Finally I Dah Ada Domain Sendiri! Hello www.missazwarsyuhada.com - Azwar Syuhada

Saturday 24 October 2020

Finally I Dah Ada Domain Sendiri! Hello www.missazwarsyuhada.com

 Salam to all readers,


Rasa gembira sangat sebab dalam sejarah aku decide pasang domain sendiri. Dah lama nak rancang nak pasang tapi tak berani ambil risiko. Aku tak buat lagi, aku dah pikir akan datang blog kena spam, hilang, nangis tak berlagu. Sebab aku pernah terdelete blog aku sendiri. Im so frust menonggeng gila waktu tu. Nak build up balik yang baru ini bukan mudah ya nak menapak. Saing-saing aku ramai yang tak berblogging, mereka banyak fokus berbisnes, terikat kerja hakiki sampai nak buka blog pun tiada masa. Aku dulu pun memang tak ada masa pun nak berblog. Bila ada masa terluang baru aku update.




Banyak dah orang rekomen suruh pasang domain. Nak dapatkan pageview yang molek guna blogspot memang tak terkejar jawabnya. Memandangkan google tak berapa nak support blogspot. So, disebabkan harini banyak benar masa terluang aku. Aku DM salah seorang ahli group (BITERS Group) Ms Nurul. Dia tahu setup domain apa semua. So, aku minta dia ajar aku so aku buat sendiri. Dari A sampai Z. Mudah faham sungguhpun agak rumit jugalah bila buka page banyak benor coding. Last aku menghabiskan masa edit-edit blog aku dulu pun zaman sekolah menengah. Kemudian, hire orang tolong editkan.


Sebab aku tak reti pakai photoshop, edit header cantik-cantik. Tak tahu waktu, so panggil orang tolong editkan. Bayar je. Mujur yang tolong editkan semua adalah dari kenalan blogger juga. Aku suka dengan hasilnya, servis pun cepat. Berbalik kepada domain, aku decide mengekalkan nama aku sedia ada sebagai domain aku cuma buang [-] sahaja. Entahlah aku tak reti langsung nak create nama-nama buah, kereta, keyword yang unik untuk create email mahupun laman sosial aku. Sebab nama aku dah cukup unik untuk korang kenali. Ecece.. poyo pula bunyi ayatnya disitu.



Hopefully dah pakai domain ini mampulah maintain pageview, rajin up entry yang bermanfaat kepada semua. Bila dapat share sesuatu benda melalui penulisan ia menjadi salah satu kepuasan disitu. Siapa yang tak pakai domain dan masih takut nak buat, lakukan sekarang okay. Ataupun boleh google dulu apa itu domain? hosting? Domain dan hosting sesuatu yang berbeza tau. Kalau rajin korang kena rajin explore. Bila CMCO ini kalau tiada benda nak buat, boleh explore macam mana nak create blog, what entry yang mesra SEO. Banyak benda tau sebenarnya, cuma rajin dengan tidak sahaja. Bagi mereka yang betul nak fokus dengan blog aku cadang korang join group BITERS Online Class di Facebook. Banyak input bila sertai group ini. Aku join awal tahun ini, cuma tak ada masa nak explore lebih lanjut. Ahli-ahli dalam group ini memang supportive. Tak faham boleh kemukan soalan. 


Btw, aku register domain di NetKL Network. Boleh refer link ini;

https://www.billing.netkl.com/


Yuran tahunan: RM45


Kena invest sikitlah bila guna domain ini. Apa-apa pun I'm happy to sharing with you guys. Thank you very much Nurul for help me how to setup the domain. 


Thank you for reading!


4 comments:

  1. yeay! Alhamdulillah..one step ahead. Tahniah Azwar. Happy blogging

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... Yeaa dah pasang domain... Tahniah~
    Semoga lepas nie lagi semangat nak berblog ^^

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!