Popular BookStore Avenue K Will Be Closed! - Azwar Syuhada

Saturday 28 November 2020

Popular BookStore Avenue K Will Be Closed!

 Salam to all readers,


Popular BookStore Avenue K Will Be Closed! | Memandangkan harini kerja separuh hari, balik kerja tu sahajalah singgah naik Popular sekejap nak cari novel. Alih-alih Popular tengah buat jualan penutupan. So sad, after this no more Popular Bookstore dekat Avenue K ini. Dulu mall ini kira mati segan hidup tak mahu, sekarang dah meriah dah macam-macam ada. Seronok masuk sebab tak sesak dengan ramai orang.



Kedai yang aku kerap masuk pun memang sedia ada dalam Avenue K ini. So pada student, cikgu-cikgu, peminat baca novel Mat Salleh or Melayu bolehlah datang borong buku dekat Popular Bookstore Avenue K ini. Tadi aku borong 3 buah novel + stationary baru RM80. Murah gila! Aku masuk sini macam berhantulah lamanya, tapi selama duduk dalam Mr DIY. Pantang masuk DIY ada je benda nak beli, tak terpikir nak beli pun terbeli juga. Kau faham tak rasanya? Orang kata kalau barang tu kita teringing sangat beli jerlah. Tapi tengok jugalah pada tahap kemampuan kita janganlah sampai ikat perut pula tengah bulan. 


Popular BookStore Avenue K Will Be Closed!


Aku masuk tadi dah start ramai orang borong buku. Bukulah paling best beli time macam ini. Harga novel English mostly 1 buku RM45 dan ke atas. Tapi sekarang 5 buah buku je korang boleh grab dengan harga RM20 je. Carilah puas-puas buku apa kau nak cari. Mana-mana student yang tengah cari buku rujukan ataupun ilimah boleh datang sini, lagi 2 hari je dorang nak closed pergilah borong. Alat tulis takyah cakaplah pen, pensil tekan, liquid paper dan macam-macam lagi. Semuanya mood sales. Botol air, perkakas meja belajar semuanya ada potongan 25%, 70%. Tak ke rugi kalau tak borong sekarang. Dulu nak beli pun asyik belik duit dalam purse sekarang tengah sale bolehlah borong alatan tulis. 


Popular BookStore Avenue K Will Be Closed!









Selain buku ataupun alatan tulis, printer, ink pun salah satu benda yang worth jugalah kalau beli waktu ini. Seronok-seronok juga ada sale macam ini. Tapi sedihlah lepas ini dah tak ada Popular yang dekat dengan aku. Kenalah pergi MPH pula lepas ini. Suasana Popular & MPH ini lain. Pada akulah, dorang ada elemen kedai dorang sendiri. Apa-apa pun jangan lupa ke Popular Bookstore Avenue K borong buku ya!


Thank you for reading!

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!