. Perbanyakkan amal jariah, perbanyakkan bersabar, lebih banyak memaafkan orang disekeliling kita walaupun ia menyakitkan hati kita, haruslah banyak bersabar. Paling penting jauhilah daripada menyebarkan keaiban orang lain. Yang penting lebih baik kita perbaiki diri kita sendiri, jangan lekas mendabik dada. 


Moga rezeki aku pada tahun hadapan lebih melimpah ruah. Azam aku sama sahaja seperti tahun-tahun sebelum ini. Apa-apapun doakan aku yang tak kiralah dari segi kewangan, senyuman, ketenangan. Aku harap aku lebih banyak bersabar tahun hadapan. Amin!


Sungguhpun banyak perancangan tahun depan aku nak buat, biarlah ia menjadi rahsia. Doakan semoga urusan aku untuk tahun depan dipermudahkan.

All the best and may Allah bless all of us with success here and hereafter.

Thank you for reading!

2 comments:

  1. semoga dipermudahkan urusan kita semua untuk tahun hadapan ya^^
    hopefully ada good news untuk saya huhuu

    ReplyDelete
  2. Happy New Year! I hope this year will be kinder for us. hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!