Susu Nilofa Perisa Mangga, Sedap ke Tidak? - Azwar Syuhada

Saturday 14 November 2020

Susu Nilofa Perisa Mangga, Sedap ke Tidak?

 Salam to all readers,


| Susu Nilofa Perisa Mangga, Sedap ke Tidak? | Dah lama teringin nak rasa susu Nilofa perisa mangga ini. Walaupun satu ketika dulu ada isu orang pertikai susu perisa pisang Nilofa tiada pisang dalam airnya. Aishh, duk lekeh-lekeh dia berniaga maju juga bisnes air dia. For me, susu pisang Nilofa ini sama sedap juga yang Korea punya susu pisang. Tapi tulah, nak rasa susu pisang Nilofa ini susah sikit, kena dapatkan dari agent, dropship yang terpilih. Bergantung mana kita duduk. Dulu kalau balik Telok senang je kirim dekat jiran belakang dia jadi agent. Sekarang tak berniaga susu pisang dah.



Last week, aku tengok si Neelofa punya IG up family dia minum susu perisa mangga terus aku pergi scroll agent yang boleh COD area tempat aku. Diam tak diam dah 4 flavour air dia keluarkan. Awal-awal dulu susu pisang, kemudian susu kurma, diikuti susu durian now mangga pula. Next should be green tea? Antara banyak-banyak flavour dia keluarkan, aku pernah minum yang perisa pisang and mangga sahaja. Durian dan kurma belum pernah rasa lagi.


Aku beli 1 kotak (share dengan roomate aku). Sekotak ini ada 6 pek, aku minta dia change 2 pek pada pisang. Dah lama cari nak minum, sebaik jumpa seorang ini boleh COD ke rumah. Sekarang bahaya betul duduk rumah terlalu lama, buka sosial media ramai pula orang duk pos gambar makanan. Semua nampak sedap-sedap belaka. Sementara menunggu air sampai, sempatlah aku bertukang di dapur masak spaggheti bolgonis.


Aku dah cakap dengan roomate aku takyah order makanan, dia sibuk nak beli juga Dominos. Dah malam nak makan banyak pun tak selera. Sebaik esok boleh panaskan semula. Apa yang aku boleh katakan susu Nilofa perisa mangga ini just nice. Not so sedap gilaaa tu tiada. Bau dia wangi, zat mangga dalam air ini ada tapi tak berapa padu. Aku punya expectation macam air mangga floating dekat tepi jalan, area Sjkang tu. Lagi sedap dan padu.


Packaging dia aku suka. Perasan tak susu perisa mangga Nilofa tu ditulis dengan tulisan jawi. Manakala susu Nilofa perisa pisang menggunakan tulisan korea. I like! Pandai buat marketing. Orang kata, kalau teringin nak makan beli je, nanti kempunan. Sebab pakat beli je, berat badan aku macam dipam-pam sekarang. Sangatlah bahaya.


Susu Nilofa Perisa Mangga, Sedap ke Tidak?
Siapa nak cuba rasa bolehlah dapatkan pada agent yang berdaftar. Airnya sedap je untuk diminum. ;)


Thank you for reading!


1 comment:

  1. sedap ye. Kena cuba la jugak ni memandangkan dah pernah cuba pisang n durian.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!