Rasai Keenakan Coffee di Pinto Coffee, Janda Baik - Azwar Syuhada

Sunday 6 September 2020

Rasai Keenakan Coffee di Pinto Coffee, Janda Baik

 Salam to all readers,


Boleh tahan sabar jugalah nak upload gambar dalam blog + adjust lagi. Aku atur cukup cantik dah berterabur dah susunannya. Biar pergilah kan, aku nak update juga. Sebelum berangkat balik KL dari Janda Baik kami sempat ke Pinto Coffee. Semua rencana dari aku, ikutkan banyak tempat makan sedap-sedap dekat Janda Baik ini. Tak sempat nak terokai semua. Ada peluang nanti boleh pergi lagi nanti.


Siapa addicted dengan coffee boleh try pekena coffee Avocado dekat sini. Aku google tempat ini memang top dengan coffee avocado. Sedap juga rasanya. Cafe ini atas bukit, jangan bawa kereta laju sangat karang terlajak. Dia ada papan tanda tepi selekoh tulis "Pento Cofee". Kena mendaki sikit untuk ke cafenya memandangkan cafenya atas bukit. Wan ni sejak mengandung rajin betul berjalan, aktif sungguhlah katakan. 


Masa kami sampai boleh tahan ramai jugalah orang dekat sini. Kadang-kadang orang review ini tak boleh percaya juga, beria kata sedap, bila kita pergi rasanya takdelah sedap mana. Macam orang bertekak pula buat review. Aku masuk sini semata nak rasa coffee Avocado je main dia. Macam biasa sebelum nak masuk kena scan MySejahtera, ambil no untuk cop tempat. Kebetulan dah tengahari, makan sekalilah jawabnya. Sampai dekat tempat order, tengok menu, staff recommend spaghetti dorang sedap belaka. Order jerlah, alang-alang datang kan.







Inilah rupa Coffee Avocadonya. Boleh tahan sedap rasanya. Tapi spaghetti dekat sini tak adalah sedap mana nak compare dengan Upstair Subang lagi sedap. Untuk datang pekena coffee aku boleh rekomen tempat ini okay, kek dia pun sedap untuk dijamu.

Cafe ini agak unik dengan ukiran kayu, tempat kami duduk pun kayu. Ada sudut bacaan, siapa yang suka akan kehidupan hijau bolehlah datang sini. 


1 comment:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!